•BAB 7•

40 9 0
                                    

"Raikan apa ni? Korang kenapa sebenarnya ni? Aku buat salah apa? Kenapa tiba-tiba? Korang nak kenakan aku kan? Baik cakap cepat!" soal Tengku Fayyadh bertubi-tubi, pelik dan cuak. Sebaik sahaja dia sampai di rumah tepat pada pukul 9.05 malam. Dia terus mendapat panggilan daripada Rafiey dan ketika itu sahabatnya itu menyuruhnya untuk bersiap dan memintanya untuk berjumpa tepat pukul 9.30 malam. Like.. Seriusly?! Aku nak kencing pun tak sempat!.

"Sabar bro. Kita chill dulu" ujar Farhan cuba menenangkan sahabatnya itu. Memang tidak dinafikan, Tengku Fayyadh pasti letih dan penat tetapi bukan salahnya. Harraz yang meminta mereka berjumpa dengan niat ada perkara penting yang perlu diuruskan.

"Chill kau cakap? Aku nak kencing pun tak sempat, koranglah nak cepat sangat. Aku baru je balik rumah, dah kena bersiap pergi sini. Tak cukup kaki faham tak?!" balas Tengku Fayyadh bengang. Namun kata-katanya itu hanya dibalas dengan pandangan 'macam aku peduli' daripada sahabatnya itu. Makin membuatkan hatinya berkobar-kobar untuk menumbuk seorang demi seorang. Memang kawan akulah ni, perasaan bersalah langsung tak ada. Dia mencebik geram.

"Aku tak faham, jadi tak apa. Kita teruskan perbincangan kita dengan umul-kitab Al-Fatihah" ujar Harraz. Oleh kerana itu, dia telah mendapat satu tumbukan kuat daripada Tengku Fayyadh. Oleh itu, Al-Fatihah telah bertukar menjadi azan.

"Innaillahiwainnailahirojiun.." luahan Rafiey itu membuat wajah mereka berubah, tersentak. Kenapa semua beragama sangat malam ni, terasa berdosa pulak aku.

"Siapa meninggal, haa?!" ujar Farhan bengang.

"Apa? Aku cuma mengucapkannya sahaja" balas Rafiey dengan wajah yang tidak bersalah. Nada yang dibuat-buat sebentar tadi juga seolah-olah sedang menahan tangis, sebak apabila ditengking tanpa sebab.

"Baiklah, anak-anak solehah semua. Mari kita teruskan kepada niat kita malam ni, iaitu tentang.." Harraz sengaja menghentikan kata-katanya. Namun apabila tiada sebarang reaksi daripada sahabatnya, dia meneruskannya dengan muka yang sedikit masam.

".. aku"

Harraz merengus geram apabila sahabat-sahabatnya itu hanya memberikan reaksi kosong.

"Aku tak nak ambil tahu pasal kau" ujar Rafiey selamba. Dia berpeluk tubuh, lagak seperti seorang polis yang sedang menyoal siasat seorang penjenayah.

"Ish! Yalah, sebenarnya aku nak cakap pasal Fayyadh"

Tengku Fayyadh tersedak. Hati tiba-tiba menjadi tidak tenteram tatkala namanya disebut. Pasti ada perkara yang sahabatnya itu tidak puas hati, sehingga namanya dipetik. "Wait, apahal pasal aku?" Soal Tengku Fayyadh, keliru. Matanya menikam mata Harraz yang turut menikam ke arah matanya. Pandangan berbalas tanpa sebarang suara itu semakin menambahkan kekeliruan di fikiran Tengku Fayyadh.

"Jangan tanya soalan yang dah tahu jawapannya, kau sendiri yang jadi punca" balas Harraz serius. Kening dijongket sebelah tatkala sahabatnya itu memandang dengan kerutan seribu di dahi, seolah-olah tidak memahami kata-katanya.

Hampir 5 minit Tengku Fayyadh berfikir namun tiada sebarang kata-kata yang terkeluar daripada dua ulas bibirnya. Hanya pandangan tanpa jawapan yang dilemparkan. "Betul, aku tak faham" katanya.

Mungkinkah ada beberapa perkara yang telah dia lupakan? Ataupun kesalahan yang telah dia lakukan?. Tidak mungkin, setahunya pada hari ini dia langsung tidak membuat kesalahan mahupun masalah. Aktivitnya hanyalah menjadi seorang penyelamat sewaktu pembedahan pagi tadi. Mendapat panggilan kecemasan dan terus bergegas pergi ke hospital.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now