Bunyi bising dari bilik sebelah menyedarkan Faiz. Dia membuka mata dan mendapati dirinya sedang diikat. Puas dia cuba melepaskan diri.
"Woi! Lepaskan aku! Tak guna! Lepaskan aku!!!" jerit Faiz sekuat mungkin. Apa semua ni? Kidnapping? Seriously? Aku baru balik dari UK okay!
"Ish, kau ni bising betullah! Pagi-pagi hari dah kecoh." Faiz memandang ke arah suara yang menegur. Dia melihat seorang wanita masuk bersama sepinggan nasi goreng. Dia meletakkan pinggan itu diatas sebuah meja yang tersedia. Wanita itu berambut pendek dan...
"Kau! Kau yang semalam tu kan? Wei, baik kau lepaskan aku!" tak sangka wanita yang cantik semalam itu rupa-rupanya seorang penculik. Huh perempuan zaman sekarang! Wanita itu mendekati dan kini berdiri betul-betul dihadapan Faiz.
"Kalau aku buka tali ni, kau jangan cuba-cuba nak lari. Faham?" wanita itu berkata tanpa riak yang terukir di wajahnya. Faiz sikit pun tak rasa takut dengan wanita yang berada didepannya ini. Kurus aje. Cuma dia tinggi dan ala-ala model gitu. Sebaik tali terlerai dari tangan dan kakinya, segera Faiz menolak wanita itu ke tepi dan dia berlari keluar.
"Tch! Kau ingat kau boleh lari? Well, kita tengok lama mana kau boleh lari. Paling-paling dia kena baham harimau. Hahaha." Khai ketawa sinis dan menyimpan kembali sarapan yang di buat pagi tadi.
Beria aku masak nak bagi anak orang makan. Dia boleh lari pula.
***
Faiz terpusing-pusing dari tadi. Puas dia berjalan. Alih-alih dia tetap sampai di rumah kayu penculik tu juga. Dia memerhati sekeliling dan dia tahu bahawa dia di dalam hutan dan dia tak tahu mana satu jalan keluar.
"Ahh! Aku dahlah lapar. Penat pula tu." rungut Faiz. Dia memandang kearah rumah kayu itu dan melihat Khai sedang berdiri sambil berpeluk tubuh, melihat dirinya yang sesat tiada arah.
"Jumpa tak jalan keluar? Well you can rest here and have some food. Nanti cubalah lagi cari jalan keluar." Habis ayat itu, Khai masuk kembali kedalam rumahnya. Faiz naik angin. Dia punya sindir tu, memang buat orang sakit hati. Namun sebab Faiz tak ada pilihan, dia turut melangkah masuk kembali ke dalam rumah tu.
Dia masuk dan melihat Khai sedang duduk dan kakinya di atas meja kopi di ruang tamu itu. Di tangannya ada sepucuk pistol. Khai sedang mengisinya dengan peluru. Faiz menelan air liur. Kini dia tahu, salah sikit tindakannya, dia akan mati di tangan Khai dan tiada siapa pun akan tahu tentang kematiannya di sini.
Ugh that's horrible
"Ada nasi goreng bawa saji tu. Pergilah makan. Aku tahu kau lapar." Khai bangun lalu meletakkan pistolnya di atas sebuah meja bersama-sama beberapa alatan seperti....em faham-fahamlah alatan apa yang biasanya ada pada penculik. Khai melangkah masuk ke biliknya. Faiz masuk ke dapur dan makan makanan yang tersedia di situ. Dia tak fikir benda lain dah. Apa yang dia tahu, dia lapar dan nasi goreng buatan Khai terasa begitu sedap di tekaknya.
Nasi ni memang sedap or aku terlalu lapar?
" Kau siapa huh sampai bos aku suruh aku culik kau?" soalan Khai yang tiba-tiba menyebabkan Faiz nyaris tercekik suapan terakhirnya. Dia terbatuk. Laju dia mencapai gelasnya yang sudah sedia berisi air. Dia memandang Khai yang sedang mengambil gelas. Lihat dari gaya Khai, sepertinya dia baru selesai mandi. Rambutnya kelihatan masih basah.
" Erm, aku Faiz anak Tan Sri Kamarudin."
" Oh, no wonder lah." selesai minum air, Khai membasuh gelasnya dan berjalan keluar dari dapur.
" Kau... Nama kau siapa?" Faiz memberanikan diri untuk bertanya.
" Khai." serentak dengan itu, telefon Khai berbunyi. Apa yang Faiz lihat Khai mengangguk, bercakap beberapa patah dan mematikan perbualan. Kemudian dia menghilang seketika dan keluar bersama jaket kulit hitam siap tersarung di badan. Dia menyisipkan pistol di pinggangnya.
"Kalau kau rasa kau nak selamat, baik kau stay sini." Kata Khai senada dan disambut dengan anggukan dari Faiz. Kemudian Khai keluar dan sekelip mata Khai hilang dari pandangannya.
"Huh macam aku ada pilihan lain." bisik Faiz. Dia melihat-lihat sekitar kawasan rumah Khiai. Bersih dan kemas. Tak gaya langsung macam si Khai tu orang jahat. Khai juga tak menakutkan. Cuma reaksi dinginnya menyebabkan Faiz adalah rasa macam cuak dengan Khai. Selebihnya dia tak rasa terancam pun.
YOU ARE READING
Falling For Miss Penculik [✔]
Romance-Cerpen lama yang ada dalam simpanan dan diedit untuk jadi lebih mantap (?)- **** Faiz baru menjejak kaki di Malaysia dan belum lama dia di sini, sedar-sedar dia sudah diculik. Apa yang akan berlaku pada Faiz? kenapa dia diculik? Cuma satu yang...