"Pakcik, saya janji saya akan jaga Yeojung betul-betul macam nyawa saya. " ucapku sambil duduk berhadapan dengan ayah Yeojung, di halaman rumah. Hanya kami berdua yang bersembang di halaman rumah dengan niat aku mahu melamar Yeojung.
"Pakcik tak kisah kamu nak bersama dengan anak pakcik, tapi pakcik cuma nak kamu jangan mainkan perasaan anak pakcik tu. Dialah satu-satunya anak tunggal yang pakcik dan makcik ada. " jawab ayah Yeojung dengan wajah berharap padaku. Aku angguk dengan harapan bahawa dia percaya padaku yang aku mampu menjaga Yeojung.
"Jangan risau pakcik. Saya takkan sesekali mainkan perasaan Yeojung dan tinggalkan dia. Saya janji. " kataku bersungguh-sungguh di depan ayahnya. Ayah Yeojung ketawa kecil. Bahuku dia tepuk perlahan.
"Baiklah Taehyung. Pakcik lepaskan hak penjagaan pakcik diatas Yeojung, kepada kamu. Tepati janji kamu. " senyuman manis aku berikan. Terus aku angguk dengan teruja.
"Saya janji pakcik. "
+++
Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan pada Nayeon sekarang. Iphone ditanganku, aku pandang lagi. Aku mengeluh perlahan. Betul ke apa yang akan aku lakukan sebentar lagi?
"Taehyung, awak nak kemana dengan bagasi ni semua? " sapaan Nayeon di belakangku mengejutkan aku. Dia kelihatan baru sahaja memasuki ruangan bilik kami berdua setelah menyediakan makanan tengah hari di dapur. Aku telan liur.
"Err s-saya ada outstation kat Busan harini. " jawabku dengan nada yang cuba dikawal. Nayeon kerutkan dahi dia.
"Outstation? Kenapa saya tak tahu pun jadual awak pasal outstation? " soal Nayeon pelik bila dia tidak dapat satu pun informasi mengenai outstation aku ini. Aku diam sebentar untuk mencari ayat.
"Saya dapat panggilan mengejut daripada orang atasan yang saya kena hadiri outstation tu hari ni. " jawabku. Aku hembus nafas lega bila Nayeon cuma mengangguk tanda dia percaya akan kata-kata aku.
"Oh, patutlah. Bila awak pergi? " Nayeon pandang aku. Aku balas pandangan dia dan tersenyum lembut. "Lepas makan tengah hari, saya kena pergi dah. "
Wajah Nayeon cemberut. Dia kelihatan mahu menangis dan dia segera mendekati aku. Lenganku dia tarik supaya mendekati dirinya dan aku cuma akur. Dia peluk pinggang aku dan dia sandarkan kepala dia pada dada aku. Aku cuma biarkan.
"Cepatnya awak nak pergi. Bila awak balik? " soalnya dan nada dia kelihatan berat hati mahu melepaskan aku. Rambutnya aku usap perlahan.
"Minggu depan saya balik sini semula. " jawabku. Nayeon pandang aku dan mata dia berair. Dia cium sekilas bibir aku.
"Lamanya awak tinggalkan saya. Saya takut nak duduk seorang dan saya akan rindukan awak. " ujarnya manja. Mata dia berkaca. Aku senyum nipis dan aku pula yang mencium bibir dia sekilas.
"Saya pun, sayang. "
+++
( Readers POV )
Aku yang sedang menonton televisyen ulangan episod drama kegemaranku, Suspicious Partner mula mendengus bila deringan loceng rumahku berbunyi.
"Yaish, siapa yang kacau aku nak tengok Ji Wook kesayangan ni? " dengusku tidak puas hati seraya bangun dari sofa. Remote serta kekacang yang aku kunyah diletakkan pada meja berhadapan dengan sofa yang aku duduki.
YOU ARE READING
© [S1-S2] SONGS | BTS
Fiksi Penggemar-daripada satu lagu, terciptalah sebuah kisah antara aku dan dia. [Book ini adalah khas buat lagu-lagu yang saya dengar dan saya teringin untuk inspirasikan kepada fanfic. Di dalam book ini terdapat banyak cerita yang bertajukkan lagu yang saya den...