05 💞

670 75 0
                                        

Selepas dia kata begitu. Aku terpana kejap. Kami yang tadi berjalan , berhenti seketika.

Dia pandang aku pastuh dia pusingkan badan dia ke arah aku.

" Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? "

" Aku sed- " Aku tampar dia. Bagi dia sedar sikit.

" Kenapa kau tampar aku? " Dia memegang pipinya yang agak merah akibat ditampar oleh aku.

" Niat aku baik. Aku nak kau sedar apa yang kau cakapkan tadi " Dia tersengih senget.

" Boleh aku buat sesuatu? "
Aku hanya memerhatikan dia. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dia.

Cincin.

Cincin yang aku pulangkan kat dia masa aku break dengan dia. Sebenarnya hati aku tak berganjak sedikit pun untuk tidak mencintai dia.

Kalau dia tahu. Huh! Aku cuma tak suka perangai dia. Perangai dia yang terlalu manja membuatkan aku jadi rimas.

Tangan kanannya memegang cincin tadi. Dia meraih tangan kanan aku dengan tangan kirinya. Aku rasa macam tak boleh nak halang dia.

" Aku nak sangat kau terima aku balik. Aku nak kita macam dulu. Aku masih sayangkan kau " Muka dia tuh macam..

Entahla. Aku pun tak reti nak tafsirkan macam mana.

" Aku tak nak jilat balik benda yang aku dah ludah "

" Kau kena jilat jugak sebab bila kau dah jilat balik benda tuh akan bersih dan kebersihan tuh menjamin masa depan kita. Selamanya "
Aku terus blah untuk meninggalkan dia tapi dia lebih pantas menyambar tangan aku.

Tapi, dia pulak yang tampar aku.

" Asal kau tampar ak- "

" Sebab aku nak kau ingat balik masa kita bercinta dulu " Pintas dia.

" Jungkook, pergilah cari perempuan lain. Ada perempuan yang lebih baik dari aku "

" Taknak! Aku nak kau jugak. Aku tahu yang kau masih cintakan aku kan "

Aku hanya mendiamkan diri. Patung jap.

" Anak dara ni kalau diam mesti tandanya setuju " Dia ambik tangan aku then terus sarungkan cincin tuh.

Dia berlalu pergi. Tapi taktau dia nak pergi mana.

Getback一Jjk ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang