•BAB 10•

36 6 0
                                    

"Kak Kat, ada orang nak ambil order"

Katrina mengerutkan dahinya, pelik. Takkanlah pekerjanya itu tidak boleh menguruskannya sendiri? Ataupun pelanggan itu yang cerewet?. "Kenapa Kak Kat pula? Qaira tak boleh buat ke?" soalnya.

Pekerja wanitanya yang bernama Qaira Zahrah itu hanya menayangkan senyuman tidak bersalah. "Diorang nak Kak Kat yang pergi ambil, siap suruh saya panggil lagi" Qaira menggaru tepi dahinya. Memang benar, sebaik sahaja dia berdiri di hadapan meja dan menuturkan perkataan 'order'. Pelanggan tersebut terus menyuruh untuk memanggil pengurusnya. Dengan alasan, Cik Katrina yang selalu mengambil pesanan mereka.

"Errr.. Girl or-"

"Guy, Kak. Mohon tabah" sempat lagi Qaira mengusik di hujung ayat selepas memotong kata-kata pengurusnya. Senyuman kecil diberikan kepada Katrina tatkala dahi perempuan itu menunjukkan kerutan seribu.

"Sorang ke..?" soal Katrina lagi. Entah mengapa, dia terasa cuak. Sepanjang melayan pelanggan lelaki, tidak pula dia berasa cuak seperti ini. Biasa-biasa sahaja. Tetapi, kali ini dia berasa seolah-olah akan berhadapan dengan perang dunia yang besar. Sama seperti hatinya yang berdegup laju secara tiba-tiba.

"Ermmmm, nope. Two" Qaira mengangkat dua jarinya ke atas, betul-betul di hadapan wajah Katrina.

"Alah, Qaira lah pergi" Katrina terus berlari ke tandas. Takut.

"Eh eh! Kak Kat!" tidak sempat Qaira penahan, wanita itu sudah berlalu pergi dengan pantas. Kali ini, dahinya pula yang berkerut. Pelik, mengapa pula Katrina perlu bersikap sebegitu. Seakan-akan ingin lari daripada sesuatu.

Qaira mengangkat bahu setelah lama berfikir. Tanpa berfikir panjang, kakinya terus melangkah pergi ke arah dua orang lelaki yang berkemeja segak. Menunggu pesanan mereka diambil, atau lebih tepat lagi menunggu wanita yang bernama Katrina.

"Maaf, Encik. Cik Katrina sibuk" ujar Qaira, memohon maaf. Pada masa yang sama membela Katrina. Takkanlah dia ingin memberitahu bahawa Katrina tidak mahu berjumpa dengan mereka berdua.

"Dia berdebar nak tengok akulah tu" terdengar tawa kecil mengiringi setiap katanya.

"Dahlah tu Yadh, kau memang suka usik dia" Harraz menggelengkan kepala perlahan. Suka sangat mengusik Katrina. Dan seperti yang dijanjikan, mereka menikmati makanan tengah hari di Cafe buah hati Tengku Fayyadh. Ingatkan mereka dapat melihat wajah manis itu, rupa-rupanya tidak. Mungkin Katrina dapat menghidu sesuatu.

"Mana ada aku usik, aku suka tengok muka dia je" balas Tengku Fayyadh, tersenyum suka.

"Errr.. Order, Encik?" Qaira melemparkan senyuman kekok. Tugasnya hanya untuk mengambil pesanan, bukan untuk mendengar luahan tidak berbayar. Namun, terasa seronok pula mendengar setiap bait luahannya. Bak kata orang, luahan yang sedap didengari itu adalah luahan yang paling ikhlas.

"Ouh, sorry. Ermmm, saya nak.. makanan dan minuman yang paling mahal kat sini" ujar Harraz seraya memandang ke arah Tengku Fayyadh dengan senyuman nakal. Keningnya dijongket berkali-kali seolah-olah bertanya sama ada boleh atau tidak.

Tengku Fayyadh memutarkan bebola matanya ke atas. "Suka hati kaulah, menapau je tahu" balasnya.

Harraz tersengih.

"Encik pula?" soal Qaira kepada Tengku Fayyadh.

"Same with him" balasnya pendek. Dia membalas dengan  tersenyum sebaik sahaja wanita itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now