Setahun kemudian
Faiz tekun menyemak dokumen-dokumen yang diserahkan kepadanya. Kini, dia mentadbir sepenuhnya syarikat Tan Sri Kamaruddin. Dia melihat jam. Oh dia ada meeting lagi 10 minit. Kemudian telefonnya berdering.
"Hello sayang." Faiz menjawab.
"Sayang apa bendanya! Ni ibu lah!" Faiz blurr. Laju dia melihat nama pemanggil. Dia ketawa sendiri. Nama yang naik nama ibunya tapi dia tersalah baca dan dia ingat isteri kesayangannya yang menelefon.
"Hehe ibu. Sorry. Ada apa ibu telefon?"
"Ibu on the way ke hospital ni. Isteri kamu dah nak bersalin. Cepat datang sini." Kata-kata ibunya buat Faiz nervous. Talian ibunya sudah mati namun kepalanya kosong.
Arin
"Alamak Arin dah nak bersalin. Apa aku nak buat ni? Erm....erm... ha! Kunci. Mana kunci kereta aku?" Faiz tercari-cari kunci keretanya.
"Bos, mesyuarat dah nak mula. Bos tak masuk bilik mesyarat lagi ke?" setiausahanya masuk dan menyoal.
"Nope! I've important things to do. Wait! Vee mana kunci saya?" jelas Faiz kelam kabut. Vee menahan tawa.
"Kat tangan bos." Vee memberitahu.
"Oh haha. Huh i'm sorry. Ok bagitahu diorang, meeting cancelled. Saya nak ke hospital." Faiz berjalan ke pintu.
"Bos sakit ke?"
"Tak tapi saya akan jadi ayah hari ni!!!" Faiz berkata dengan teruja dan laju dia turun ke parkir. Dalam hatinya tak putus berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Dia berdoa agar isteri dan anaknya selamat. Beberapa bulan selepas Arin keluar dari hospital tahun lalu, mereka berkahwin dan ini adalah anak sulung mereka. Jadi Faiz sangat teruja.
Faiz sampai di hospital dan diberitahu isterinya sudah selamat melahirkan anak lelaki. Dia melawat isterinya di wad. Anak lelakinya disisi Arin. Ibu bapanya dan ibu saudara serta bapa saudara Arin sudah sampai. Dia duduk di sebelah Arin. Dia memegang tangan Arin. Arin membuka matanya lemah.
"It's a boy." Kata Arin. Faiz mengangguk. Faiz rasa terlalu bahagia saat ini.
"Dia comel. Macam awak." Arin masih berkata.
"Shh. Rest a lot. You've done good. Thanks honey." Faiz mencium dahi Arin. Kemudian dia melihat pula anak lelakinya. Comel. Dia mengazankan anaknya. Dan dia berdoa agar kebahagiaan ini kekal sampai akhirnya. Siapa sangka kes dirinya diculik membawa kepada dia bertemu jodohnya kan? Selepas berkahwin, Arin berhenti menjadi polis dan bekerja di syarikat milik keluarga Arin. Dan kini mereka sudah mempunyai anak, mungkin dia patut minta Arin berhenti kerja dan fokus untuk pembesaran anak sulung mereka ini.
Okay, i'll talked about that later with her.
"Hero ayah ni nanti hati-hati tau. Takut nanti kena culik. Tapi kalau kena culik dengan orang cantik apa salahnya kan?" kata Faiz sambil mengendong anaknya yang sedang tidur.
Dan laju tangan Arin mencubit lengan suaminya. Faiz menjerit kecil. Penuh wad itu dengan gelak tawa mereka semua. Arin turut ketawa. Akhirnya dia menemui kebahagiaannya, di sini, di sisi suami tercinta dan seluruh ahli keluarga yang menyayanginya.
Papa, mama I'm finally happy right now. Can you see me?
[THE END]
*
*
*
A/N: Habis dah cerita ni. *clap* *clap* *clap* If you lke this story, ha apalagi bagilah vote banyak2 okay?Nak komen apa-apa pun jangan malu-malu. haha. anyway, Thanks for reading this. Bye!! Meet you again in another stories....
![](https://img.wattpad.com/cover/110744837-288-k946825.jpg)
YOU ARE READING
Falling For Miss Penculik [✔]
Romance-Cerpen lama yang ada dalam simpanan dan diedit untuk jadi lebih mantap (?)- **** Faiz baru menjejak kaki di Malaysia dan belum lama dia di sini, sedar-sedar dia sudah diculik. Apa yang akan berlaku pada Faiz? kenapa dia diculik? Cuma satu yang...