Bab 14

649 39 1
                                    

Farah POV

Ding dong...

Bunyi loceng dipintu kedengaran dari hujung tamu. Aku segera kesitu. Pagi-pagi ni dah ada tetamu ke?

"Assalamualaikum." Kelihatan seorang perempuan memberi salam tatkala aku membuka pintu.

"Waalaikumussalam...Hanni?" Aku ternganga sedikit melihat tubuh Hanni berdiri dihadapanku. Ada apa dia datang kesini.

"Farah.." Hanni juga kelihatan kaget.

"Hanni buat apa dekat sini?" Aku segera membuka gril pintu dan menghampiri Hanni.

"Kejap..Farah tinggal dekat sini ke?" Soal Hanni melihat sekeliling.

"Ya. Kenapa?" Aku menyoal Hanni balik.

"Jadi..Farah lah yang tengah cari roommate tu?" Soal Hanni lagi.

"Ya. Hanni ke yang email haritu?" Soal aku dengan nada kehairanan.

"Ya. Hanni lah." Dengan semangat Hanni menjawab sambil mengukirkan senyuman.

"Laa Hanni rupanya. Takpa jom kita masuk kat dalam dulu." Aku menjemput Hanni masuk kedalam.

. . .

"Maknanya sekarang Hanni tengah cari rumah sewa lah ni?" Soalku sambil hulurkan segelas air oren kepada Hanni. Tentu dia haus.

"A'ah, Farah. Saya pun tak sangka yang Farah pun cari roommate." Balas Hanni lalu meneguk sedikit air oren.

"Kalau macam tu, duduk dengan Farah jela." Ujarku.

"Hurmm takpa ke?" Soal Hanni ragu-ragu.

"Laa..takpa apanya? Lagipun kat mana lagi Hanni nak cari. Area Damansara tu memang susah nak cari." Pujukku lagi. Entah kenapa pula aku yang bersemangat.

"Kalau macam tu, saya tumpang menyewa dekat sini dulu lah." Ujar Hanni. Aku mengangguk bersetuju.

Tak sangka roommate aku Hanni. Daripada aku ambil sembarangan orang yang aku tak kenal, lebih baik ambil Hanni terus. Lagi senang, tak perlu iklankan lagi dah.

Oh ya. Sebenarnya beberapa bulan yang lepas aku dah iklankan untuk mencari seorang roommate. Supaya aku tak bosan dan at least ada teman untuk berborak.

Sejak aku pindah ke apartment ini setahun yang lalu memang hanya aku seorang sahaja yang menginap disini. Mula-mula memang aku agak cerewet sedikit konon taknak ada roommate langsung.

Sebab nanti takut kalau roommate tu seorang pengotor atau jenis bimbo ke. Tapi last-last aku naik bosan jugak takda teman bising dalam rumah. Bagi aku seorang roommate sudah cukup.

* *

Hanni POV

Aku sudah bersiap-siap untuk pergi ketempat mengajar. Ini hari pertama aku sebagai guru. Aku harap aku boleh buat yang terbaik. Inilah masanya aku nak gunakan bakat aku yang dah lama aku pendam.

Aku melangkah keluar dari bilik tidur dan berjalan keruang tamu. Aku melihat dari ruang tamu Farah sedang sibuk mengemas dapur.

Aku toleh ke meja makan sudah dipenuhi dengan sarapan pagi yang kelihatan lazat. Farah masak semua ni ke? Tapi macam banyak sangat je. Ke ada orang lain selain aku dalam rumah ni?

"Good morning, Hanni." Sapa Farah yang sudah berada dihujung meja. Ayat pertamanya pada pagi ini bersama senyuman manis dibibirnya.

"Good morning..Farah." aku membalas senyumannya.

"Jom kita sarapan dulu." Ajak Farah. Aku mengikuti langkah Farah ke meja makan.

"Farah masak semua ni?" Aku bertanya soalan agak bodoh.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now