+ 11

4.8K 548 165
                                    

" Aku disini tetap
Akan menanti "

+++

Bila aku masuk je dalam rumah, kaki aku betul-betul lemah. Lepas aku tahu pasal perkahwinan tu. Aku rasa tak bermaya.

"Hanbyul. " sapa omma dari belakang. Aku menoleh.

"Omma. "

Aku menangis di depan omma. Sakit kalini bukan kepalang. Wae semua ni jadi kat aku?

"Hanbyul-ah, waegurae? " soal omma risau. Aku hulurkan omma kad perkahwinan tu dengan lemah. Omma sambut dan buka.

"Omo! " omma terkejut dan dia terus pandang aku.

"Hanbyul... "

"J-jangan cakap dengan Hanbyul. Hanbyul nak berseorangan. " ujarku lembut bersama tangisan dan terus aku melangkah ke tangga.

Semasa aku melangkah ke tangga, aku memegang palang di tepi tangga dan mendakinya dengan perlahan. Dada aku tiba-tiba sakit. Aku jadi sesak nafas. Kepala aku berpinar.

"O-om-ma... " panggilku sayu. Tapi apakan daya omma tak dengar.

Tidak semena-mena aku rebah dari tangga kerana tak dapat menahan sakitnya lagi. Aku jatuh dari tangga dan kepalaku sedikit berdarah.

"Hanbyul!!! "

Itu yang aku dengar sebelum aku memejamkan mata dengan rapat.

Aku harap aku mati. Sekarang.

+++

"

Kim Hanbyul. Kami dah sedar? " soal Doktor Byun yang sedang merawat aku. Aku angguk perlahan. Aku kini terlantar di hospital.

Haish, aku benci hospital!

"Awak akan ditahan di wad. " kata Doktor Byun. Mataku membuntang.

"Tak! Tak nak. Saya nak exam untuk graduate doktor. " bantahku. Doktor Byun serta omma dan appa menggeleng.

"Tak boleh Hanbyul. Keadaan jantung awak makin lemah. "

Aku tersentak.

Jantung aku makin lemah?

"Doktor tipu! Saya rasa sihat je. Saya selalu makan ubat yang doktor bagi. Saya tak pernah missed. Tipu! " bidasku. Doktor Byun pandang aku dengan sayu.

"Hanbyul, exam dengan kesihatan mana lagi penting? "

"Exam. "

Doktor Byun menggeleng.

"Hanbyul, jantung berlubang awak makin teruk. Saya tak jamin kehidupan awak. Mianhae. " terang Doktor Byun.

Airmata aku mengalir. Omma dan appa sudah keluar dari wad aku kerana tak sanggup dengar tentang keadaan diri aku.

"A-apa doktor cakap ni? Tak mungkin. Saya rasa makin sihat. "

"Awak menghidap penyakit ni sejak lahir. Awak pun tahukan susah untuk ubat penyakit yang dah lama hinggap kat diri kita. "

Aku genggam cadar katil dengan kuat. Jantung berlubang aku makin teruk. Kenapa jadi macam ni?

Doktor Byun pegang bahu aku. Aku mendongak memandang dia. Dia tersenyum kecil.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now