#11

5.7K 268 1
                                    

" Faiz, jom!" Fad membawa Faiz ke hospital tempat Khai dikejarkan. Mereka menunggu di luar bilik kecemasan. Tak lama datang beberapa orang mungkin ahli keluarga Khai.

" Macam mana keadaan anak saudara saya?" soal wanita yang mengaku dirinya sebagai ibu saudara kepada Khai. Dia memandang Faiz dengan mata yang penuh kerisauan.

" Dia masih dirawat." jawab Faiz. Mereka semua duduk di kerusi. Dia memegang jaket yang diberi oleh Khai tadi pagi. Baru dia tahu rupanya itu adalah jaket kalis peluru milik Khai dan sebab Khai bagi dia pakai baju ini, Khai terima tembakan itu.

Khai jadi macam ni sebab aku.

"Itulah saya dah cakap. Tak payah jadi polis kerja je di syarikat. Tapi dia degil. Nak juga jadi polis. Katanya nak tuntut bela kematian mak ayah dia lah apa lah. Sekarang tengok apa yang dah jadi?" bebel ibu saudara Khai sambil menangis kepada suaminya yang datang bersama tadi. Faiz sekadar mendengar. Mesti teruk apa yang Khai tanggung selama ini.

I'm totally clueless about her.

Selesai rawatan, Khai dipindahkan ke wad CCU. Faiz sekadar melihat dari luar. Khai terbaring lesu di sana. Matanya terpejam rapat. Mukanya pucat.

" Esok aku datang lagi. Tunggu aku ya." bisik Faiz sebelum dia pergi. Hari sudah terlalu lewat dan dia perlu pulang ke pangkuan keluarganya yang mungkin sangat risaukannya sekarang.

***

Khai sedar dan bunyi pertama dia dengar adalah bunyi mesin yang tidak berhenti berbunyi. Dia cuba menggerakkan kaki dan tangannya. Alhamdulillah masih berfungsi. Kemudian dia cuba menggerakkan bahagian badannya, dan dia menjerit kesakitan. Jeritannya cukup untuk mengejutkan ibu saudaranya yang tertidur di kerusi di dalam wad itu.

"Ya Allah, Arin dah bangun. Arin okay?" Khai mengangguk dan cuba membetul kedudukan badannya untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian belakangnya.

Kenapa sakit sangat ni?

Kemudian dia teringat. Dia ditembak di bahagian belakang badannya.

"Arin, doktor cakap jangan bergerak banyak sangat." Kata mak longnya. Khai mengangguk.

"Dah berapa lama Arin kat sini?"

"Dua hari Arin koma. Alhamdulillah Arin dah bangun. Oh! Mak long nak panggil doktor dulu."

Tak lama kemudian, ibu saudaranya kembali bersama doktor dan nurse. Keadaan badannya diteliti dan lukanya turut di check. Doktor bercakap beberapa patah kemudian dia keluar. Ibu saudaranya duduk di sebelahnya dan memegang tangannya. Kahai masih berbaring.

"Nasib Arin panjang umur. Kalau tak mak long tak tahulah nak buat apa." Khai tersenyum lemah. Dia memandang kearah pasu bunga yang terisi bunga-bunga cantik.

"Siapa bagi tu?" soal Khai sebab dia tahu ibu saudaranya tidak akan bawa bunga datang hospital kerana ibu saudanya ini allergic bunga. Jadi mustahillah ibu saudanya yang bawa bunga itu.

"Oh. Apa tu nama dia? Ha Faiz. Dia cakap dia kawan kamu. Dari hari kamu masuk hospital sampai semalam, tak pernah miss dia datang." Kata ibu saudaranya dengan mata bercahaya. Oh-oh dia tahu pandangan itu. Khai mengeluh.

"Ye ke dia tu kawan kamu je? Ish sudahlah handsome. Anak Tan Sri. Oh itu tak penting. Yang penting dia bagus. Hormat orang tua, baik....." Khai malas nak dengar segala pujian melangit mak longnya itu kepada Faiz. Dan dia berani cakap, mesti ibu saudaranya ini ahirnya akan masuk topik tu.

"Kamu tu dah 25 tahun. Sampai bila tak nak kahwin?"

See? I told you

Khai mengeluh. Mak longnya ni memang. Hari itu, puas dia kenenkan Khai dengan Fad, bila dapat tahu Fad adalah partner nya tapi senyap bila sebelum misi undercover mereka bermula Fad sudah bertunang. Kali ini mesti mak longnya tak akan berhenti bercakap tentang Faiz.

Faiz

"Hari ini dia datang tak?" soal Khai.

"Oh hari ini dia datang. Tapi maybe lambat sikit." Jawab mak longnya.

"Mak long, Arin ada request ni."

Falling For Miss Penculik [✔]Where stories live. Discover now