•BAB 9•

28 7 0
                                    

"Kakak!" jerit Orked nyaring. Patung kecil yang terdapat di tangannya dibaling ke arah Katrina, tepat mengena wajahnya.

Katrina tersentak. "Orked, apa nii?" balasnya, geram kerana diganggu. Orked yang berada di dalam dukungan Harith dipandang dengan mata yang membulat, seolah-olah sedang marah. Namun, pandangannya itu dibalas dengan tawa yang ceria daripada Orked. Tak makan saman budak ni.

"Bubu, baling pasu tu pulak" hasut Harith, alang-alang mereka berada di halaman rumah awal pagi seperti ini, apa salahnya jika Orked bersenam. Bak pepatah, alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan!.

"Hah! Eloklah tu ajar bukan-bukan!" marah Katrina. Boleh pula mengajar ajaran sesat kepada Orked, patutlah adik perempuannya itu ganas semacam. Kecil-kecil sudah diajar menjadi askar.

"Ermmm, Bubu. Apa maksudnya kalau orang tu termenung sorang-sorang ea?" soal Harith kepada Orked, seakan-akan Orked faham dengan soalannya itu. Dia menunduk memandang Orked yang tersandar selesa di dadanya.

Orked tersengih menayangkan dua batang giginya. "Gileeee!" jeritnya sambil tertawa ceria.

"Hahahahaha!" tawa Harith memenuhi halaman rumah. Bijak bijak, Orked sudah diajar dengan baik. Tidak sia-sia dia meluangkan masa bersama Orked selama ini.

Mata Katrina mencerlung tajam memandang abangnya. "Fikir lawaklah?" soalnya serius, tiada sebarang senyuman yang terhias di bibirnya. Jelingan tajam diberikan pada Harith.

Harith tersenyum, sudah lali dengan jelingan Katrina yang padu itu. "Kau kenapa dik? Putus cinta?" soalnya. Walaupun dia tahu Katrina bukan seorang perempuan yang mudah mesra dengan lelaki. Memang ajaib, sekiranya satu hari nanti adiknya itu datang membawa seorang lelaki.

Katrina mengeluh. Dia memang Orked. Wajah Orked yang sudah dipenuhi coklat itu, mewujudkan satu senyuman di bibirnya. "Tak ada apalah" balasnya lemah.

"Eleh, putus cinta" Harith masih mahu mengusik.

"Ish!" Katrina sudah berdiri, memandang abangnya dengan pandangan menikam.

'Aku bukan putus cinta! Tapi cinta yang datang dekat aku!' luahnya geram di dalam hati. Jika Harith mendengar luahannya, pasti dia akan dimalukan beribu tahun.

"Kakakkk.." panggil Orked dengan nada yang bergetar. Berair sudah matanya, hanya tinggal untuk menitis sahaja.

Katrina terkedu, begitu juga Harith. Orked terus diambil dan didukung. Dia memandang abangnya yang turut sama keliru sebelum dia kembali memandang Orked yang memandangnya dengan mata yang sudah dibanjiri air mata.

"Why honey?" soal Katrina. Air mata di pipi Orked dilap sepenuhnya sebelum dia mencium pipi gebu itu semahunya. Terkejut apabila Orked tiba-tiba menangis.

Orked menarik sedunya. "Hikkss.." Orked masih menangis.

"Along buat!" Katrina menuduh Harith. Tercengang abangnya.

"Whats wrong with you girl?!" kembang kempis hidung Harith apabila dituduh begitu, kali ini dia pula yang melemparkan pandangan tajam pada Katrina. Aku masih tahu memahami perasaan wanita jadi kau fikir aku tergamak ke nak sakiti perempuan!.

"Huarghhhh!!" makin kuat tangisan Orked.

Katrina cuak, punggung Orked ditepuk perlahan. "Bubu, kenapa ni sayang?" soal Katrina lembut. Makin kerap tangan dia mengelap air mata Orked, sekali dia lap, beribu air mata yang mengalir keluar.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now