Positif.
Itu apa yang aku lihat pada pregnancy test yang aku beli di farmasi beberapa hari yang lepas. Aku terkejut sehinggakan aku terduduk pada lantai tandas. Aku tidak sangka perkara ini akan berlaku. Aku... Gembira.
"A-anak omma... "
Perutku dipegang dengan reaksi terkejut. Perlahan-lahan airmataku mengalir tanda gembira yang amat sangat. Sedang aku bergembira dengan ahli baru keluarga aku, senyumanku mati bila aku tersedar sesuatu. Ini, anak aku dan Taehyung. Ya, Taehyung. Ingatkan dia buatkan aku jadi benci pula.
Ahh tidak! Bayi di dalam perut aku ini tiada kena-mengena dengan pergaduhan kami berdua. Bayi ini anak aku dan tanggungjawab aku untuk lindungi dia. Aku perlu jaga dia. Buat sementara waktu ini, mungkin aku tidak perlu memberitahu Taehyung tentang kandungan aku memandangkan aku sekarang perlu jauh daripada dia. Ya, aku mempunyai alahan terhadap Taehyung. Sebab itu segala amarahku, aku selalu lontarkan padanya.
Kasihan pula pada dia.
Tok tok!
"Sayang, awak okay tak? Muntah lagi ke? " suara Taehyung mula kedengaran dari luar tandas. Aku segera membuang pregnancy test tadi ke dalam tong sampah dan aku cuci tangan aku. Kemudian baru aku buka pintu tandas dan susuk tubuh Taehyung memenuhi ruangan mataku.
"T-Taehyung... Jauh. Awak buat saya mual. " pintaku apabila aku mula terasa loya bila Bau badan Taehyung menusuk ke dalam rongga hidungku. Taehyung dengan kalut mula menjauhi aku. Bila wangian badannya hilang, barulah aku sedikit lega.
"Tae, awak keluarlah dulu. Saya nak berehat. " ujarku lalu tubuhku mula dibaringkan ke katil. Taehyung sekadar menganggukkan kepalanya dan dia mula beredar dari bilik.
Haih, kesian pula dia. Bila alahan ini mahu hilang? Sudah dua minggu juga alahan ini melekat pada aku. Aduh, rindu nak peluk Taehyung.
+++
Beberapa minggu sudah berlalu, alahan aku terhadap Taehyung juga sudah makin berkurang. Tapi sekarang, aku jadi mengada-ngada. Entah kenapa kalau tiada Taehyung di depan mata, rasa macam nak nangis. Kalau Taehyung tidak belikan apa yang aku mahu, aku juga turut menangis. Apa pula kali ini?
"Tae hikk! " tangisku seraya mendekati dirinya yang baru sahaja balik daripada kerja. Tak sempat dia nak buka kasut, aku dah peluk dia. Nasib baik dia tak jatuh. Taehyung pula sekarang hanya melayan sahaja karenah aku tanpa lelah sama seperti waktu dahulu.
"Lamanya balik hikk. Yeojung takut! " aku eratkan pelukan dan aku sembamkan muka aku pada dadanya. Taehyung balas pelukan aku dan dia mengusap lembut rambutku.
"Tak ada benda nak ditakutkan. Tae ada je kat sini. " pujuknya lalu dia membawak aku masuk ke dalam rumah semula dengan keadaan kami berdua berpelukan. Sekarang aku suka bau wangian badan dia. Jadi obses. Isy, kalau tak disebabkan bayi yang idamkan papa dia sangat, tak adanya jatuh maruah aku sebab mengada-ngada dengan Taehyung padahal aku yang melancarkan perang dingin dengannya.
"Takut Tae lari dengan perempuan lain kat pejabat. " aduku dengan esakan. Hidung dah merah sebijik macam budak selekeh je. Ei, malunya nak berhadapan dengan Taehyung!
"Sayang, kenapa nak takut? Kan sekarang PA saya lelaki. Bukan perempuan dah. Nayeon pun dah jauh ke Eropah sana. " Taehyung tergelak kecil. Aku sudah tahu bahawa Taehyung dan Nayeon sudah bercerai lama dahulu dan sekarang Nayeon membawa diri ke Eropah. Mereka bercerai disebabkan aku. Dan aku cukup terharu apabila Taehyung lebih memilihku berbanding Nayeon.
"Alah lelaki pun boleh suka awak jugak. Mana tau dia gay lepastu nak rampas awak daripada saya. Nayeon pulak boleh je balik Korea semula sebab nak awak balik, nanti saya---"
"Hei hei, kenapa fikir macamni ni? " Taehyung pintas aku seraya memandang raut wajah aku. Mata kami bertentang. Aku ketap bibir. Tengok tu, nak nangis balik! Isy, benci!
"T-Tae marah Yeo huwaaaa! " esakanku makin menjadi-jadi dengan raungan bila aku terasa hati dengan Taehyung. Terlihatkan aku yang makin menjadi-jadi menangis, Taehyung lantas mencium bibir aku. Tangisanku terhenti.
"T-Tae... " Taehyung gerakkan mulut dia perlahan ke atas bibir aku dengan mata berkarismanya setia menatap kedua anak mataku. Aku terpesona.
"Ermm taknak! " aku kalihkan wajah aku ke kiri bila malu sangat. Malu dengan Taehyung dan malu bila Taehyung menciumku dengan ghairah. Aisy, jangan buat hal! Aku mengandung ni!
"Tae tak marah Yeo pun. Uljima. Arraseo? " airmataku dikesat dengan ibu jarinya sambil Taehyung memujuk aku. Aku angguk perlahan-lahan. Jelas terlihat riak kepenatan di wajah Taehyung. Sudahlah dia baru pulang dari kerja, aku pula mengada-ngada mahu bermanja dengannya.
"Taetae penat ke? " soalku dengan nada manja dan aku tatap wajah Taehyung dengan sayu. Sayu tersenyum lebar sehingga matanya tertutup dan dua geleng perlahan.
"Taetae takkan penat kalau layan Yeoyeo. " ujarnya dan dahiku dia cium. Taehyung campak briefcase dia ke sofa dan secara mengejut dia mencempung tubuhku secara bridak style.
"Omo! " terkejut aku dibuatkan bila Taehyung mengangkatku secara mengejut. Aku dengan pantas terus sahaja merangkul leher dia dengan kuat sehingga wajah kami betul-betul rapat.
"Kenapa awak makin berat ni sayang? " soal Taehyung bila dia mendaki tangga untuk ke bilik kami berdua dengan keadaan mendukung aku. Aku sudah mencebik bila dia kata macam tu. Buka aku yang berat, tapi bayi dalam perut ini hah.
"Bukan Yeo yang beratlah Tae! Bayi dalam perut Yeo yang beratkan badan Yeo! " sangkalku dengan geram. Tidak suka dilabel gemuk ataupun berat. Paling pantang!
"Oh, bayi. Eh... BWO?!!!!"
YOU ARE READING
© [S1-S2] SONGS | BTS
Fanfiction-daripada satu lagu, terciptalah sebuah kisah antara aku dan dia. [Book ini adalah khas buat lagu-lagu yang saya dengar dan saya teringin untuk inspirasikan kepada fanfic. Di dalam book ini terdapat banyak cerita yang bertajukkan lagu yang saya den...