lapan

2.5K 373 130
                                    

Cadangan hampa semua buat aye speechless 😂 semua kreatif belaka. Ni ayee sayang uolsss *flying kiss* HAHAHAHAHAH 😂💕

+++

Selama beberapa bulan Nayeon bekerja dengan aku ni, dia sangat sempurna. Kerja dia terlampau baik sampai aku tiada benda untuk merungut. Dia ada ciri-ciri personal assistant yang Bagus bagi aku. Aku suka kerja dia.

"Bos, harini kita kena pergi Daegu untuk tengok tapak projek kat sana. " ujar Nayeon seraya menyelak helaian kertas yang terdapat di dalam fail dia. Aku angguk.

"Arraseo. " jawabku dan aku pandang dia. Saat aku pandang dia, mata kami berdua bertembung dengan lama. Aku jadi terpesona seketika dengan mata dia yang menawan. Baru aku tahu dia mempunyai wajah bak bidadari.

"Ehem. " aku mula berdehem bila menyedari kesilapan kami berdua. Nayeon juga turut sama mengalihkan pandangan dan pipi dia membahang. Sama juga dengan aku.

"S-saya keluar dulu. " dan dia terus keluar dari bilik aku. Aku pandang belakang badan dia yang keluar dari bilik aku dan sekali lagi dada aku sesak. Rambutku diraup kasar. Haish hati janganlah kau buat hal!

Kami singgah sebentar di rumah Nayeon sebelum pergi ke Daegu. Dia keluar dari kereta aku dan masuk ke dalam rumah dia untuk mengambil fail penting buat klien di Daegu. Aku pula tunggu di kereta.

Pandangan aku teralih pada seorang lelaki tua yang Agak mabuh yang masuk ke dalam rumah Nayeon. Tidak lama selepas itu aku terdengar bunyi raungan Nayeon. Aku yang risau mula buka tali pinggang dan meluru ke dalam rumah Nayeon. Aku terkejut apabila orang tua itu tidak lepas menarik rambut Nayeon dan menampar pipinya.

"Appa hajima! Lepaskan Nayeon! Sakitlah! " tangisnya. Aku sedar hujung bibirnya berdarah dan bengkak.

"Aku nak duitlah sial! Duit aku bulan ni mana?! " dia memukul lagi Nayeon dan kepala Nayeon di tolak pada bucu meja. Dahi Nayeon berdarah sedikit. Aku terus menuju ke arah Nayeon dan aku berdiri di depan ayahnya. Ayahnya nampak makin marah.

"Kau siapa?! Lelaki simpanan perempuan sial ni?! Kau tepi! Kau takde kena mengena dengan hal peribadi aku dan dia! " badan aku dia tolak ke tepi dan dia kembali menarik rambut Nayeon. Aku tarik bahu dia dan aku tolak dia jauh dari Nayeon. Aku tidak memukulnya kerana aku hormati dia yang lebih tua daripada aku.

"Kau kenapa hah jantan?! Apa masalah kau?! Aku nak duit! Kau sial sama jugak dengan dia! " amarahnya. Belum sempat aku nak buka mulut, Nayeon dah mencelah sambil dia menyorok di belakang aku. Belakang bajuku, dia genggam.

"Appa! Jangan cakap dengan lelaki yang Nayeon suka macamtu! Dia baik! " bidasnya. Aku jadi terkedu bila Nayeon kata dia suka kat aku. Ayah dia sengih sinis.

"Oh jadi dia ni kekasih kau? Jadi tak salahkan kalau kau bagi aku duit bagi pihak perempuan jahanam ni? " dia senyum senget. Nayeon dah menggeletar.

"Appa... "

"Berapa yang pakcik nak? " aku potong percakapan Nayeon dan dia kelihatan terkejut. Dia tarik hujung baju aku dan geleng tandanya jangan tapi aku endahkan.

"Saya akan bagi duit yang pakcik nakkan tapi jangan kacau Nayeon dah. " sambungku. Duitku dikeluarkan dari dompet dan aku hulurkan pada pakcik ini. Dia tampak gembira bila menyambut duitku.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now