Bab 1 - mimpi

1.9K 51 1
                                    

Jam menunjukkan sudah hampir 12 setengah hari, Farah yang masih duduk termenung kearah tingkap disebelah kirinya masih tidak berganjak. Seorang perempuan menegurnya dari arah belakang. "Farah! Menung jauh nampak? Tembus dah tingkap tu." sapa perempuan yg memang tempat duduknya dibelakang Farah. Farah terbangun dari lamunannya itu lalu menoleh. "Hish kau ni Isya, terkejut aku"

"Apa yg kau fikirkan sangat tu Farah? Dah, dah jom keluar makan." Ajak Isya rakan sekerja Farah, keluar makan tengahari. Farah tidak fikir panjang lagi terus bangun dan beredar bersama rakannya itu.

Bila sudah tiba di restoran kegemaran dua sekawan itu mereka segera mengirim pesanan makanan masing-masing. Selesai pesan makanan, Isya sekali lagi perhatikan Farah yg kembali termenung lagi seakan memikirkan suatu hal yg penting.

"Farah, kau okay tak ni?" Tanya Isya ingin tahu.
"Ish kau nih aku okay jela" balas Farah.
"Kalau betul kau okay kenapa kau asyik termenung aje? Ada masalah ke Farah, cuba cerita dekat aku." Tanya Isya, kali ini dgn nada yg lebih lembut.

Farah yg memang lemah dalam menyembunyikan sesuatu hal dalam mindanya membuatkan rakannya itu tertanya -tanya. Farah yg termenung tunduk memandang meja dan menghela nafasnya sebelum kembali memandang wajah Isya.

"Isya, aku tak tahu apa benda yg aku sibuk fikirkan ni..aku tak tahu nak explain mcm mana" jawab Farah.
"Farah, bawa bertenang. Jangan serabutkan sgt kepala tu. Nanti lama-lama sakit. Cuba kau cerita dkt aku pelan-pelan." Nasihat Isya kepada rakan baiknya itu.

Mendengar nasihat Isya, Farah menghela nafas panjang dan bersedia utk bercerita kpd Farah.
"Aku sejak dua menjak ni asyik dapat mimpi yg pelik-pelik, Sya." Jelas Farah.
"Mimpi pelik yg macam mana tu?" Tanya lagi Isya.
"Tiap-tiap malam aku selalu bermimpi seorang perempuan yg aku langsung tak kenal.." sambung Farah.
"Perempuan? Perempuan mana?" Tanya Isya lagi.
"Aku taktahu Sya, siapa dia...cuma dalam mimpi aku tu, aku seolah-olah nampak tenang gembira je.." jelas Farah dgn panjang lagi. Sejurus itu, pesanan mereka tadi sudah tiba di meja.

Isya seperti berfikir sejenak selepas mendengar luahan cerita Farah sebelum minum jus mangga yg dia pesan tadi.
"Mungkin kau lupa basuh kaki kot sebelum tidur.." Isya yg melihat riak wajah Farah yg penuh serius cuba berseloroh.
"Hish kau ni aku bukan main-main lah.." balas Farah dgn nada sedikit jengkel dgn respon Isya.

"Ok, ok sorry...aku tahu kau serius tapi takkan benda macam ni pun kau fikir sampai naik runsing kepala kau? Rileks-rileks sudah." Balas pula Isya cuba menenangkan kawannya itu.
"Bukan aku sengaja peningkan kepala Sya, cuma tu aku nak tahu siapa perempuan tu dan apa kaitan dia dgn aku." Jelas Farah dengan panjang lebar.

"Kau cam muka dia?" Tanya pula Isya.
"Tak cam sangat. Cuma yg aku boleh gambarkan dia berambut lurus panjang, mata dia seakan-akan biru dan tinggi dia dalam tinggi-tinggi kau.." jelas Farah cuba menerangkan kpd Isya.

"Hmm..mesti dia lawa kan macam aku? Hm..aku rasa tu mimpi kau mungkin mainan tidur je kot. Jangan pening-pening sangatlah.." ujar Isya cuba nasihat Farah yg masih kelihatan serius di riak wajahnya.
Farah yg tadi kelihatan serius cuba utk menghadam kata-kata kawannya itu dan mereka berdua menikmati makanan diatas meja itu sebelum bergerak kembali ke pejabat.

**

Setelah habis waktu bekerja, Isya dan Farah bangun dan meninggalkan pejabat. Mereka menuju ke lift dan menekan butang utk turun.
"Haihh Sya..nasib baiklah harini dah hari jumaat..kalau tidak lama lagi lah aku fikir report yg nak kena siapkan tu." Ujar Farah sambil membelek2 beg tangannya utk mencari kunci keretanya.
"Dah lah..Farah..isnin jelah kau siapkan..Encik Borhan tu pun satu dah tahu nak cepat bagitahu lah awal2.." bebel Isya seorang diri selepas Farah masuk kedalam lift.

Mereka menuju ke parking lot yg berada di level B1. Isya pergi ke tempat parking keretanya sambil ditemani oleh Farah.
"Okay lah Farah, aku balik dulu. Nanti apa-apa hal kau whatsapp aku je okay?"

"Okayy."

.
.
.

My first writing..
If you enjoy leave a comments ^^

.
.
.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now