satu

2.8K 340 15
                                    

"Kim Taehyung, adakah awak sudi mencintai dan menjaga Go Yeojung selama-lamanya? "

"Ya, saya sudi. "

"Go Yeojung, adakah awak sudi mencintai dan menjaga Kim Taehyung selama-lamanya? "

"Ya, saya sudi. "

"You may kiss your bride. "

Taehyung pandang mata aku dan tersenyum manis. Aku turut sama membalas senyuman dia. Taehyun dekati aku dan dia pegang pipi kanan aku.

Wajah dia makin lama makin rapat ke arah aku. Aku memejamkan mata sebaik sahaja bibirnya menyentuh bibir milik aku. Lembut sahaja ciumannya.

Aku kini, sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai.

Kim Taehyung, saya cintakan awak.

+++

Hari ini, aku menangis lagi. Sudah lama aku begini. Hari-hari aku dipenuhi dengan tangisan dan kesengsaraan. Apa salah aku?

"Harini pun dia tak balik rumah, Yeon. " aku mengadu di dalam talian kepada kawan baikku, Nayeon.

"Yeojung, kau sabar bebanyak ya? Fikir positif. Mungkin dia sibuk dekat office dia? " Nayeon cuba menenangkan hati aku. Esakan aku masih kedengaran.

"Sibuk sangat ke kat office tu sampai dah berbulan-bulan dia asyik balik lambat? Kadang-kadang dia langsung tak balik rumah sampai seminggu. Aku tak boleh, Yeon. Aku isteri dia. " aduku lagi. Sungguh, aku terluka. Terluka dengan perubahan Taehyung.

"Sudahlah tu Yeojung. Tak elok kau menangis macamni. Nanti kesihatan kau terjejas. Kau bersabar je ya? Mana tau ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni? " pujuk Nayeon lagi. Aku cuba redakan tangisan aku.

Klik!

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian aku. Aku pandang pintu dan kelibat Taehyung yang baru balik dari kerja menerpa pandangan aku. Tali leher dia dilonggarkan.

"Yeon, aku tutup dulu ya? Taehyung dah balik. " ujarku sambil mengusap mataku. Cuba menghapuskan airmata yang gugur. Nayeon bergumam.

"Ya, bye. " jawab Nayeon. Aku matikan panggilan dan letakkan telefon aku di atas meja ruang tamu.

Aku berdiri dan kesat airmata aku bila rasa mata aku masih berair dan pipi aku basah. Selepas itu aku lap kedua tangan aku pada fabrik bajuku. Aku kemaskan ikatan rambut dan kemudian aku dekati Taehyung.

"Awak nak makan? Saya dah masakkan lauk. " ramahku. Briefcase ditangannya aku ambil dan jinjing. Taehyung longgarkan tali leher dia dan campak pada sofa.

"Tak, tak apa. Saya dah makan kat luar tadi. " tolaknya lembut. Wajah dia nampak penat. Sebelum sempat dia mendaki anak tangga, lengannya aku pegang. Taehyung terhenti dan dia toleh untuk pandang aku.

"Erm, awak... " aku menunduk bila rasa teragak-agak. Takkan dia tak ingat? Selalunya dia buat pada aku. Dulu.

"Ya, kenapa sayang? " dia soal dengan nada penat tapi masih lembut. Aku dongak untuk pandang dia.

"Erm, kiss? " pipi aku membahang bila menuturkan perkataan itu. Taehyung senyum kecil. Leher aku ditarik mendekatinya.

Bibir sejuk dia selamat mendarat di dahi aku sekejap. Kemudian dia terus mendaki tangga untuk pergi ke bilik kami berdua. Aku masih lagi tidak berganjak malah aku menahan diri daripada menangis.

Sungguh dia berubah.

Dulu selepas dia balik dari kerja, dia akan cium dahi aku dan pipi aku. Tak pun bibir aku sekali. Kemudian dia akan peluk aku sambil usap rambut aku dan cakap saya cintakan awak.

Tapi sekarang, cuma ciuman di dahi malah sekejap. Itupun kena ingatkan.

Kenapa awak berubah Kim Taehyung?

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now