•BAB 12•

31 5 0
                                    

Katrina merenung lembut, sekuntum bunga yang terpegang kemas di tangannya. Satu keluhan panjang dilepaskan. Mengapa harinya dilalui dengan situasi yang seperti ini, hidupnya kini seolah-olah berdetik seperti kisah dongeng dalam buku cerita.

Berjumpa dengan seorang putera raja yang segak dan kemas pemakaiannya malahan tanpa sebarang cacat cela di wajahnya. Patutkah dia menggelar diri sebagai Cinderella?. Dipertemukan tanpa sengaja dan kini sedang diuji dengan ujian cinta.

Bunga itu dihidu perlahan bersama mata yang terpejam. Menghidu haruman yang tersedia ada. Mungkin wangian itu hadir dari kemekaran bunga tersebut, atau mungkin dari wangian tubuh lelaki itu. Habislah, kau tak boleh tidur malam nanti Katrina.

Tubuhnya dibaringkan menghadap siling, memandang permukaan rata yang bewarna putih itu. Fikirannya sudah mengulang tayang beberapa detik pertemuan mereka berdua. Bermula dari Carnival, Cafe, Shoping Mall and everything.

Sekali lagi keluhan panjang terlepas dari bibir mungilnya. Seolah-olah terlayar wajah lelaki itu di siling putihnya. Tersenyum manis memandangnya bersama sepasang mata berkilauan itu. Kadangkala, dia berasa seakan-akan berada di alam mimpi. Melalui detik-detik indah seperti hidupnya saat ini.

Tokk! Tokk! Tokk!

Katrina tersedar dari lamunannya. Siapalah yang menganggu lamunan indahnya tadi?.

Dia bangkit daripada pembaringan dan mula melangkah ke arah pintu bilik. Saat pintu bilik dibuka, Orked terus berlari masuk bersama tawa riangnya. Terkedek-kedek kaki kecil itu berlari dan memeluk bantal miliknya di sisi katil.

Katrina memandang Puan Nahimah keliru, namun umminya itu hanya tersenyum.

"Ummi, kenapa?" soal Katrina sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik Bin Ajaib.

"Orked, dia nak tidur dengan Kakak dia" balas Puan Nahimah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Matanya menghala ke arah Orked yang sedang cuba untuk memanjat ke atas katil. Dia tertawa kecil, Orked punya naik tu sampai bila-bilalah takkan jejak atas katil.

Katrina tersengih. Seronok dapat bantal peluk baru. "Betul ke ni ummi? Silap-silap malam nanti dia kacau Kat, menangis nakkan ummi" ujar Katrina lalu melangkah ke arah Orked diikuti oleh Puan Nahimah.

"Betullah. Tadi bila ummi suruh dia tidur, terus dia lari ke bilik kamu" Puan Nahimah mula melabuhkan duduknya di atas katil. Memerhati Katrina yang sedang mengangkat Orked ke atas katil, pantas sahaja anak dara kecilnya itu menyelimutkan badannya.

"Mengada je, Bubu ni. Sajalah taknak tidur dengan baba, suara baba bila tidurkan macam gempa bumi" selamba sahaja Katrina berkata. Ketika itu satu tamparan lembut hinggap di bahunya. Dia terkekek ketawa melihat jelingan umminya, marah betul kalau orang kutuk suami dia.

"Tak baik kata baba macam tu, kalau baba dengar kecil hati dia" ujar Puan Nahimah, lebih kepada menasihati anaknya.

"Hati baba besarlah, ummi. Sebesar cinta baba pada ummi" gurau Katrina, sekadar pickupline untuk mengusik Puan Nahimah. Tersengih wanita tua itu.

"Achiaaaa chiaaa!" sahut satu suara.

Katrina memandang ke arah pintu bilik. Tatkala melihat firgura tersebut, dia sudah tertawa kecil sebelum mengalihkan pandangan kepada Puan Nahimah. Umminya itu hanya tersenyum malu.

"Bababababa!" jerit Orked, teruja. Dia sudah menggapai tangannya pada Tuan Fadzirul dalam keadaan berbaring.

"Apalah anak baba ni, tidur dengan kakak. Baba nak tidur berdua dengan ummi" balas Tuan Fadzirul setelah berdiri di sisi anak perempuannya yang sudah terduduk di atas katil itu. Dia mengusap lembut kepala Orked namun tidak diendahkan oleh anaknya itu. Orked hanya berusaha memanjat ke atas badannya, meminta untuk didukung.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now