Zaril POVSeusai habis meeting, aku bersiap-siap untuk meninggalkan bilik meeting. Kelihatan semua orang sudah mula keluar dari bilik itu.
Aku mula mengatur langkah untuk pergi. Belum sempat aku menarik tombol pintu, seorang lelaki yang sudah separuh abad memanggilku.
Aku menoleh. Dato' Kamal. Aku ingatkan dia sudah keluar dengan VIP-VIP tadi. Aku berhentikan langkah. Hatiku mula rasa gentar apabila wajah Dato' Kamal yang serius itu tepat memandangku.
"Ya, Dato'? "
"Saya ada benda nak cakap sikit dengan kamu." Kata Dato Kamal sambil mempelawa aku duduk sekali. Aku hanya ikut langkahnya.
"Ya. Dato." Aku menunduk sedikit.
"Saya betul-betul tak sangka yang kamu sanggup lukakan hati Aina." Dato Kamal mula bersuara.
"Saya minta maaf atas tindakan saya. Saya tak berniat nak sakitkan hati dia, Dato." Aku cuba menjelaskan padanya.
"Kalau kamu tiada niat nak kahwini dia, kenapa kamu terima dia dulu?" Dato menyoal lagi.
"Saya terima Aina dulu pun sebab nak jaga hati mama." Aku jelas lagi.
"Saya dah agak dah. Selama ni kamu telah tipu kami semua."
"Saya harap kamu fikir masak-masak balik." Sambung Dato Kamal lagi.
Aku hanya tertunduk mendengarnya. Aku menggenggam tanganku sendiri. Cuba menahan marah didadaku.
Kalau dia bukan pakcik aku, sudah tentu aku melawan cakapnya. Tapi disebabkan aku banyak berhutang budi dengannya, aku cuba untuk bersabar dahulu.
Dato' membenarkan aku pergi. Aku melangkah keluar dengan langkah yang agak marah. Tapi aku cuba sembunyikan emosiku.
Dato Kamal. Hanya kerana kau kaya, tak semestinya semua orang akan hormat dan ikut cakap kau.
* *
Hanni POV
Aku menolong ibu menghiris bawang. Ibu cadang mahu masak lauk tomyam seafood harini. Memang kegemaran aku sangat. Abah pula pergi membeli ketam dan udang di pasar.
"Hanni, tolong potongkan sayur kailan tu sekali. Ibu nak tumis sekali." Arah ibu yang sedang menggoreng ikan bawal sambil menunjukkan sayur yang sudah dibasuh ditepi sinki.
Aku mengambilnya dan duduk kembali dimeja.
"Ibu masak banyak-banyak ni siapa je yang nak makan?" Soalku kehairanan.
"Siapa lagi. Kamu dengan abah kamu ler." Balas ibu yang masih tertumpu pada kuali.
"Abah dengan Hanni mana makan banyak-banyak ni bu." Balasku. Takkan ibu ingat aku ni kuat makan kot. Masa kecik-kecik dulu adalah. Sekarang dah jadi anak dara mana nak hadap makanan sangat. Mestilah kena jaga badan.
"Assalamualaikum." Abah memberi salam yg muncul dari pintu dapur.
"Waalaikumussalam." Aku dan ibu jawab serentak. Tapi yang aku dengar bukan abah saje yang beri salam. Aku dengar macam ada orang lain sekali bagi salam. Aku mencari-cari kelibat orang tersebut.
Aliff rupanya. Buat apa pulak dia ikut abah balik rumah ni? Ke dia ikut abah ke pasar dari tadi.
Abah masuk sambil memperlawa Aliff untuk masuk sekali. Abah meletakkan barang-barang yang dibelinya ke dalam sinki.
Aliff senyum memandangku. Aku hanya membalas dengan senyuman pahit. Bukan dia taktahu yang aku tak suka dia rapat2 dengan abah aku.
"Haa Aliff..duduk dulu. Mesti penatkan temankan Pak Man tadi. Hanni, tuangkan air untuk Aliff." Abah mula perintahkan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mimpikah Cinta
Romansa"Bila cinta seakan sebuah mimpi" Farah tidak pasti kemana haluan hidupnya akan pergi. Dia hanya terus melangkah berharap ada jawapan disebalik penantiannya.