Farah's POV
Aku renung keluar tingkap memikirkan perasaan yg entah mana hadir dalam hati. Puas aku nafikan yg perasaan ini hanya sekadar perasaan yg biasa bila berdepan dgn wanita secantik Juhaina. Namun, setiap kali aku cuba lupakan Juhaina, semakin kuat perasaan yg singgah dihati. Perasaan yg belum pernah aku rasa. Sukar untuk aku gambarkan perasaan ini dgn kata-kata.
Aku bangun melihat jam di dinding hampir pukul 11:00 mlm. Aku merangkak naik ke atas katil dan merebahkan tubuhku.
Aku tutup suis lampu disebelahku dan tarik selimut yg berada dibawah kakiku.
Selalunya aku mengambil masa kurang 10 minit untuk lena. Tapi malam ni lain pula jadi, sudah lebih 10 minit aku masih belum lena. Puas aku pusing ke kiri ke kanan masih sukar utk aku pejamkan mata.Aku mencapai telefon diatas meja disebelahku dan menaip mesej kpd Isya. Namun tiada respon dari Isya. Selalunya waktu begini Isya pasti sudah tidur. Ku letakkan kembali telefon diatas meja.
Aku cuba sekali lagi pejamkan mata berharap kali ini aku dapat lena. Lama aku membiarkan mataku dipejam.
Aku celik kembali dan bangun dari katil. Aku berjalan menuju ke dapur untuk minum air suam. Sambil aku memegang gelas, aku berjalan ke luar balkoni membuang pandanganku kelangit malam yg cerah. Aku senyum. Kenapa perlu paksa tidur sedangkan pemandangan malam ini lebih indah untuk dinikmati.
Aku toleh memandang langit sebelah kanan, aku terasa pinggang ku dirangkul. Aku menoleh melihat seorang perempuan senyum memandangku sambil tangannya merangkul pinggangku. Entah kenapa aku membalas senyumannya. Wajahnya yg manis dirapatkan ke mukaku. Pipiku dapat merasakan pipinya yg lembut dan mulus. Dia berikan ku kucupan dipipi. Entah mengapa lagi aku menghadiahkannya senyumanku. Sedangkan aku buntu siapa dia sebenarnya.
Aku kelihatan sangat mesra dengannya. Tanpa ada butir bicara antara aku dengannya namun jelas terlihat betapa intim antara aku dengannya. Aku tidak menafikan yg sememangnya aku kelihatan sangat bahagia disampingnya. Oh tuhan..aku teringin sekali mengenalinya. Siapakah dia?
Kringgg....kringgggggg!
Aku matikan jam loceng diatas meja dan bangkit bangun. Aku segera bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Mimpi yg sangat asyik membuatkan aku bermalas-malasan untuk melangkah ke pejabat.
"Morning, Isya." Sapa aku pada Isya yg sedang membancuh kopi. Aku berikan senyuman buat kali pertama hari ini.
"Selamat pagi, Farah. Haihh bahagia nampak harini?" Balas Isya yg aneh dgn tingkahku.
"Kau tak nak tengok aku bahagia ke?" Aku pula yg menyoal sambil tersengih.
"Eh eh..kesitu pulak kau..nah kopi untuk kau sekali." Isya menghulurkan secawan kopi kepadaku. Dia memang rajin membuatkan aku kopi setiap pagi. Entah apa yg aku jampi dkt dia sampai begitu baik sekali denganku.
"Hehe..terima kasih sayangku.." Aku menyambut dan mencuit pipi Isya. Isya yg mendengar respon aku pura-pura nak muntah melihat aku.Aku duduk di meja lalu menghidupkan komputer. Seperti biasa aku akan membuka email terlebih dahulu untuk melihat jika ada apa-apa pesanan. Tiada.
Aku mula menghirup kopi yg dibuat oleh Isya tadi.
"Sedaplah Isya. Nanti nak lagi eh?" Pinta aku dgn nada bergurau.
"Mohon bancuh sendiri." Balas Isya sambil ketawa kecil dan aku turut ketawa sekali.
Aku sudah mula menyambung tugasku yg semalam. Esok hujung minggu. Hari yg amat aku nantikan. Berehat.
* *
Juhaina POV
..
Aku memandu kereta Audi ku ke perkarangan Marinars Holdings. Amat berat rasa hatiku untuk melangkah ketempat ini. Aku tidak mahu terserempak dgn Zaril. Aku benci dia. Aku benci dgn apa yg telah dia lakukan padaku tempoh hari. Kalaulah papa percaya akan setiap kata-kata ku, sudah pasti aku memutuskan pertunanganku. Tapi papa bukan yg mudah percaya pada kata-kataku. Bagi papa, aku ni hanya anak manja yg tidak pandai berdikari. Tapi papa silap...makan minum pakaianku aku beli dari hasil perniagaanku sendiri. Papa! Kenapa kau berubah sejak mama tiada?
Aku keluar dari kereta dan melangkah menuju ke pintu masuk. Belum sempat aku menolak pintu kaca itu, seorang lelaki menarik lenganku. Aku menoleh. Ah Zaril! Perlu apa dia ada disini. Aku hampir terlupa yg dia adalah salah seorang manager department Marinars Holdings. Kenapalah papa boleh lantik lelaki tak guna ni jadi orang berpangkat disyarikat papa?
"Kau nak apa, Zaril?" Soal aku dgn nada yg agak marah.
"Aina..I minta maaf haritu. I betul2 tak sengaja." Pinta Zaril sambil menunjukkan wajahnya yg konon kesal.
"Sudahlah Zaril..kau dah mencemarkan kehormatanku. Lebih baik kau pergi sebelum aku panggil security guard." Aku terpaksa mengugut Zaril untuk lepaskan aku dari genggamannya. Siapa dia untuk berlagak demikian padaku?"Aina please.." belum sempat Zaril menghabiskan kata-kata pujukannya. Seorang perempuan yg agak tinggi muncul pada pandanganku.
"Zaril!" Sapa perempuan itu. Farah. Entah mana dia datang.
"Tak kisahlah kau tunang dia ke apa..kau tak patut berkeras dengan dia macam tu." Lantang suara Farah menegur perbuatan Zaril. Memang padan pun Zaril. Sudah lah buat jahat denganku lagi cuba mengemis kata maaf dariku."Farah?" Zaril kaget dgn kehadiran Farah dari belakangnya.
"Sudahlah Zaril.. lepaskan saje dia." Tegur Farah yg merenung lenganku masih digenggam Zaril.
Tanpa berkata Zaril melepaskan genggamannya. Mukanya mulai merah. Zaril memandangku kembali. Tanpa berkata apa-apa terus dia berlalu pergi meninggalkan aku dgn Farah.Farah mendekatiku, sempat dia menjeling kearah Zaril. Aku merenungnya dgn buntu. Farah kembali memandangku dgn sedikit senyuman. Aku mulai rasa pipiku sudah kemerahan entah menahan malu atau menahan perasaan pelik yg melonjak naik ke kepalaku. Aku cuba bertahan. Namun Farah perasan akan itu.
"Juhaina nak kemana?" Lembut suaranya soal padaku. Aku cair.
"Err..nak naik keatas." Balas ku dgn nada perlahan entah dia dengar atau tidak. Farah mempelawa ku untuk masuk. Aku ikut langkahnya."Ju nak naik tingkat berapa?" Soal Farah lagi yg sudah bersedia menekan button di lift.
"Tingkat 9." Balasku. Farah memandangku dgn aneh. Ditekannya tingkat 9 tanpa menyoal lagi.Sampai saja ditingkat 9, aku mengajak Farah untuk menemaniku. Aku berasa selesa saat dia ada denganku.
Receptionist menyambutku dgn baik dihadapan ruang menunggu. Aku mengajak Farah untuk masuk namun dia enggan malah hanya berdiri dihadapan lift.
Aku menguak pintu besar yg berlabelkan CEO Marinars Holdings setelah dibenarkan receptionist tadi.
"Papa?" Aku memanggil papa.
"Aina? Datang pun." Balas lelaki yg sudah separuh abad. Dia senyum melihatku.
"Sorang jeke?" Soal papa. Bukan dia tak tahu memang selalunya aku hanya datang seorang diri. Oh ya aku lupa Farah ada bersamaku tadi.
"Sebenarnya Aina bawa teman Aina sekali. Dia pun kerja dekat sini." Jawabku dgn nada tenang.
"Kenapa tak jemput dia masuk sekali?" Soal papa terkejut. Papa terus mendail seseorang."Silakan masuk, cik." Pintu dibuka dan terlihat receptionist tadi mempelawa Farah masuk kedalam bilik papa. Aku tersenyum.
"Haa papa..nilah kawan Aina, Farah.." aku memperkenalkan Farah kepadaku. Papa segera bangun dari tempat duduk dan menghampiri Farah dan bersalaman dengannya.
"Err..Apa khabar Dato'?" Sapa Farah kepada papa dgn gaya yg terkebil-kebil melihat papa. Sesekali dia memandangku dgn pandangan aneh.
"Sihat...Cik Farah rupanya kawan kepada Juhaina ya? Kecil dunia ni." Balas papa sambil mengukirkan senyuman. Aku tergelak sedikit melihat Farah yg dari tadi agak kekok. Takkanlah ini kali pertama dia berjumpa dgn papa?Papa berkata sesuatu kepada Farah namun aku tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Aku membiarkan sahaja. Aku memandang sekeliling bilik papa. Sunyi.
Farah meminta diri untuk kembali kepejabat. Berat untuk aku membiarkan dia pergi. Namun sempat dia menghadiahkan ku senyuman. Aku sambut dgn senyuman melirik.
Aku kembali kepada papa kerana pagi tadi katanya ada hal sesuatu yg ingin disampaikan kepadaku. Aku tekun mendengar. Namun sesekali dikepalaku terbayangkan wajah Farah. Entah apa yg sudah merasuk dimindaku.
Farah...kau buat aku naik gila.
.
.
.Tolong tinggalkan komen anda ^^
.
.
.
YOU ARE READING
Mimpikah Cinta
Romance"Bila cinta seakan sebuah mimpi" Farah tidak pasti kemana haluan hidupnya akan pergi. Dia hanya terus melangkah berharap ada jawapan disebalik penantiannya.