Bab 15

706 42 4
                                    

Hanni POV

Sudah genap seminggu aku tinggal bersama dengan Farah di apartment ini. Tinggal sangat jauh dari keluargaku dikampung. Rindukan keluarga itu sudah pasti. Tapi apa boleh aku buat. Ini demi masa depanku. Lagipun aku yakin masa depanku adalah untuk bersama dengan Farah.

Jadi aku tidak boleh berpatah semula kebelakang. Walau aku tahu ada halangan yang akan datang aku tetap mahu bersama dengan Farah.

Aku menemani Farah menonton rancangan ditelevisyen. Farah kata rancangan itu sangat menarik untuk ditonton. Tapi entah kenapa aku tidak tertarik untuk menontonnya.

Aku hanya duduk disofa untuk temani Farah kekasihku. Kadang-kadang mataku sekilas menoleh Farah disebelah. Kalau boleh aku mahu menatapnya dengan lebih lama. Tapi aku tidak mahu tertangkap dengan Farah. Aku tak mahu dia panggil aku perempuan gila. Memandangnya untuk sesaat sudah kelihatan cukup bagiku.

"Awak curi-curi pandang saya ke?" Farah tiba-tiba bersuara. Aku menoleh memandangnya lagi. Takkan dah terkantoi kot?

"Takdalah saya intai cuaca dekat luar. Ingatkan dah hujan." Balasku bersahaja. Farah tergelak kecil.

"Mana datang hujannya Hanni..angin ribut pun takda. Ni kalau hujan astro yang takda dulu." Farah cuba berjenaka.

Aku tergelak bersama-sama Farah. Betul jugak apa yang dikatakan Farah itu. Kenapalah aku bagi alasan bodoh itu.

"Tak sangka kan dah seminggu awak dekat sini." Ujar Farah lagi. Aku mengangguk perlahan.

"Apa kata esok kita jalan-jalan. Nak?" Ajak Farah tiba-tiba.

"Jalan-jalan? Kemana?" Soalku.

"Adalah. Nanti saya bawa awak pergi sana esok." Balas Farah lagi. Dia menghadiahkan ku senyuman manisnya. Aku hanya membalas senyumannya itu.

Tak sabar sebenarnya untuk tunggu hari esok. Entah kemana dia hendak bawaku pergi. Walaupun sebenarnya aku agak malas untuk keluar esok tapi bila difikirkan balik yang Farah ajak aku keluar, sudah pasti aku tak menolak.

Kekasih hati nak bawa jalan-jalan siapa taknak, bukan? Aku sudah mula excited untuk esok hari. Kalau setiap minggu macam ini sudah tentu aku tak mudah bosan tinggal dibandar ini.

. . .

Farah membawaku jalan-jalan dishopping mall. Katanya kalau dekat sini sudah tentulah tempat ini yang harus aku jejak dahulu.

Farah bawa aku jalan-jalan sekeliling mall. Dia singgah di Padini untuk mencuci mata katanya. Dan kemudian dia singgah pula di Sephora, katanya itulah tempat yang selalu dia habiskan waktu untuk mencari barang-barang make-up.

Farah ini dari dulu lagi memang jenis perempuan yang suka untuk bersolek. Sebab itulah kecantikannya kelihatan sangat maintain. Dia sangat menjaga penampilannya dari atas kebawah.

"Awak. Cuba awak try ni." Farah mencalit lipstik berwarna merah gelap itu ketanganku.

"Cantik tak?" Soal Farah. Aku mengangguk. Dia tersenyum melihatku. Aku hanya membalas senyumannya.

Aku sangat suka dia berbuat begitu padaku. Sentuhannya sangat menyenangiku.

Selepas habis berlegar-legar di dalam akhirnya kami buat keputusan untuk minum disebuah cafe yang tidak jauh dari mall.

"So macam mana, seronok tak jalan-jalan harini?" Soal Farah.

"Mestilah seronok. Kat sini macam-macam ada. Apa yang takda kat kampung tu semua ada dekat sini." Balasku sambil mengukirkan senyuman melihat sekeliling.

"Sebenarnya takda beza sangat pun dekat bandar dengan kampung. Tapi saya lagi prefer stay dekat kampung." Ujar Farah. Aku merenungnya.

"Kenapa?" Soalku.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now