Aku buka mata bila rasa kaki aku ditindih oleh kaki seseorang. Bila aku buka mata, aku sedang tidur terlentang sementara Taehyung memeluk pinggang aku dan kaki dia ditindihkan pada kaki aku. Kepalanya berada di leher aku dan itu membuatkan aku terasa geli kerana nafas hangat dia yang menerpa kulit leher aku.
"Ugh... " Taehyung merengek kecil dan dia mengeratkan pelukan pada pinggang aku. Pipi aku dah membahang bila teringatkan perkara semalam. Haish, malunya!
"Woi, tepi. " aku tolak kuat dada dia ke tepi sampai dia tersedar dari lena. Pelukan terlepas dan Taehyung cuba buka mata dia. Dia garu rambut dia yang sedia kusut itu. Perlakuan dia makin buat aku malu. Bila tersedar dada dia terdedah, aku terus duduk dengan memegang selimut di dadaku.
"Dah pukul berapa? " soal Taehyung dengan suara serak basah dia sambil pandang aku dengan sebelah mata yang terbuka dan sebelah lagi tertutup akibat mamai.
"Manalah aku tau! " bentakku cuba tahan malu bila dia pandang aku macam tu. Dah lah bahu aku terdedah sekarang ni. Aku masih lagi dengan keadaan duduk sambil bersandar pada kepala katil.
"Saya tanya elok-elok kan? " suara Taehyung rendah tanda dia berlembut denganku. Aku tak pandang dia.
"Lantak aku lah nak jawab macam mana pun! Sibuk je kau ni! " bidasku lagi dengan menengking dia.
"Kim Yeojung. " dia seru nama aku bila aku dah melampau. Ah, aku tak kisah! Lantak dia nak terasa ke apa! Dia mati pun aku tak kisah!
"Apahal? Kau tak puas hati? Kau tak pikir aku pulak macam mana? Dah lah sesuka hati kau je sentuh aku tanpa rela. Kau dah kira rogol aku tau tak! Jantan tak guna! Lebih baik kau mati lah sial! " amarahku semuanya aku hambur pada dia dengan geram. Tapi aku terkedu bila Taehyung tiba-tiba tarik kedua belah bahu aku supaya berbaring semula di katil dan dia mula on top aku. Mata aku membuntang.
"Weh bodoh! Kau kenapa hah?! " herdikku. Taehyung pandang aku dengan tajam. "Cakap lagi macam tu kalau awak nak saya rogol awak buat kali kedua. " ugutnya. Mulutku terkatup rapat. Pipi aku membahang.
"K-kau---"
Dia cium aku sekilas. Aku terkejut.
"Yah! Kenapa kau---"
Sekali lagi dia cium aku. Mata aku membulat. Selimut di dada tak lepas aku genggam takut kalau-kalau terlurut.
"Isy bodoh! Kau---"
Dia sambar lagi bibir aku dan tenung aku dengan wajah tiada perasaan. Aku gigit bawah bibir aku bila mula rasa malu. Dengan keadaan Taehyung menindih badanku seperti ini. Keadaan kami cukup intim.
"Cakaplah lagi. " Taehyung mula buka mulut. Mata aku dia tenung dengan riak kosong. Aku kalah dengan tenungan dia jadi aku ambil keputusan untuk tenung dada dia yang terdedah itu. Itu lebih baik daripada membalas tenungan mata dia.
"A-awak... " ujarku perlahan. Aku tahu dia sedang sengih kemenangan sekarang. "Apadia? Saya tak dengarlah. " dia kenakan aku. Aku ketap bibir.
"Isy saya kata awaklah! "
Taehyung ketawa kecil dengan gelagatku dan dia cium dahiku sekilas sebelum beralih ke sebelahku daripada terus menindihku.
"Macamtu kan manis. " ujarnya lembut. Aku cuma diam membisu.
+++
Beberapa minggu dah berlalu dan sekarang aku kini kembali duduk di rumah kami berdua. Kalau bukan disebabkan omma paksa aku, takde makna aku nak duduk sini semula. Buat sakit hati!
Tapi aku perasan bila kami balik ke sini semula, Taehyung kerap keluar rumah waktu pagi dan pulang lewat petang takpun lewat malam. Tapi dia tidak tinggalkan aku seperti dahulu. Sekadar tiada di rumah. Apabila pulang, di tangan dia mesti ada fail. Aku tidak tahu apa. Aku malas mahu ambil tahu jadi aku diamkan sahaja. Lagipun kami masih dalam keadaan perang dingin. Aku pun sekarang tidak suka sangat bila dia ada di rumah. Aku benci tengok dia.
Sedang aku menyapu ruang tamu, tiba-tiba tekakku terasa loya dan mual. Mula-mula aku cuma biarkan kerana bagi aku itu cuma biasa sahaja. Tapi tidak lama kemudian, aku terasa mahu mengeluarkan isi perut. Dengan kadar segera, penyapu aku tinggalkan di ruang tamu dan aku segera berlari ke arah dapur. Aku memuntahkan segala isi di singki dapur. Rasa perit di tekak dan aku mula rasa tak sedap badan.
Aku buka pili air untuk berkumur dan basuh mulut. Setelah selesai, aku hembus nafas lemah. Badan aku lemah semacam dan rasa berat yang tidak dapat aku tafsirkan. Entah kenapa badan aku terasa malas hari ini. Kepala pun pening. Aku menuju ke ruang tamu dan penyapu aku ambil dan simpan semula di tempat asal. Kemudian aku rebahkan diri di sofa.
Aku pejamkan mata untuk kurangkan rasa pening. Tidak lama kemudian, aku rasa macam satu tangan yang sejuk menyapa dahi aku. Aku buka mata perlahan dan terlihat Taehyung sedang memeriksa suhu aku dengan telapak tangan dia. Isy, muka sial ini lagi. Entah kenapa sejak dua menjak ini perasaan benci aku untuk lihat muka dia makin membuak-buak. Rasa macam nak bunuh dia pun ada.
"Awak nak demam ke sayang? " dia kalihkan tangan dia ke leher aku pula. Aku tepis kasar dan mendengus.
"Jangan sibuklah Taehyung. Saya tahu macam mana nak jaga diri. Sudah, berambus. " halauku kasar. Nadaku juga mendatar. Taehyung masih di tempatnya dan dia tenung aku.
"Kalau awak tak larat, tak payah masak hari ni. Saya bungkus makanan kat luar je. " ujarnya. Dia mahu mencium dahi aku tapi aku tampar dia.
Pang!
Taehyung terpana dan kepala dia terkalih ke kiri. Dia pandang aku dengan riak tidak percaya. Aku bangun dari pembaringan aku dan aku pandang dia. Sedikit rasa simpati pun tiada.
"Jangan gedik nak kiss-kiss boleh tak? Rimaslah tau tak rimas! " marahku. Aku mahu berlalu pergi tapi Taehyung pegang tangan aku sampai aku terkalih semula ke arah dia. Pipi dia memerah akibat tamparan aku.
"Awak rehat, saya nak keluar dulu. Jangan buat kerja sangat. Saya nak beli makanan untuk kita malam ni. " ujarnya lembut. Aku jeling dia.
"Keluar je lah! Tak payah bagitau aku! Awak mati pun saya tak heran lah! " bentakku geram. Benci tengok muka dia lama-lama. Taehyung senyum lembut pada aku dan dia rapatkan badan dia ke arahku sehingga wangian dia menusuk ke dalam hidungku. Mukaku berkerut bila terbau wangian dia yang busuk bagiku. Taehyung nak peluk aku tapi aku termuntak dahulu ke bajunya membuatkan dia terhenti dan tergamam.
"Y-Yeojung... "
"Badan awak busuk sangat sampai saya termuntah. Sudah, jangan dekat dengan saya! Saya benci awak. Rasa nak bunuh pun ada! " arahku tegas kepadanya. Tanpa meminta maaf, aku menuju ke bilik aku dengan pening yang makin menjadi-jadi akibat Taehyung.
YOU ARE READING
© [S1-S2] SONGS | BTS
Fanfiction-daripada satu lagu, terciptalah sebuah kisah antara aku dan dia. [Book ini adalah khas buat lagu-lagu yang saya dengar dan saya teringin untuk inspirasikan kepada fanfic. Di dalam book ini terdapat banyak cerita yang bertajukkan lagu yang saya den...