Bab 19

743 37 6
                                    

Farah POV

Aku rasa serba salah dengan Juhaina. Seharusnya petang tadi aku cadang untuk berjumpa dengannya namun perjumpaan yang dijanjikan berakhir dengan adegan yang tidak sepatutnya berlaku didepan Juhaina.

Aku berasa sangat kesal dengan Hanni. Teganya dia menciumku tanpa segan silu dan tanpa kerelaanku. Ini bukan kali pertama dia berbuat demikian malah sudah kali yang kedua.

Aku membelek semula telefon yang entah untuk kali yang keberapa. Aku semak whatsapp mesej yang aku hantar padanya sejak petang tadi tetapi tiada balas darinya. Bluetick pun tidak.

Juhaina pasti fikir yang bukan-bukan pasalku. Tapi aku sudah yakinkan dia yang antara aku dan Hanni tiada apa-apa hubungan selain dari sahabat. Aku berharap Juhaina tidak terlalu memikirkannya.

Tuk tuk tuk.

Kedengaran pintuku diketuk. Siapa agaknya yang datang malam-malam begini. Mengganggu saja. Aku bangun dan lihat siapa dipintu.

"Hai, Farah." Sapa lelaki itu padaku sambil tersengih.

"Zaril? Awak buat apa dekat sini?" Soalku sambil menutup pintu dan berdiri diluar.

"I minta maaf kalau i ganggu u. I tak sengaja lalu sini. And then i baru teringat yg kita dah lama sangat tak contact. I just nak tahu keadaan u." Jelasnya sambil tersipu.

Tanpa kusedar pipiku sedikit merona. Zaril hiraukan aku?

"I okay je macam biasa. You?" Soalku.

"I pun baik2 je. By the way, i ade bawa buah sikit untuk u. Ambil lah." Zaril hulurkan sebungkus buah-buahan.

Agak banyak juga yang dia kasi. Sedikit katanya? Membohong saja dia ni. Tapi nampak sweet.

"Terima kasih, Zaril. Buat susah-susah je." Balasku.

"Untuk you takda yang susah pun. Anyway, i balik dulu. Kalau u perlukan apa-apa jgn segan-segan call i." Ujar Zaril sambil ingin melangkah pergi.

"Zaril." Panggilku.

"Ya?" Zaril menoleh.

"I minta maaf kalau selama ni i selalu ignore you. Kita masih berkawan kan?" Soalku dengan pertanyaan yang entah dari mana kufikir.

"Ya, Farah. Masih. I balik dulu, selamat malam." Zaril meninggalkan ku dengan senyumannya.

Entah mengapa aku berasa begitu kejam padanya selama ini. Padahal dia melayaniku persis seorang puteri. Cuma aku sahaja yang begitu keras hati dengannya.

Aku percaya dia masih ingin bersahabat denganku. Walaupun aku tahu perasaan sebenarnya padaku selama ini. Namun aku tidak pernah berbual tentangnya.

Aku tidak mahu menyakiti hati lelakinya. Tapi apa yang dia buat pada Juhaina juga aku tidak sokong. Dia tidak seharusnya tinggalkan Juhaina seperti itu. Kasihan Juhaina.

. . .

Keesokan paginya, seperti biasa aku akan bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Disebabkan semalam aku sedikit lelah, aku hanya menyiapkan 4 ketul sadwich. Dua ketul aku masukkan kedalam tupperware. Dua ketul lagi aku tinggalkan dibawah tudung saji untuk Hanni.

Baru saja aku melangkah ke pintu depan, Hanni keluar dari bilik tidurnya.

"Farah?" Sapa Hanni dari belakangku.

"Ya?" Aku menoleh dan aku lihat dia menghampiriku.

"Saya nak minta maaf soal kelmarin. Saya tak patut buat macam tu pada awak." Ujarnya.

"Baguslah kalau awak sedar." Balasku lalu menoleh darinya.

"Farah." Hanni menghalang langkahku.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now