3 bulan kemudian ..
Aku dan Somi lepak di cafe . Duduk kat rumah bukannnya buat apa . Ramai yang suggestkan aku untuk kerja tapi takut lah . Aku ni bukannya pandai jaga diri .
Kitorang dok selfie ii . Main instagaram . Kami ni dak ii tunggu result Peperiksaan besar yang lepas .
" Haneul shi . Cer tengok ni . Trend tah pape tah . Kening pun macam ombak rindu " Kata Somi . Dia menunjukkan gambar di instagaram kepada aku .
" Haah . Aku pun nak buat la " Aku gurau je .
" Buatlah . Pastuh kau datang kat aku menangis sebab Jungkook tinggalkan kau "
" Eleh aku gurau je " Aku minum air sambil pandang tingkap .
Eh ? Macamku kenal mamat tuh . Adakah itu Jungkook ?
" Somi ah " Aku masih tak lepas memandang tingkap .
" Hm ? " Dia ralit main phone dia tuh .
" Haish . Pandang la sini " Dia pandang tingkap .
" Ha , apa ? Eh ? Jungkook ? " Terkejut Somi apabila nampak Jungkook tengah membawa kotak ii yang banyak .
Jungkook memasukkan kotak ii kedalam bonet keretanya .
" Apa yang dia sedang lakukan ? " Tanya Somi . Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu .
" Angkat kotak je pun . Bukannya nak pindah rumah " Kata Somi .
Secara automatik kitorang pandang sesama sendiri .
" Weyh . Kalau betul macam mana ? Macam mana nak kahwin ? Nak kahwin dengan siapa ? Aku tak nak kahwin dengan paderi " Aku dah menggelabah tetek .
" Hey sabar . Rilex . Cuba fikir positif . Tarik nafas dalam ii . Istighfar banyak ii " Somi membantu aku untuk bernafas .
Aku dah lupa nak bernafas lah pulak
💞💞
Aku tunggu Jungkook kat Taman . Dah tunggu punya tunggu , tak sampai ii lagi .
" Hai ! " Seseorang peluk aku dari belakang . Dah macam laki bini dah .
" Baru nak sampai ? Berjanggut aku menunggu " Jungkook duduk di sebelah aku di kerusi batu .
" Lambat sikit je " Kedua dua belah tangannya memeluk aku . Dia buat muka comel pak depan aku . Aku tergelak kecil .
" Kau ni dah kenapa ? " Lawaklah pulak aku tengok . Dia tunjuk gigi dia yang besar depan aku .
" Alah . Sayang sayang sayang . Come to me . Sayang sayang sayang " Pepelik je dia ni .
" Jungkook orang pandang la nanti . Nanti orang ingat kita dah kahwin " Aku pandang sekeliling . Risau kalau orang pandang pelik kat kitorang .
Yela . Muka masih budak sekolah menengah tinggi lagi . Bukannya muka dah kahwin .
" Kalau diorang tanya aku cakap lah haah dah lama kami berkahwin sejak azali lagi " Dia masih memeluk aku . Apa masalah dia aku tak faham .
Nasib aku dah biasa dengan pernagai dia . Dedik aku .
" Merepek " Aku pandang cincin aku . Cincin ni dia bagi waktu dia curi phone aku . Dia letak tah pape ntah kat dalam bag aku .
" Jungkook , kau buat apa je tadi ? " Aku tanya pasal kejadian tadi . Rasa tak puas hati bila pendam .
" Kau intai aku kat tingkap cafe kan . Fikir aku tak perasan " Aku pandang tempat lain dan buat muka toya .
" Mana ada " Still cuba nak kawal suara . Nanti cuak pulak .
" Aku sebenarnya tolong makcik angkat barang . Kesian kat dia anak dia kembar nak kena jaga . Suami dia pulak dah meninggal "
Aku diam dan dengar apa yang cerita . Balu rupanya .
" Aku bukannya nak pindah . Kalau aku pindah , aku bukan setakat ambik barang aku je . Dengan kau sekali aku hankit bawak sana . Tak nak aku tinggalkan kau " Aku tersentak .
Tahu ii je aku fikir di akan pindah .
" Kau tak nak kahwin dengan dia ? Nanti senanglah nak angkat barang ii untuk dia " Terlepas cakap .
Aduh . Aku tak maksudkan tuh pun . Jangan la kau faham ayat aku tuh .
" Em . Betul ke boleh ? " Dia melepaskan pelukan . Rasa sakit hati pulak bila dia lepaskan pelukan .
" Okay . Nanti aku akan melamar dia . Dan kau akan kahwin dengan paderi tua kerepot " Dia berpeluk tubuh .
Aku bangun bila merajuk . Ish ! Sakit hati . Kau bukannya nak cakap yang kau akan kahwin dengan aku ke . Tak pun cakap will you marry me ke . Haduh . Nampak ! Aku dah fikir jauh ke langit .
" Hei ! Nak pergi mana ? Janganlah merajuk . Aku gurau jela " Jungkook bangun sebab nak pujuk Haneul .
" Saya tak nak bercakap dengan awak 10 tahun " Aku berjalan meninggalkan dia .
" Mana boleh . 10 tahun lama sangat " Dia mengejar aku dari belakang . Cepat ii aku melangkah kedepan .
" Kalau macam tuh 1 bulan " Kata aku dan mempercepatkan langkah lagi . Dia kat belakang masih kejar aku .
" Mana boleh . 1 bulan rasa macam nak mati . Kau sanggup ke tak bercakap dengan aku " Terus langkah aku mati .
Tulah kau ! Cakap main lepas je . Tak fikir langsung .
ANDA SEDANG MEMBACA
Getback一Jjk ✔️
FanfictionDo not read if you are going to be a silent readers . 一Bila kau dah ludah kau jilat balik . @-jeontaelort | 2017
