Ahad . . .Nieysa POV . . .
Rasanya semua dah , dokumen dah ada , laptop dah ada , ape lagi ? ~gumam nieysa lalu melilaukan mata kesana dan kesini . Dia terpandang sebingkai gambar bersama Amin dan Mira semasa main tennis tahun lepas . Lalu segera dimasukkan ke dalam bagasi miliknya . Bak kata orang tua "biar jauh dimata , dekat dihati" .
"Kakk ? Siap dah ke ? Jangan ada yang tinggal . Chek betul² tu . Cepat sikit , Abi dah tunggu kat luar tu"~jerit umi dari luar bilik nieysa . "Ye mii , dah siap dah nie . Kejap²"~kata nieysa . Usai membetulkan tudung , bagasi , beg laptop dan handbag dibawa keluar .
Usai Abi memasukkan semua beg ke dalam boot kereta , aku dan Aqish memboloskan diri ke tempat penumpang belakang . Umi mengambil tempat di sebelah Abi . Tanpa menunggu lama , Abi menekan pedal minyak menuju ke lebuh raya .
Dalam perjalanan hanya lagu yang menemani keheningan . Lagu black Anugerah terindah kedengaran . Nieysa membuabg pandangan ke luar tingkap , kelihatan pokok dan kesibukan lalu lintas yang kelihatan . Tiba² hati teringat akan wajah Amin dan Mira . Gelak tawa mereka seakan kedengaran di cuping telinga , air mata yang penuh ditubir mata akhirnya tumpah jua .Setelah 6 jam perjalanan , akhirnya sampai lah sudah di negeri Kelantan . Nieysa yang dikejutkan Uminya bangun dari tidur . Dari jauh Nieysa melihat bangunan yang berdiri teguh itu . Universiti Malaysia , Kelantan .
Perkarangan Lobi UM . . .
Usai mendaftar dikaunter , Nieysa menuju kearah Umi , Abi dan adiknya berada . "Kak belajar sungguh laa , Umi nga Abi hantar jauh nie . Umi doakan Kakak berjaya lah kat sini . Pandai jago diri deh"~kata Umi lalu pipi anak sulungnya dicium . Namun digagahkan jua perasaannya supaya tidak menangis didepan anaknya itu . Nieysa usah dikata , gile kau tak nangis . Nak pisah dengan mak ayah oii . "Dah lah tu kak , pergi lah masuk asrama awak sana . Nanti ada kelapangan Abi dengan Umi datang lah jenguk kakak kat sini"~pujuk abi lalu mengusap bahu anak sulungnya itu . Dalam kesayuan seorang ayah , namun tidak ditunjukkan . Walaupun berat untuk melepaskan anaknya yang tersayang itu , atas urusan pembelajaran dia akur .
Nieysa yang sudah reda tangisnya menyalami kedua² tangan orang tuanya . Serta adiknya dicium pipi lalu berbisik pada adiknya "Adik jaga umi dan abi tau". Aqish tersenyum lalu menganggukkan kepala . "Abi bawak kereta elok² yaa , Assalamualaikum"~kata nieysa lalu mencapai kesemua beg miliknya menuju ke asrama perempuan UM . Lalu melambai kearah ahli keluarga yang tercinta .
Asrama perempuan . . .
Nieysa tercari cari bilik yang bernombor 13 yang terletak si block C . "Awak ? Cari bilik ea ? Meh saya tolong"~kata seorang perempuan yang mungkin sebaya dengannya . "Eh , tak apa . Susah² je"~kata Nieysa dengan senyuman . "No. Bilik awak berapa ? Meh saya tolong tunjukkan"~katanya lagi . "Saya duduk bilik no. 13 . Awak tahu tak kat mana ?"~tanya Nieysa . "Eh , kita sama bilik laa . Jom²"~kata gadis itu lalu mencapai bagasi milik Nieysa . Nieysa hanya membiarkan . Dah orang nak tolong , biarkan je lah .
Setelah menaiki tangga menuju ke tingkat dua asrama . Bilik no 13 tertera pada pintu bilik . "Oh ya , nama saya Syahirah . Panggil Sya je . Kite berdua je duduk dalam bilik nie . Satu bilik just share dua orang je"~terang Sya kepada Nieysa . Lalu berjabat tangan . "Oo , panggil Nieysa je"~katanya . "Kau kemas lah dulu apa yang patut , aku nak turun jap nak beli makanan . Nak kirim apa² tak ?"~tanya Sya . "Eh , tk apalah . Kau pergi je , aku tknak apa² pon"~kata Nieysa . Setelah mendengar kata² Nieysa , Sya memberikan senyuman manis kepada Nieysa dan terus berlalu pergi ke cafeteria UM yang terletak bersebelahan dengan bangunan lobi .
Nieysa meneruskan kerjanya menggantung dan melipat apa yang patut . Buku² disusun rapi di bahagian laci meja belajar "Finallyy , siap daaa"~kata Nieysa lalu senyuman puas terukir dibibir . Gambarnya dan dua orang insan yang tersayang diletakkan di bahagian meja belajar . Nanti bila rindu , boleh la curi² pandang . Baru ade semangat nak belajar . Ye dok ? Hehehe .
Sya membawa dua bungkus mihun goreng ke asrama dan dua bungkus milo ais untuknya dan teman barunya iaitu Nieysa .
Tokk .. tokk
"Assalamualaikum ?"~Sya memberi salam . "Wa'alaikumussalam !"~jawap Nieysa . Namun perhatian Nieysa hanya tertumpu pada gambar yang baru diletakkan di atas meja belajar sebentar tadi . "Siapa dorang tu ? Nampak dalam gambar kau happy gila dengan dorang"~tanya Sya yang kini sudah berada disisi Nieysa . "Best friend aku masa sekolah menengah"~kata Nieysa . "Oh , untung ada best friend , aku tak ada pon . Never mind lah , oh ya . Nah , aku belikan untuk kau sekali kat cafe tadi . Tak best kalau makan sesorang , amik je n hari nie aku belanja kau"~kata Sya . "Eh , susah² je . Aku belom lapar lagi , sebab tu aku tak kirim kat kau tadi . Tapi , tak apalah aku hargai . Terima kasih Sya"~kata Nieysa lalu mengambil bungkusan polistrin dan air milo itu . Sya hanya memberikan semyuman manis lalu berkata "Haaa , macam tu lah . Sesamaaa". Sya mengambil tempat untuk bersila dilantai yang beralaskan tikar mengkuang . Lalu satu persatu plastik dibuka untuk makan tengah harinya . Nieysa hanya meletakkan bungkusan itu di atas meja belajar , nanti lapar aku makan lah . Lalu membaringkan badannya di atas katil bujang yang disediakan oleh pihak UM . Sebelum melelapkan mata , Nieysa berpesan . "Sya , kalau aku tidur nie . Nanti azan zohor , kau kejut aku tau"~kata Nieysa . "Okay , nanti aku kejut"~balas Sya . Namun suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut nya . "Thank"~kata Nieysa . "Ur welcome"~balas Sya . Setelah mendengar balasan Sya , Nieysa mula melelapkan matanya .
#Wahh , Nieysa dah dapat kawan baru . Tapi , Amin dan mira masih dihati tau . Kawan lama tk sama dengan kawan baru . Kan ?! Huhu . G'night reader .
YOU ARE READING
Takdir Cinta Ilahi
Random"Cerita tentang tiga sahabat iaitu mira , nieysa dan amin yang terpaksa terpisah jauh selepas mendapat result SPM untuk meneruskan pelajaran dan cita² masing² ". "Adakah takdir mempertemukan semula tiga sahabat ini ?" "Bagaimana pengakhiran ki...