empat

3.2K 380 168
                                    

Taehyung menggeselkan pipinya pada bahu aku. Aku tolak pipi dia guna siku aku perlahan bila rasa rimas. Nak baca majalah pun susah. Dia ni!

"Tengok tu! Sayang tak pandang pun Tae! " cebiknya bila aku tak layan dia. Aku buat tak dengar dan sambung baca majalah aku. Taehyung peluk tubuh.

"Awak, tengoklah sini. " Taehyung panggil aku. Aku selak majalah tu ke helaian lain bila dah habis baca satu mukasurat.

"Ada apa Tae? Cakap je, saya dengar. " lembut aku membalas. Taehyung mendengus.

"Tengok dengan dengar tak sama. Sayang! Tengoklah sini! Sayang! " dia muka mengada-ngada. Aku hembus nafas berat dan buat mimik muka menyampah. Penat layan karenah manja Taehyung ni kadang-kadang.

Aku tutup majalah aku dan letak di tepi. Aku palingkan wajah aku untuk pandang Taehyung. Aku lemparkan pandangan merajuk. "Ada apa Tae? "

Cup!

Dia cium bibir aku sebaik sahaja aku buka mulut. Aku terkejut dengan tindakan dia sampai aku jadi kaku. Ciuman Taehyung makin laju dan dia tolak perlahan-lahan tubuh aku sampai aku terbaring di sofa. Dia menindih badan aku.

Aku yang masih keliru cuma berdiam diri. Taehyung pejamkan mata dia dan mencium aku tanpa henti. Lama-kelamaan aku mula memeluk leher dia dan menariknya supaya lebih rapat dengan aku. Aku balas ciuman dia.

+++

Antiseptik aku sapukan perlahan-lahan pada hujung bibir aku. Wajah aku, aku tilik dengan pantulan cermin meja solek. Kemudian, aku capai plaster kecil yang berada di dalam laci. Aku buka dan tampalkan perlahan-lahan pada hujung bibir aku.

"Siap. " aku bersuara dengan ceria bila sudah siap. Aku cuba senyum di depan cermin walaupun sedikit sakit kerana bibir aku terluka. Namun, senyuman aku makin lama makin pudar bila mula teringatkan angkara siapa bibir aku jadi sebegini rupa.

"Taehyung. " aku sebut nama dia perlahan. Iphone di depanku, aku pandang sebelum mencapainya. Kenalan Taehyung dicari. Aku berfikir sejenak sebelum menekan punat berwarna hijau.

"Patut ke aku telefon dia? " aku berfikir. Kira-kira mahu menelefon ataupun tidak.

"Ah, telefon je lah. Dia masih suami aku yang perlu aku layan. Aku isteri dia dan aku ada tanggungjawab. Tak elok palau suami macamni. Fikir positif Yeojung, Taehyung setia. Dia tak mungkin ada perempuan lain. Dia sayangkan kau. Imaginasi kau je semalam. " aku cuma tanamkan tekad pada diri.

Perlu bersangka baik terhadap Taehyung. Selama ini dia yang sara aku dan dia yang beri nafkah pada aku. Aku tak patut bagi dia tekanan dan buat tak endah pada dia. Punat hijau aku tekan untuk menelefon dia. Niat mahu meminta maaf dan bermanja dengan dia. Bibir aku tak lekang dengan senyuman. Berharap Taehyung mengangkatnya.

Namun hampa, dia tidak mengangkatnya. Aku cuba lagi dan lagi. Sampai pada percubaan aku kali yang ketujuh, talian aku disambungkan. Taehyung angkat! Terus wajah aku jadi ceria.

"Awak! " laungku ceria dengan senyuman. Tapi senyuman aku mati bila dengar balasan dia. Tak, bukan balasan. Tapi desahan dia.

"Ugh s-saya s-sibuk ahh ni. " dan terus dia matikan panggilan. Telefon aku jatuh dari pegangan. Apa aku tidak silap dengar? Itu desahan kan? Betulkan?

"A-apa yang hik---" aku tersedu bila terlalu terkejut. Dada aku naik turun. Nafas aku jadi tak teratur. Mata makin kabur. Ya, aku menangis. Lagi sekali. Lemah betul. Tapi aku betul-betul terluka. Apa semua ni Kim Taehyung? Apa gunanya aku bersangka baik pada kau?

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now