Tangannya perlahan menyentuh bibir pantai, sejuk dan nyaman. Lebih-lebih lagi dengan keindahan di waktu pagi, dingin kesejukan lembut menyapa tubuh. Mata bagai terkunci menikmati keindahan alam, ditambah pula dengan cahaya di permukaan pantai. Teramat cantik.
Perlahan, kakinya melanglah di pinggur pantai. Selangkah demi selangkah, ayunan kaki tidak dipercepatkan agar matanya dapat menikmati kehidupan sekeliling. Pada waktu pagi ini, hanya dia sahaja yang berseorangan di pantai. Siapa yang mahu bermandikan air sejuk seawal jam 7.30 pagi. Tetapi dia bersyukur, sekurang-kurangnya dia tidak terganggu dengan bunyi sekeliling. Indah tanpa halangan.
Now I'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best
The past is the worst
Just let it go let it go no....
Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me...Dia tergelak perlahan. Sempat lagi bibir menyanyikan bait-bait lagu. Sabar. Itulah yang sedang dilakukannya sekarang ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Ismail Izzani, amat sesuai dengan dirinya. Dapat mengungkapkan kisah-kisah yang dihadapinya selama ini. Tetapi itu dulu. Sekarang, dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya.
Terasa satu pelukan hangat dari belakang. Dia tersenyum manis walaupun dirinya berasa sedikit terkejut. Kini dirinya dijejaki oleh sang suami. "Kenapa duduk kat pantai ni pagi-pagi, kan sejuk" bisikan lembut menyapa gegendang telinga. Nada yang amat membahagiakan.
"Tak sejuk, seronok adalah" dia membalas suka. Tangan hangat suaminya dipegang erat dari hadapan. Inilah hidupnya sekarang, teramat bahagia di samping suami tercinta. Tiada lagi cacat cela di dalam hidupnya.
"Sayang.." sekali lagi nada itu membisik di telinganya. Pelukan makin dieratkan, menyalurkan rasa cinta yang selama ini dirasai.
"Ya.." sambutnya perlahan, penuh kelembutan.
"Now I'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most..."Dia tergelak suka, dikenakan sang suami. Rupa-rupanya tingkah-lakunya diperhati daripada mula lagi. Tubuhnya dipusingkan menghadap suami tercinta, senyuman manis terukir di bibir mungilnya.
"I wanna tell you something.." dada suaminya diusap perlahan. Menggambarkan detik bahagia yang dikecapinya ketika ini. Kalau diputarkan kembali detik-detik sebelum ini, pasti akan dipenuhi dengan gelak tawa mereka. Kerana cara perkenalan yang berbeza, walaupun terdapat pelbagai liku-likunya tetapi amat penuh dengan detik bahagia.
Pipinya diusap lembut. "What is it, sayang.." sahut suaminya dengan senyuman mekar di bibir, sangat indah.
"Biy, awak jodoh highest ranking saya.."
•••••
Kini, dirinya tersedar dari lena yang panjang. Sekali lagi, mimpi yang sama berulang kembali. Setiap kali dirinya lena di malam hari, mimpi yang sama diulit kembali. Dan ketika itu, hanya berakhir dengan satu kata-kata itu.
Biy, awak jodoh highest ranking saya..
Tidak dapat memikirkan sebarang petunjuk mengenai mimpi tersebut. Masih sama. Kerap juga mimpi itu menerjah ke alam lenanya. Kadangkala, dia menganggap itu sebagai permainan syaitan tetapi sudah berlaku lebih daripada tiga hari. Itu bermaksud, mimpi itu akan menjadi kenyataan.
YOU ARE READING
"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."
Fiksi RemajaBersaksikan mata dan hati, dia telah dikaburi dengan berjuta rasa yang dipendam dalam satu perasaan yang dirasai. Dia akur, bidadari itu hadir dengan izin-NYA, malah dipertemukan juga dengan izin-NYA. Detik demi detik yang dilalui, disinari dengan...