" Naik cepat ! " Tangan aku ditarik seseorang semasa dijalan.
Aku masuk ke kereta . Aku pandang wanita di sebelah aku. Doc, Evaa.
" Saya hantar awak ke stesen bas. Dan lepastu, saya nak awak yakin dengan diri awak. "
Aku hanya mendengar. Tak lama kemudian, kami sampai dan aku turun dari kereta diikuti Doc. Evaa.
Dia memegang bahu aku.
" Naik bas, duduk di depan , jangan sesekali bertegur atau ambil air yang orang tawarkan. Kalau nak, beli air dari mesin. Berani. Tiket tu, kau tunjuk pada driver bas. Arachi? "
Aku mengangguk.
" Selamat berjaya. " Doc. Evaa melambaikan tangannya. Aku
Aku mula menaiki bas dan mengikuti segala nasihat yang diberikan.
Mulanya aku agak berdebar. Dan aku hilangkan segala rasa dengan membaca surat yang diberikan Taehyung.
Dua buah bas yang aku naiki, aku asyik mengulang membaca surat tersebut. Membacanya berulang kali menenangkan aku.
' Haneul, kau akan duduk di rumah aku sendirian buat seketika, jangan risau, sepupu aku akan datang melawat kau. Aku dah pesan pada dia yang kau akan datang. Selesakan diri kau. Aku akan pulang secepat mungkin. '
Aku melipat semula surat tersebut dan aku menarik lampiran keduaa surat tersebut. Jalan dan setiap kedai dah diberitahu jalannya. Jalan dikawasan rumahnya. Aku merenung langit.
Aku berjalan menuju ke arah yang ditunjukkan dalam surat tersebut.
" Rumah berwarna putih dan dikelilingi bunga ros " aku memandang je depan dan berjalan beberapa langkah.
Akhirnya aku nampak rumah yang aku cari.
Perlahan, tangan aku menekan loceng.Kim Aep Riel ada dirumahkah? I don't think so.
Aku teringat yang Taehyung ada cakap yang kunci diletakkan di bawah salah sebuah pasu. Aku mencari dan menjumpainya. Tangkas tangan aku membuka kunci dan terus memulas tombol pintu untuk masuk ke rumah tersebut.
Aku pandang suasana di dalam rumah. Bersih dan teratur. Berbeza dengan rumah yang pernah aku duduki.
Aku menarik nafas. Perlahan kaki aku melangkah masuk dan
Dumm !
Pintu tertutup dengan sendirinya, memeranjatkan aku. Lantas aku berlari mengunci pintu rumah. Aku masih fobia dengan kisah lama. Dan kini aku lebih berhati-hati.
Aku menarik nafas. Mata aku meliar melihat suasana rumah. Aku tarik bagasi aku mendekati sebuah sofa panjang.
Aku menghenyakkan punggung aku disitu, dan aku makin selesa. Aku mula melabuhkan semua tubuhku pada sofa tersebut. Bantal dibawah kaki, aku capai dan memeluknya. Hidung aku menghidu bau yang sangat aku kenali.
Bau Kim Taehyung. Kawan baik aku.
Aku teringatkan Taehyung di sekolahku. Aku meninggalkannya tanpa kata-kata. Aku mencintainya? Tak. Aku tak rasa tu perasaan yang betul. Sesungguhnya aku mudah terbuai dengan sikap baik seseorang.
Maka aku biarkan sehingga rindu tidak mengganggu aku. Mata aku mula memberat. Mungkin kerana perjalanan yang jauh membuatkan badan aku berasa letih. Baju berhelai-helai yang aku pakai, tidak aku buang. Aku biarkan diri aku berpeluh dalam baju tersebut. Ianya buat aku selesa.
Aku berasa selamat di dalamnya.
Pelukan pada bantal aku eratkan. Hidung aku tak henti menghidu baunya sehingga aku terlena.
❄
Aku terjaga saat mendengar bunyi pintu diketuk. Tu mungkin Taehyung.
Aku berjalan ke pintu dan tangan aku teragak- agak untuk membukanya.
" ni Aep Ril lah ! Buka pintuu. " Jeritnya dari luar. Pantas tangan aku membukanya. Perasaan kecewa mengelubungi hati.
Aep Ril masuk ke dalam rumah dengan selamba.
" aku datang cuma nak bagitahu yang, kau takkan tinggal sini lebih dari dua minggu. Jadii, kau kena kerja dan cari tempat tinggal kau sendiri. Hidup jangan nak bergantung pada Taehyung. Dia pun ada life sendiri "
Aku menunduk. Aku dapat rasakan yang dia tak suka akan kehadiran aku.
" Taehyung ada life sendiri " kata- kata ini bermain dalam fikiran aku sepanjang malam.
🌸Author Note🌸
Happy readingg. Sorry for late update. Busy with sch stuff and whatsoever. And ditambah dengan demam yang dah berminggu ni. Tak sempat nak mengupdate.Sorry kalau ade typo and lost word.
Lot of love from me, nana 💕💗Vote and komen ? 💕
YOU ARE READING
Girl In Pieces 🌸 Kim Taehyung 🌸 [Slow Update]
Cerita Pendek" Aku menulis dari hati. Semoga bila kau baca, kau akan fahami." - You Short story. Short chapter. baca jelaa~