Seminggu berakhir dengan baik di tempat kerja. Tapi yang merunsingkan aku bila Miho asyik memerhatikan tingkah laku aku. Ianya buatkan aku rasa tak selesa.
Aku menarik nafas. Hari ini aku akam dapat gaji. Dan aku dapat beli beberapa helai baju dan jugak makanan untuk diri aku. Simpan sikit untu cari rumah pada minggu depan. Aku tak boleh bergantung hidup pada Taehyung je.
Dalam kepala ni dah macam2 aku fikir. Seminggu aku tunggu kepulangan Taehyung. Tapi dia masih tak pulang.
Kadang-kadang aku naik fed up. Tapi dia seorang je yang aku boleh harapkan sekarang ni.
Seperti biasa aku membasuh timbunan kerja. Aku bekerja dari pukul 6.30 pagi sampai lah 6.30 petang.
Kadang- kadang aku terasa lapar tapi aku tak mampu nak minta makanan daripada mereka. Aku masih baru. Apa pula kata mereka nanti.
" Hai weirdo" sapa Miho .
Aku diam.
" Kau umur berapa? " Tanyanya.
Aku diam lagi.
" dari gaya macam budak . kau tak habis sekolah kan? " Tanyanya sinis.
Soalannya mengingatkan aku pada Taehtung yang aku tinggalkan.
Aku menarik nafas.
" Akan habis. " balasku.
Dia ketawa perlahan.
" Mihoo! " Panggil seseorang. Dia basuh tangannya dan membuang apron yang membaluti badannya.
" Noona. Kenalkan ni pekerja baru. " Aku bangun memerhati perempuan yang baru saja dikenalkan kepadaku. Aku menunduk hormat.
Dia mengusap kepalaku.
" Saya Choi Ae Ra. Pemilik tempat ni. " Choi Ae Ra? Choi min Ho? Diorang adik beradik? Patutlah dia sesuka hati makbapak je minum air coffee yang mahal dekat sini.
" Masuk pejabat saya ya. Saya belum daftarkan awak sebagai pekerja yang sah dalam ni. "
Aku angguk dan mengikutinya. Sempat pandangan aku halakan pada Miho dan dia mengenyitkan matanya pada aku.
Aku tidak memberikan sebarang respon pada dia dan berlalu.
Setelah selesai urusan aku aku kembali ke dapur.
Hari dah hampir tengahari dan perut aku mula sakit. Lapar. Pagi tadi aku tak sempat nak makan mengenangkan peti dah kosong. Aku pula tak ada duit nak beli makanan.
Aku duduk di sebelah Miho sambil menahan perut yang sakit.
Miho melihat muka aku.
Lama.
" Kenapa muka kau merah? "
Aku memengang perutku.
" Kau sakit perut eh? " Tanyanya lagi. Matanya yang dah bulat semakin bulat bila panik.
Dia memegang bahu aku membantu aku duduk di kerusi yang lebih tinggi.
Aku duduk dan
Kriukkkk
Perut aku berbunyi.
" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" ketawa Miho pecah serta merta.
" Kau lapar kau cakap weh. Aku lupa nak bagitahu kau yang kedai ni bagi makan untuk pekerja di tengahari. Tapi kau tak boleh lah ambik makanan sesuka hati kau. Kau kena makan yang mana banyak tak habis je. Itu pun dalam kuantiti yang sikit sahaja. Kalau tak, gaji kau noona aku potong. Paham? " Ujarnya panjang.
Aku hanya mengangguk paham.
Aku nampak tangan dia laju mengambil beberapa kuih dan segelas coffee. Dia letakkan makanan tersebut depan aku.
" Makan. " Arahnya. Aku dengan hati yang ragu-ragu ambil kuih tersebut.
Satu disumbat ke dalam mulut.
Dua disumbat kedalam mulut. Dan tiga aku menyumbat penuh ke dalam mulut.
" Kau makan tak perlu gelojoh. Aku tak ambil lah makanan kau tu. " aduh! kata-katanya memalukan aku.
Kenapa aku macam ni? Kenapa aku tak sopan? Kenapa aku bermasalah.
Aku tunduk ke lantai sambil menyungah makanan di dalam mulut. Air di atas meja aku capai dan meneguknya rakus.
Timbunan gelas makin banyak memandangkan pelanggan di kedai ini memang sentiasa ramai.
Selepas menghabiskan makanan aku duduk kembali di kerusi membasuh pinggan dan meneruskan pekerjaanku.
Petang mula melabuhkan tirainya dan aku bersedia untuk menerima gaji aku yang pertama. Hasil usaha aku sendiri.
Gajiku diberi dalam sampul.
" Kamsahamnida." Ujarku pada Cik.Choi. dia mengangguk.
Aku keluar dari kedai dan terus meluru ke satu kedai roti. Aku membeli beberapa jenis roti untuk dibuat stok dirumah.
Selepas itu aku berjalan keluar sambil menyumbat makanan ke dalam beg galas. Aku berjalan ke arah sebuah kedai pakaian. Aku membeli beberapa tshirt lengan panjang untuk dipakai pergi kerja. Aku bukan apa. Hanya segan apabila ditegur Miho yang aku asyik memakai baju yang sama.
Dia juga ada kompelin yang aku asyik memakai baju berlengan panjang.
Katanya aku merimaskan. Aku pelik, aku yang pakai tapi dia yang rimas. Dia panggil aku weirdo. Tapi sebenarnya dia yang pelik. Huh.
Keluhan kasar aku hembuskan sebelum berjalan pulang kerumah.
Aku melihat baki gaji aku untuk harini.
Rm63 ringgit.
Tak cukup. Aku masih ada seminggu. Dan aku perlu menyewa rumah. Kepala aku sakit memikirkan semua tu.
Akhirnya aku mengambil langkah untuk balik dan terus tidur tanpa memikirkan masalah yang belum tiba.
Selamat hari raya.
Maaf ya kalau ada typo. Sebab malas nak baca balik HAHAHA.
Dan jgn lupa~
Vote and komen?
YOU ARE READING
Girl In Pieces 🌸 Kim Taehyung 🌸 [Slow Update]
Short Story" Aku menulis dari hati. Semoga bila kau baca, kau akan fahami." - You Short story. Short chapter. baca jelaa~