Part 10

1.3K 92 15
                                    

+ 6.30 p.m +


= Di Pagar Masuk Kebun Tok Rahim =

AHLI BTS berkumpul semula didepan pagar masuk kebun Tok Rahim seperti awal mereka kesini sebelum berpisah ke tempat berlainan. Baju masing-masing sudah comot sana sini dengan rambut berserabai dan ada juga setengah dari mereka baju sudah robek. Dah macam orang asli pun ade. Buah-buahan dan ikan yang mereka dapat tersusun berderet depan kaki sambil menunggu Tok Rahim datang jemput mereka, kerana selepas Tok Rahim hantar mereka ke kebun Tok Rahim pergi untuk ke pekan beli bahan dapur yang sudah habis.

"Mana tok rahim ni? Dah pukul berapa dah ni." Yoongi mengomel seraya melihat jam di telefon pintarnya yang menunjukkan pukul 6.30 p.m.

"Sabar lah mungkin jal.."

Percakapan Namjoon terpotong kerana Jimin terjerit kecil. Mereka menoleh memandang Jimin hairan.

"Kau kenapa?" soal Taehyung.

Jari telunjuk Jimin menghala kesesuatu yang melekat indah dibadan pokok mempelam.

Serentak bola mata Hoseok, Namjoon, Seokjin, Yoongi, Taehyung dan Jungkook bergerak laju menatap apa yang dihebohkan Jimin.

"Hyung ini apakah?" soal Jimin, dia berjalan mendekat untuk melihat lebih jelas. Member BTS diam muka memasing pucat.

"Jangan diganggu kalau kau tanak disengat oleh 'dia' Jimin." kata Seokjin tegas.

Tapi Jimin endahkan dia mengambil batu-bata sebesar tapak tangan ditepi pokok lalu diketuk benda yang buat dia panasaran. Member BTS terjegil biji mata.

"Jim kau.."

Tuk tuk

Bruuk

Ziiiiiizz

Rupa-rupanya yang Jimin ketuk itu adalah sarang lebah. Jadi mereka pun...

"Lari!?"

"Dashi run run!?"

"Save me my alien?!"

Seperti kereta F1 dilitar mereka memencut tak cukup tanah menyelamatkan diri dari disengat lebah yang mula liar mengejar mereka. Meninggalkan baldi ikan serta buah-buahan ditanah. Kerana difikiran mereka hanya menyelamatkan diri terlebih dahulu, yang itu nanti-nanti saja.

"Park Jimin lari kau buat apa tercegat kat situ lagi! Lari paboya!?" 

Laung Seokjin bila tidak mendapati Jimin disisi. Jimin yang sadis mengibas-gibas menggunakan tangan menghalang lebah dari sengatnya. Tapi malangnya...

"Hyung help meeh awww!?" Jimin pegang pipinya yang disengat oleh lebah.

"Yah! Byuntae kau punya lebah pipi chubby aku juga kau nak cium ye?! Ambik ni hiyaarhh?!"

Zuuuuu~

Jimin segera pencut selepas mencampakkan batu pada lebah.

Abangtan Beraya ! (BTS FF S1) [C]√Where stories live. Discover now