Hanni POV"Ibu!"
"Ibu!!" Jeritku lagi.
Ibu berlari dari dapur keruang tamu mendapatkanku.
"Kenapa kau ni Hanni!" Soal ibu dengan nada tinggi. Aku mengekek gelak melihat wajah ibu.
"Ibu..." aku sambung gelak lagi.
"Kau ni dah kenapa Hanni?!" Soal ibu kali ini dia mencekak pinggang sambil memegang sudip ditangannya.
"Ibu..tak...hahaha" aku dah tak mampu tahan gelak lagi.
"Kau ni kan buat terkejut ibu je." Ibu membebel sambil menonyoh kepalaku sedikit.
"Takk...ni haa...Hanni dapat surat ni." Balasku.
"Dah tuu..? Macam kau tak pernah dapat surat?" Bebel ibu lagi.
"Cuba ibu teka Hanni dapat surat apa?" Soalku pula.
"Surat apa kau dapat? Surat putus cinta??" Ibu cuba bergurau.
"Hishh ibu ni..sejak bila orang bercinta..?" Soalku dengan gurauan ibu itu.
"Habistu? Cuba bagitahu je ibu?"
"Ni ha..Hanni dapat tawaran kerja...!" Jawab ku dengan penuh semangat sambil menayangkan suratku pada ibu.
"Kau biar betul Hanni?" Ibu terkejut lalu diambilnya surat itu dari tanganku.
"Anda dipilih untuk bekerja sebagai guru tadika. Bermula pada 5 September 2017. Lokasi di Damansara bla bla bla...." sambung ibu lagi.
Aku tersengih melihat wajah ibu yang terlopong membaca surat itu. Aku tahu ibu mesti tak percaya.
"Ya Allah. Hanni...anak mak nak jadi guru..?" Ujar ibu dengan wajah penuh gembira dan semangat memandangku.
Aku hanya mengangguk tersenyum melihat ibu. Ibu mencampak sudip yang dia pegang tadi jatuh kelantai lalu datang memelukku.
"Ibu...kalau ye pun takpayah lah sampai baling sudip tu." Bebel aku pula yang masih erat memeluk ibu.
"Hanni..macam tak percaya Hanni dah dapat kerja, sayang.." balas ibu sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada pipiku.
Aku mengangguk lagi cuba meyakinkan ibu. Aku juga sebenarnya terkejut dengan berita ini. Aku berharap ini bukanlah mimpi. Impian aku ingin menjadi seorang guru sudah tercapai. Pasti ibu sangat bangga denganku.
* *
Aku ada melayari internet untuk mencari rumah sewa dikawasan Damansara. Agak sukar juga cari rumah sewa kawasan situ. Katanya kawasan situ memang padat dengan penduduk.
Tapi sebelum itu, apa perasaan ibu kalau aku pindah bekerja dibandar? Mesti ibu sedih. Tapi apa aku boleh buat, bukan senang dapat tawaran kerja macam ni. Kalau aku tak terima, sampai bila-bila lah impian aku nak jadi guru tu tak tercapai.
"Menung apa tu, Hanni?" Soal abah yang tiba-tiba muncul dihadapanku. Entah bila abah datang.
"Takda, bah. Ni ha..hanni cuba cari rumah sewa kawasan Hanni dapat kerja tu. Cari awal2 nanti senang." Jelasku pada abah yang sudah duduk disofa menghadapku.
"Betul ke Hanni nak kerja situ?" Soal abah selepas dia diam seketika merenungku.
"A'ah, bah. Hanni nak sangat jadi guru." Balasku lalu tertundu sedikit.
"Abah faham cita-cita Hanni tu. Abah tak halang. Cuma abah dan ibu risaukan Hanni tinggal dekat sana." Jelas abah pula.
"Abah jangan risau. Hanni pindah sana sebab nak cari pengalaman. Hanni boleh jaga diri, abah." Ujarku lagi untuk meyakinkan abah.
YOU ARE READING
Mimpikah Cinta
Romance"Bila cinta seakan sebuah mimpi" Farah tidak pasti kemana haluan hidupnya akan pergi. Dia hanya terus melangkah berharap ada jawapan disebalik penantiannya.