Bab 20 (updated)

1K 47 11
                                    

Farah POV

Aku keluar jalan-jalan di taman bersama Juhaina petang ini. Katanya ada sesuatu yang harus aku tahu. Jadi aku ikutkan saja katanya. Lagipula aku pun teringin keluar berduaan dengannya begini.

"Awak cakap ada nak bagitahu something?" Soalku.

"Ohh..itu. Buat masa ni I sebenarnya ada urusan bisnes. So i takkan ada dekat ofis untuk sebulan dua ni." Jelas Juhaina.

"Oh..dekat butik awak ke?"

"Yup." Juhaina sambil mengangguk.

"Kalau macam tu takda sapalah nak teman saya minum nanti." Sengaja aku buat muka sedih.

"Sorry i tak kesian."

"Hahaha jahat awak ni kan."

"Tak sejahat awak yang cium roommate sendiri." Ujarnya sambil berjalan kedepan.

"Hahaha tak penat ke asyik mengungkit benda sama."

"Tak, selagi awak tak cium saya lagi." Balas Juhaina lagi.

"Gatalnya orang tu."

Aku terlihat orang menjual aiskrim ditepi taman, aku hampiri dan membeli satu aiskrim. Dari jauh, aku lihat Juhaina bercakap seorang diri. Pasti dia fikir aku mengikutinya dari belakang. Aku tergelak kecil melihatnya.

"Kan, Farah?"

"Farah?" Juhaina mencari-cari kelibatku.

Aku menyergahnya dari arah tepi, terkejut Juhaina oleh perbuatanku.

"Ishhh" Juhaina mengurut-urut dadanya apabila melihatku berdiri disebelahnya.

"Haa takut lah tu i kena culik" gurauku.

"Kena culik lagi bagus."

"Nah i belikan you aiskrim." Hulurku aiskrim yang telah ku beli.

"Untuk saya je? Untuk awak?" Juhaina mencari-cari sesuatu ditanganku.

"Saya tak makan aiskrim tu."

"Kenapa?"

"Sebab saya suruh abang tu letak ubat tidur dalam aiskrim awak lepastu senanglah saya nak culik awak bawa balik rumah nanti." Balasku pula.

Juhaina yang terkaku mendengarku terus menjilat aiskrimnya dengan gelojoh. Aku geli hati melihatnya. Entah dia percaya atau cuba berjenaka.

* *

Juhaina POV

Aku menghampiri Syida yang baru saja tiba.

"Syida, masuk bilik saya sekarang." Arahku.

Syida mengikuti langkahku ke bilik pejabat. Dia kini berdiri dihadapanku. Mataku masih tertumpu pada skrin komputer.

"Bila Aina datang?" Soal Syida.

"Sejak semalam lagi." Aku cuba mengawal emosiku. Aku mempelawa dia duduk dikerusi hadapanku.

"Macam mana kerja dekat Marinar's? Okay?" Soalnya lagi.

"Okay je." Aku benar-benar malas dengan soalan basi-basinya.

"Mesti seronok dapat kerja dekat syarikat ayah sendiri." Ujarnya tajam memandangku.

Aku mengalihkan pandangan mataku dari skrin dan tepat membalas pandangannya. Ada perasaan yang tidak puas hati pada ayatnya disitu.

"Tak seseronok awak membohongi saya selama ni." Aku sengaja melontar kata kata ini.

"Apa maksud Aina?" Soal Syida.

"Ni report jualan Stylee tahun lepas." Aku menghempas report butikku dihadapan matanya.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now