"NEK SITI dan tok rahim mana?" soal Yoongi yang baru keluar bilik menuju ruang tamu tempat dimana ahlinya melepak.
"Nek siti dan tok rahim pergi solat tilaweh." jawab Taehyung dengan mata tetap menonton tv tanpa menoleh Yoongi. Kepalanya terus ditunjal oleh Seokjin perlahan.
"Bukan tilaweh senget tapi telawah lah baru betul!" ujar Seokjin menjeling Taehyung.
"Korang semua salah! Ya betul lagi tepat telawih!" celah Hoseok. Namjoon, Yoongi, jimin dan Jungkook menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Jungkook mengangkat tangan.
"Salah!! Tilaweh, telawah dan telawih apanya? Terawih lah! T.E.R.A.W.I.H hah tu baru betul." kata Jungkook siap eja lagi membuat Hoseok, Seokjin dan Taehyung pakat menjeling Jungkook.
"Sama je lah hanya beza huruf je!?" bentak mereka bertiga. Jungkook tayang sengihan tanpa dosa. Namjoon, Yoongi dan Jimin lagi-lagi menggelengkan kepala.
"Sarah mana?" soal Namjoon meliarkan pandangan matanya segenap ruang tamu itu mencari susuk malaikat kecik yang comel itu. Mereka terdiam sejenak.
"Eh tadi dia ada je kat sini dengan kitorang!" jawab Taehyung sambil tangan menepuk kusyen sofa disampingnya. Hingga..
"Abang hencem cari carah ke?" sahut suara halus mengejutkan mereka yang tadi bersiap sedia ingin menjelajah rumah ini mencari sarah. Ahli BTS dengan mata terpejam dan nafas ditahan menoleh ke sumber suara.
"Eum? Kenapa abang hencem pejam mata?" soal sarah mengunyah biskut chipsmore hingga bercomot disekitar mulutnya. Ahli BTS membuka mata perlahan dan menghela nafas pelan.
"Sarah!?"
"Hee?"
Sarah mengerjap matanya menatap tujuh pemuda korea itu bingung kerana berteriak padanya tanpa sebab.
Ahli BTS berlari menerpa sarah yang berdiri dimuka pintu dapur.
"Sarah pergi mana tadi? Tiba-tiba je hilang." kata Seokjin mengangkat tubuh mungil sarah ke dukungannya.
"Sarah ambil ni di dapur tadi." sarah mengangkat balang yang terisi biskut pada mereka.
"Ingat kamu ke mana, buat risau je." Jimin mengusap kepala sarah dengan senyuman lebar hingga matanya yang tersedia sepet menjadi makin sepet. Terukir eyes smile.
•••••
" TAE teman aku ke tandas jap, nak yakyak!" bisik Hoseok pada Taehyung disebelah. Taehyung menoleh sekilas dengan raut muka kentara malasnya.
"Tak mau." balas Taehyung bernada mendatar berbaur malas. Hoseok mendengus.
"Alah Tae jebalyo aku tak tahan dah ni!" rayu Hoseok dengan muka memelas. Taehyung hela nafas panjang.
"Fine jom!"
Taehyung bangun dan dibuntuti Hoseok dibelakang.
"Kita guna tandas luar rumah ye sebab tandas dalam rumah Namjoon guna."
Hoseok terus menarik lengan Taehyung sebelum si Alien membebel. Mereka berdua sampai di hadapan tandas kayu yang sedikit usang itu, raut muka mereka berdua berubah tak tau nak cakap.
"Kenapa mesti luar haih!" rungut Taehyung kesal mata sudah meliar melihat kiri, kanan dan belakang. Hoseok lagi lah cemas dan pucat.
"Dah ada orang guna! Ahh sudah apa yang jadi belakang citer aku nak berak dah ni tak tahan dah! Kau tunggu sini eh? Jangan tinggalkan daku!"
"Yelah yelah tapi cepat sikit! Kalau tak aku tinggal kau hyung !"
Hoseok terus meluru masuk ke dalam tandas limited edition itu. Taehyung diluar terasa seram sejuk bila angin menerpa ke mukanya. Bulu romanya meremang bila mendengar suara tapak kaki digeser dengan tanah dibelakang. Dia menoleh sedikit dibelakang tubuhnya.
Srett
Muka Taehyung berubah pucat dia mengetuk pintu tandas usang itu nasib tak roboh je.
"Yah hobie hyung kau lama lagi ke cepatlahhhh!!!" teriak Taehyung cemas.
"Kejap!" sahut Hoseok dari dalam.
"Palliwa hyung !!!" pekik Taehyung. Hoseok berdengus sambil membersihkan apa yang patut.
Taehyung menoleh ke belakang bila terdengar tapak kaki dibelakangnya. Dannn
Tubuhnya keras dengan mata terbeliak melihat 'sesuatu' dihadapan nya. Matanya bergerak tak keruan melihat makhluk dihadapan nya yang kecil berbalut dengan kain putih hingga menjejah kaki.
"Aiip abang hensem."
Nafasnya tersekat-sekat, mata memerah tanda hujan mau turun. Dia sudah siap buka langkah besar untuk lari.
"Abang hensem ma--"
"Arggghhhhhh hantu bungkuss!?!!" teriak Taehyung lantang persamaan air matanya turun dan dia langsung cabut lari meninggalkan Hoseok yang sempat tersentak didalam tandas kini keluar dengan terburu-buru.
Semasa dia keluar dia disambut oleh makhluk kecil yang..."Haiii!"
"oh my god what the oh my god!?"
Bruk
Hoseok terlampau terkejut terkencing dalam seluar dan jatuh pengsan dengan lidah keluar serta kedua matanya dijuling ke arah titik tengah selepas berkata.
"Hahaha!?"
Makhluk kecil yang membuatnya pengsan tergelak berdekah-dekah sambil berguling-guling ditanah. Dia mendekati Hoseok yang belum sedar dengan sisa tawanya.
"oh my god abang hensem kekuda pengsan!" jerit si cilik evil itu tak lain lagi kalau si sarah yang nakal itu. Dia tertawa lagi melihat wajah Hoseok yang pengsan itu, lucu sangat!!
.
.
.
.
.
.
.
********
TBC 👋 sorry kalau menghampakan 😔. Abaikan typo 😂! Selamat beramal readers 😉 love you 😘 daaa
YOU ARE READING
Abangtan Beraya ! (BTS FF S1) [C]√
Fanfiction"Mengisahkan sekumpulan idol korea BTS yang akan menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak untuk pertama kali di bumi Malaysia." Start : 29/5/2017 End : 28/6/2017 Status : Complete!