•BAB 4•

44 12 0
                                    

"I've told you, right? Jodoh kita kuat"

Lelaki di hadapannya ini menbuatkan telinganya semakin berasap, lebih-lebih lagi dengan kenyataan itu. Makin membuatkan kemarahannya membara. Tidak habis dengan ungkapan jodoh sejak dari pertemuan pertama mereka lagi.

Nasib baik Orked sudah diserahkan kepada Sofea untuk menjaganya. Kalau tak, pasti meja makan itu akan riuh dengan suaranya. Ataupun lebih tepat lagi riuh dengan perkataan 'bang encem'. Entah bagaimanalah Orked boleh mengetahui perkataan itu.

"I don't think that is jodoh" ujar Katirna penuh makna, senyuman sini terukir di bibir.

Tengku Fayyadh menjongketkan sebelah keningnya. Tidak lain tidak bukan wanita itu mahu menunjukkan sikap jual mahalnya. Sejujurnya, lebih baik seseorang wanita mempunyai sikap malu berbanding jual mahal. Sekurang-kurangnya sikap jual mahal itu hanya 40% di dalam diri, sebab apa? It will make you look arrogant.

"Its bodoh" sambungnya. Kali ini giliran dia pula menjongketkan kening, mencabar. Tidak rasa bersalah langsung dengan kata-katanya, lagipun apa yang dikatakannya itu benar. Situasi mereka lebih kepada bodoh berbanding jodoh. You know why? Sebab aku macam orang bodoh pergi langgar dia.

"Auch, thats hurt" Tengku Fayyadh memegang dadanya sambil menayangkan wajah menahan kesakitan. Memang benar-benar menikam kata-kata Nenek Kebayan ni. Bukan main lagi dia bersikap romantik mengatakan pertemuan mereka sebagai jodoh, boleh pula dibalas dengan bodoh. Tidak sangka wanita seayu bidadari di hadapannya ini pandai mengeluarkan kata-kata berupa carutan. Siapa ajar ajaran sesat ni?.

"Like I care about it" Katrina menayangkan muka bosan. Tiada masa dia mahu melayan lakonan lima belas ringgit lelaki ini. Sekarang dia hanya menunggu detik untuk beredar. Lama-lama bersama mamat tiga suku ini membuatkan fikirannya bercarutan. Jika dibiarkan lebih lama, dia takut tangannya tidak dapat menahan diri dari membalikkan meja yang digunakannya ini. I should take a deep breath.

"Awak asma ea?" soal Tengku Fayyadh dengan wajah pelik. Sebentar tadi bukan main lagi bagi kata-kata sentap, sekarang seperti orang nazak. Minyak wangi aku terlalu kuat ke sampai tak cukup udara? Atau gaya segaknya membuatkan wanita itu berdebar. Tiba-tiba dia tersenyum lebar.

"Your heart were beating fast, right? Cause my eyes always killing yourself" dengan senyuman yang masih terukir di bibir dia mengatakan kata-katanya itu.

"Errr.. jangan nak perasaan sangat" Katrina menutup gugup.

Tengku Fayyadh tersenyum sinis, jujur pun susah. "Tak baik menipu, berdosa" ujarnya dengan jari telunjuk yang dihayunkan ke hadapan dan belakang, mengejek.

"Eleh, lelaki memang selalu perasan macam ni ke?. Ingat awak sorang je ke lelaki kat dunia ni" kata Katrina sambil berpeluk tubuh.

Tengku Fayyadh menggeleng. Jawapan wanita ini selalu menusuk kalbu. Rasa nak nangis air mata air. Jawapan wanita ini tidak pernah kena dengan kata-katanya. Rasa seperti tidak sebulu pun ada. Tapi tidak mengapa, dia akan buat jadi sehidup dan semati. That time, she will know how important i am in her life.

"Biy, Awak Jodoh Highest Ranking Saya."Where stories live. Discover now