Aku tak sangka sekejap je pagi dah menjelma. Aku siapkan diri untuk mencari kerja. Aku ingat kata-kata Aep Ril. Ianya meresap terus fuhh kedalam hati yang palingggg dalam.
Aku keluar dan tak lupa mengunci pintu. Aku berjalan ke arah satu lorong yang dipenuhi dengan kedai. Aku nampak satu kedai dobi. Tanpa melengahkan masa, aku bertanya salah seorang pekerja disitu jika dia mahu memakai pekerja. Tapi malang nasib tak menyelebelahi diri apabila mereka kata tiada.
" Hey! Wait. " panggil pekerja disitu saat kaki aku mula menghayunkan langkah pergi.
Aku menoleh. Dia di kaunter.
" Mungkin kau boleh cari kerja dekat kedai coffee diseberang sana. Haritu diorang perlukan pencuci pinggan. Kalau diorang tanya kau tahu dari mana, kau bagitau dari perempuan dobi. " aku mengangguk.
" Be careful girl " jerit salah seorang pekerja yang sedang mengangkat pakaian dari mesin.
Dia berjalan ke arah aku dan mengusap kepalaku perlahan.
" Jangan tergoda. Kat situ ada seorang jejaka handsome tau. Kalau dia ajak kau tidur sekalipun aku bet kau mesti terima. " Dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan muka yang sinis.
Perempuan yang di kaunter tersebut gelak.
" Kau maksudkan Miho? " Tanya perempuan di kaunter tersebut pada kawannya.
" Siapa lagi weh. " Balas perempuan tersebut.
Aku melangkah ke arah jalan yang diberitahu tahu.
Aku nampak satu kedai coffee yang agak sibuk. Aku mendekati dan menanyakan andai ada pekerjaan disini.
" Ada. Kau tahu dari mana? " Balas perempuan di kaunter kasar.
" Dari perempuan dobi. " Balasku perlahan.
" Oh ya. Aku ada suruh dia carikan aku pekerja. Btw, kau boleh basuh pinggan , gelas ? " tanyanya.Aku menggangguk.
" Good. " Ujarnya.
" come " ajaknya ke bahagian belakang. Aku membuntuti dia ke bahagian dalam kedai.
Dia memandang aku.
" Nampak? "
Aku mengangguk melihat timbunan gelas kaca yang belum dibasuh.
" So, kau dah boleh mula kerja. " ujarnya.
" gaji? " tanyaku perlahan.
" oh pasal tu, dalam masa seminggu kalau kau berkelakuan baik dan tak memecahkan mana-mana pinggan atau gelas aku, aku akan bayar kau rm100. 100 untuk seminggu. "
Aku menggangguk.
Aku mula duduk di kerusi dan memulakan kerjaku.
Aku menyingsing lengan aku sedikit. Tapi masih mampu menutup bahagian parut di lengan.
Aku menarik nafas dan memulakan pembasuhan. Satu demi satu.
Tak lama kemudian ada orang masuk menerjah dapur.
Aku menoleh. Mata aku disajikan dengan satu pemandangan yang indah.
Aku memandang lelaki tersebut. Lelaki inikah yang disebutkan oleh perempuan di dobi tadi? Aku tak menyangkal kenyataan dia. Sungguh mempersonakan. Iman aku hampir je jatuh berterabur.
Tapi aku gagahkan hati dan hadap balik basuhan aku. Jangan berangan haneul nak dapat dia. Kau hodoh, kau berparut, kau bodoh. Dan kau tak ada apa-apa.
" budak baru? " Dia duduk di sebelah aku.
Membantu aku membasuh cucian pinggan dan gelas.
Aku mengangguk.
" bisu ke? " Tanyanya.
Aku geleng.
Dia cubit peha aku.
" sakitlah. " Ujarku perlahan .
" oh boleh bercakap. Ingat ade emas dalam mulut tu. " ucapnya pula.
Biadap nak mati lelaki ni. Nak saja aku sumbatkan buih sabun ni dalam mulut dia.
" saya miho. Choi min ho " dia menghulurkan tangannya yang kotor tu.
Aku hanya diam.
" weirdo" dia menjuihkan bibir sambil meneruskan basuhan dia.
Vote and komen?
YOU ARE READING
Girl In Pieces 🌸 Kim Taehyung 🌸 [Slow Update]
Short Story" Aku menulis dari hati. Semoga bila kau baca, kau akan fahami." - You Short story. Short chapter. baca jelaa~