Mimpi apa lagi aku ni..
Desis hati Farah dgn mata yg cuba dipejam berkali-kali. Namun dia kembali lena.
* *
"Farah, tolong saya semak declaration ni kemudian emailkan kpd saya ya?" Pinta Encik Borhan yg entah muncul dari mana. Farah yg separuh sedar hanya mengangguk sambil ditenungnya kertas dari boss nya itu.
"Farah, kau okay tak ni?" Sapa Isya dari belakang.
"Aku okayy." Balas Farah tanpa memandang rakannnya itu. Isya kebingungan. Dia sudah perhatikan Farah asyik termenung dari pagi tadi.
"Balik nanti kita keluar minum eh Farah?" Ajak Isya yg kembali melihat Farah terpinga-pinga sejak tadi.
"Okayy." Balas Farah selamba namun sudah menaip sesuatu di papan kekuncinya.*
Isya bingung melihat Farah yg dari tadi senyap sambil bermain dgn straw minumannya.
"Kau okay tak ni, Farah?" Baru kini Isya bertanya.
"Aku okay lah." Balas Farah bersahaja.
"Kau ni aku tengok dari ofis asyik menung je sampai ke sini. Kau dah nak berhenti keje ke?" Entah kenapa Isya tanya soalan begitu."Hishh kau ni..bila masa aku nak berhenti?" Farah pula yg menyoal.
"Ya lah..tengok kau ni termenung aje. Kau ade masalah ke?" Masing-masing bertanyakan soalan. Farah menggeleng."Kau mimpi perempuan tu lagi?" Soal Isya lagi. Kini Farah merenung tepat mata Isya seolah Isya sudah tahu apa yg bermain difikirannya.
"Entahlah..Sya. Aku ni dah macam naik gila bila tiap2 malam mimpi dia tu." Respon Farah sambil menyelak ketepi rambut panjangnya."Kau taknak siasat siapa perempuan tu? Entah2 kau kena guna-guna tak?" Isya cuba berikan cadangan yg tidak masuk akal.
"Dah kenapa perempuan nak guna-gunakan aku, Sya?." Soal Farah yg jengkel mendengar soalan Isya.
"Takdalah..at least kau jumpa sapa2 ke yg boleh kau rujuk pasal mimpi pelik kau tu." Isya cuba beri cadangan lain.
"Entahlah, Sya. Mungkin aku ada hutang budi dekat kawan2 lama aku kot." Farah cuba memberi alasan supaya Isya tidak risau akan keadaannya.Isya yg sudah masak dgn perangai Farah hanya membiarkan rakannya itu namun jauh sudut dihatinya dia masih bimbang melihat Farah berterusan begini. Mereka masing-masing pulang kerumah. Namun Farah tidak. Dia singgah di 99-Speedmart yg berdekatan dgn kawasan rumahnya. Dia baru teringat untuk membeli minuman coffee 3 in 1 yg sudah lama habis.
"Ini je cik?" Tanya cashier dikaunter.
"Ya." Balas Farah sambil mengukirkan senyuman. Dipandangnya keluar melihat hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Coffee old town itu dimasukkan didalam plastik beg dan dihulurkan kpd Farah setelah memulangkan beberapa baki.Farah keluar dari kedai runcit itu sambil menjinjing beg plastik. Hujan makin lebat. Keretanya pula diseberang jalan. Nak tak nak dia harus meredah hujan dari terus menunggu supaya hujan berhenti.
Farah berlari meredah hujan dan terus masuk kedalam kereta.
Kereta dihidupkannya. Belum sempat dia menarik tali pinggang utk dipakai tiba-tiba ada seorang perempuan meluru masuk ke dalam kereta dan duduk disebelahnya. Dalam keadaannya yg basah lenjun terus memegang lengan Farah yg sudah terkejut dgn kehadiran perempuan itu."Cik tolong saya,cik.. Ada orang cuba mencabul saya.." perempuan yg berambut panjang itu bersuara meminta pertolongan.
"Juhaina?" Farah dapat mengecam wajah perempuan dihadapannya itu.
"Farah!" Juhaina terus memeluk Farah. Dia rasa selamat apabila dapat tahu Farah yg kebetulan ada disitu.
Farah yg tadi bingung muncul pula rasa bimbang dgn apa yg dia dengar dari mulut Juhaina tadi."Juhaina awak okay?" Farah bersuara setelah dia melepaskan pelukan Juhaina dan memandangnya. Juhaina hanya menggeleng. Dilihatnya Juhaina menggigil ketakutan. Farah tidak buang masa terus dipecut kereta Myvi nya itu.
Farah ada memberitahu Juhaina yg dia akan bawa Juhaina pulang kerumahnya dahulu. Juhaina yg hanya diam cuma mengangguk. Ketakutan ekoran kejadian tadi masih mengganggu fikirannya.
Sampai sahaja di apartment Farah. Farah memimpin Juhaina masuk kedalam rumahnya. Dibawa Juhaina duduk di sofa. Dia berlari masuk kebilik mencapai tuala dan direbahkan tuala itu dibelakang badan Juhaina. Dia melihat Juhaina dgn seribu soalan.
Juhaina yg hanya memandang kebawah mendongak melihat Farah yg setia duduk disebelahnya. Dia melihat Farah yg tidak lekang merenungnya. Dia tahu Farah ingin tahu apa yg sudah terjadi kepadanya beberapa minit yg lalu.
"Juhaina awak ingat siapa yg cuba menganggu awak tadi?" Farah mula bertanya. Dia tahu sepatutnya memberi ruang masa sedikit kpd Juhaina tetapi bermacam soalan difikirannya.
"Saya..tak berapa ingat mukanya." Jawab Juhaina yg sebenarnya menyorokkan sesuatu dari Farah. Namun Farah tidak perasan akan hal itu.
"Takpalah awak berehat dahulu kat rumah saya ya?" Pinta Farah. Juhaina hanya mengangguk perlahan. Ketakutannya yg tadi sudah mulai reda.* *
Farah mencapai telefon pintarnya dan menaip mesej kpd Encik Borhan mengatakan yg dia tidak dapat hadir ke pejabat. Diletakkan kembali telefon diatas meja. Dia menghampiri pintu bilik yg Juhaina tidur berehat semalam.
"Juhaina? Jom sarapan?" Tegur Farah disebalik pintu selepas mengetuk beberapa kali. Pintu dikuak dan Farah dapat melihat tubuh kecil Juhaina berdiri di hadapannya. Farah mengukirkan senyuman dan mempelawa Juhaina untuk bersarapan sekali. Juhaina membalas senyuman pahit mungkin kejadian semalam masih menggangu fikirannya.
Juhaina menarik kerusi dan duduk. Dilihatnya begitu banyak makanan yg terhidang diatas meja. Dia mendongak memandang Farah yg menuangkan air teh panas untuknya.
"Maaflah Farah. Saya ni menyusahkan Farah saje." Juhaina bersuara dgn nada simpati.
"Eh takdelah, Juhaina. Saya sengaja masak banyak begini. Saya tahu Juhaina mesti laparkan?" Balas Farah lalu duduk dikerusi yg berhadapan Juhaina. Dia pelawa Juhaina utk makan."Farah tak masuk kerja harini?" Soal Juhaina tiba-tiba sebelum menghirup teh panas yg dihulurkan Farah tadi.
"Ya. Saya memang ambil cuti harini." Bohong Farah. Juhaina tahu pasti Farah terpaksa ambil cuti kerananya.
"Saya tak apa-apa pun Farah. Saya dah boleh balik kerumah nanti." Juhaina terasa segan dgn Farah.
"Takpa Ju..Ju makan dulu kemudian nanti kita bincang soal tu." Pinta Farah. Juhaina tersentak mendengar Farah memanggilnya dgn gelaran 'Ju' .Hatinya seakan gemar mendengar panggilan itu dari Farah yg amat prihatin akan beliau. Dia tersenyum sambil merenung Farah yg sudah mulai suap sarapannya. Dia berasa bertuah dapat berkenalan dgn orang amat mengambil berat akannya walaupun dia tahu dia tidaklah kenal lama mana dgn perempuan dihadapannya itu.
* * *
Juhaina merenung Farah yg mencuci pinggan mangkuk didapur. Dia mahu membantu Farah namun ditolak. Farah yg menoleh kebelakang terpandang Juhaina yg asyik merenungnya dari tadi. Farah tersenyum lalu menghampiri Juhaina sebelum duduk disebelah Juhaina.
"Ju, dah okay?" Soal Farah.
Juhaina mengangguk perlahan yg masih segan menumpang semalaman dirumah Farah.
"Janganlah segan dengan saya. Anggap jelah rumah ni macam rumah Ju." Balas Farah lagi.
"Terima kasih sekali lagi sebab tolong saya semalam. Kalau takde Farah apalah agaknya nasib saya." Juhaina tidak henti2 berterima kasih dgn Farah sejak pagi tadi."Takda apa pun. Kalau Ju tak masuk kereta saya semalam..mesti saya tak tahu apa yg berlaku dkt Ju." Balas pula Farah kini dia menoleh memandang kaca tv. Juhaina merenung Farah. Dia mencapai tangan Farah dan digenggamnya lembut.
"Terima kasih, Farah." Juhaina mengucapnya sekali lagi. Kali ini Farah tersentak dgn tindakan Juhaina dan memandangnya dgn seribu perasaan yg muncul dihatinya. Juhaina membalas pandangan itu dgn tenang dan lembut.
Gembira. Nyaman. Dan tenang apabila merasakan sentuhan Juhaina didalam genggamannya. Farah tidak mampu memikirkan apa-apa selain perasaan yg tiba-tiba muncul dihatinya ini. Belum pernah dia merasa bahagia seperti ini.
Adakah persoalan yg menghantuinya selama ini sudah terjawab?
..........
.
.
.Kalau suka chapter kali ni sila vote dgn kasih sayang okeyh hehehehe ^^
.
.
.
YOU ARE READING
Mimpikah Cinta
Romance"Bila cinta seakan sebuah mimpi" Farah tidak pasti kemana haluan hidupnya akan pergi. Dia hanya terus melangkah berharap ada jawapan disebalik penantiannya.