•BAB 1•

67 16 3
                                    

"Berapa lama kau nak tawaf satu Carnival ni? Aku sampai berpeluh main" Harraz bersuara. Mentang-mentang baru lepas sedap membuang.

"Kau peluh membuang ke main?" soalan dari Farhan memecahkan tawa kami. Pandai buat punchline, kalau kau buat pickupline pasal benda tu aku jentik kau sampai terbalik.

"Berzikir"

"Membahabun sahaja anda ini" Tengku Fayyadh membalas. Nasib baik di antara semua dia masih seorang yang bertauliah lagi. Berlagak ea lepastu nanti tak pasal-pasal, seluar yang kau pakai tu terbalik pun kau tak sedar.

"Saya tahu anda bangga dengan saya" Okay, kali ni memang rasa nak muntah. Rafiey mejentik dahi Harraz kuat. Bagi begegar sikit otak, amnesia pun tak apa.

"Afie kuat sangat ke kau jentik sampai juling mata Harraz tu" Tengku Fayyadh tergelak kuat. Kalau nak dibanding muka Harraz dengan muka badak, muka Harraz lagi hodoh. Hahaha.

"Ahhh! dia tu terlebih makan gula-gula kapas!" mulutnya dicebikkan tanda menyampah. Setiap kali mereka berjalan ke mana-mana, gula-gula kapas pasti berada di tangannya. Sampai satu masa, Harraz sanggup beli banyak-banyak sebab malas nak ulang-alik. Nampak tak tahap kecerdikannya di situ?.

"Weyh, main true or dare nak?" sampuk Farhan. Keningnya dijongket berkali-kali seolah-olah mencabar.

"Punyalah banyak permainan kat sini benda tu jugak yang kau nak main" Tengku Fayyadh memutarkan matanya. Kedua tangannya dimasukan ke dalam poket.

"Takutlah tu" ejek Rafiey, dia sudah tertawa suka.

"Maaf ea, siapa yang takut" dalam nada tenang dia menyuarakan kata-katanya. Jangan pandang orang sebelah mata, nanti kau kena jumpa doktor buat pemeriksaan. Jadi, pandang guna dua-dua belah mata, you will know how great i am.

"Eleh, orang suruh duduk dalam tandas pukul 12 malam pun tak sanggup. Ada hati kata tak takut" Harraz memerli. Teringat pada kali pertama main, ketika Tengku Fayyadh memilih dare. Mereka hanya menyuruh duduk di dalam tandas pada pukul 12 malam selama 30 minit, tetapi mesti menutup lampu. Kenapalah perlu berasa takut, duduk di tandas awam je. Macamlah kau berani buat sangat Harraz, aku pun takut juga. Hehe.

"Aip! Kau tak payah nak mengungkit kisah lalu ea, aku debik kau nanti" tangannya yang digenggam dihalakan betul-betul di hadapan wajah Harraz, kasi tau sikit. Tang mana yang nak diungkit lagi.

"Aku cuma mengenang kisah lalu je, right guys?" Harraz menjongketkan keningnya berkali-kali ke arah rakan-rakan yang lain, ingin mendapatkan sokongan. Namun, hanya dibalas sengihan dari mereka. Inilah dinamakan sahabat, sokong sikit pun tak nak. Aku ajak menuju je jalan yang benar kot. Nak sangat membelok pergi KFC.

"Cuba sekalilah Fayyadh, hutang kau waktu TOD yang dulu" pujuk Farhan. Tangannya mengesat peluh yang mengalir di tepi dahi, panas terik. Kenapalah Carnival ni tak pasang aircon, kepala hotak kaulah Farhan.

"Yelah, cepat. Apa yang korang nak aku buat" Tengku Fayyadh mengalah. Bukan cair dengan pujukan ea, bayar hutang je.

"Okay, memandangkan yang kau hutang tu dare. Jadi kau kena buat dare ni. No exuses"

"Ngeh, suka hatilah"

"Alright, ambil ni" Rafiey menghulurkan sekuntum bungan ros kepada Tengku Fayyadh. Tersengih-sengih dia menghulurkan bunga tersebut.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now