BAB 3

125 6 0
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan badminton pada bulan depan,sila hadirkan diri ke dewan sekarang"kedengaran pengumuman yang dilakukan oleh Cikgu Lina menarik perhatian seluruh warga MRSM Aman Jaya.

Arfa dan Nab yang sedang berkaroke berhenti daripada menyanyikan lagu 'Warkah Untukku'.Mereka segera berlari menuju ke dewan Lotus Violet yang kira-kira 10 minit dari kelas 5F.

"Wei,Arfa cepat la kita lumba sapa sampai dewan dulu"kata Nabihah sambil meninggalkan Arfa.

"Oiii!!!Tunggu la!!!"laung Arfa kepada Nabihah yang semakin jauh darinya.

Arfa terus berlari tanpa menghiraukan orang di sekililingnya.Setelah beberapa minit berlari,akhirnya Arfa sampai ke dewan Lotus Violet.

"Fuh!!!Penat gila!!!Kalau hari hari macam ni,confirm aku kurus macam Siti Nordiana..."bisik hati kecilnya.

Apabila dia masuk ke dalam dewan kelihatan beberapa orang pelajar sedang bersembang sesama sendiri.Matanya sibuk mencari Nabihah namun bayang Nabihah pun dia tak nampak.

Tiba-tiba bahunya telah dilanggar seseorang.Hampir tersungkur Arfa dibuatnya.Dengan pantas Arfa terus mengalihkan pandangannya kepada orang yang telah melanggarnya tadi sambil meng'hadiah'kan satu jelingan maut.Dilihatnya Ashraf bersama Ilham disampingnya.

"Wei...wei...a...aku...mintak maaf...aku tak...tak...sengaja..."tergagap - gagap Ashraf meminta maaf kepada Arfa.

Dilihatnya gadis dihadapannya kelihatan seperti seekor singa yang ingin menerkam mangsanya hidup - hidup!!!

"Ko kenapa hah?!!Jalan punya besar,aku jugak ko nak langgar ?!!". Bahu Ashraf sedikit terhincut dek sergahan Arfa.

"Kenapa ni?Arfa jom,aku ada beli air untuk ko" kata Nabihah menyelamatkan keadaan.

"Ash,jom kita panaskan badan dulu nanti takde la terseliuh nanti"kata Ilham dengan nada memujuk.

Sebenarnya dia pun terkejut apabila Ashraf ditengking oleh Arfa sedangkan Ashraf bukannya sengaja langgar Arfa.

"Weh,asal ko senyap je tadi?Biasanya ko akan lawan balik,tapi tadi ko diam je aku tengok..."tanya Ilham kepada Ashraf.

Ashraf menghela nafas berat."Nanti la aku cita Am...lagipun cikgu Lina panggil kita untuk berkumpul",tunjuk Ashraf kearah Cikgu Lina.

"Baik la...hari ni saya akan bahagikan kamu kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan 4 orang.Kumpulan pertama Ifa,Awish,Intan dan Riduan.Kumpulan 2 Aliff..."

"Hwarghh!!!Ngantuknya!!!Malas betul aku nak bergroup ni!kata Arfa sambil menahan kantuk.

"Harap kita satu group"kata Nab semangat."Hmmm..."mata Arfa semakin berat.

"Arfa,aku harap kita satu group jugak dengan Ash dengan Am...hehehe..."gurau Nab.

"Ala Nab...aku tak suka la ngan Ash tu...dah la dia malukan aku hari tu..."luah Arfa sambil memuncungkan bibirnya.Nab hanya mendiamkan diri untuk mendengar nama mereka.

"Baik la kumpulan 5,Arfa,Nabihah,Ashraf dan Ilham."

"Ye kita satu group!!!"kaya Nab penuh kegembiraan.

"Hah??!!Aku satu group ngan dia?!!Mama!!!Tolong Aisya!!!"jerit hati kecil Arfa.

"Baikla cikgu nak kamu duduk dalam kumpulan sekarang",kata Cikgu Lina.

"Arfa come on!"kata Nab sambil menghulurkan tangannya."Ala malas la..."

"Arfa Nuraisyah Bt Zin Azman!!! (ambik ko nama penuh dia sebut).

Arfa hanya mengikut kata kata Nabihah.Nanti dia bagi ceramah free pulak kat dewan ni.Arfa hanya menurut langkah Nab menuju di hujung dewan di mana Ilham dan Ash berada.

"Assalamualaikum..."ucap Nabihah dengan penuh sopan.

"Waalaikumussalam...duduk la..."kata Ilham sambil memgesot sedikit memberi 2 orang gadis di hadapannya duduk.

Nabihah telah mengambil tempat di hadapan Ilham manakala Arfa terpaksa duduk berhadapan dengan Ashraf.

"Baikla semua!Cikgu nak kamu lantik seorang ketua antara kamu",kata Cikgu Lina sambil memberi bulu tangkis kepada pelajarnya.

"Ok,aku rasa baik Ash jadi ketua..."kata Ilham setelah lama mendimkan diri.

"Aku rasa baik Arfa yang jadi ketua"bantah Nab.

"Ash la!"

"Arfa!"

"Ash!"

"Arfa!"

"Eh!!!dah dah aku tak cakap pun nak jadi ketua..
biar Arfa je la ketua..."kata Ashraf meleraikan pergaduhan antara Nabihah dan Ilham.

"Yey!!!Arfa jadi ketua!!!"kata Nab sambil menjelirkan lidahnya kepada Ilham😜

.Ilham hanya buat gaya *tangan dibahu mata ke atas* .Arfa dan Ashraf hanya ketawa kecil melihat keletah Nab dan Ilham.😁😁😁

Selang beberapa minit, semua pelajar dibenarkan berlatih bermain badminton.

"Hmmm...korang kitaorang nak main dengan korang sekali boleh?"tanya Ilham kepada Nabihah dan Arfa.

Nabihah hanya menggangukkan kepalanya setelah mendapat kebenaran daripada Arfa.

Selang beberapa minit bermain,akhirnya mereka berhenti bermain.

"Hebat jugak ye korang main..."kata Ilham sambil mebgesat peluhnya menggunakan lengannyan.

"Diaorangkan pernah wakil sekolah sampai peringkat negeri,ko dah lupa ker?"kata Ashraf sambil memandang Arfa.

Niatnya hanya ingin berbaik- baik dengan gadis tersebut namun Arfa hanya memalingkan mukanya daripada Ashraf.Sekali lagi hatinya disakiti.

"Am...jom kita balik..."ajak Ashraf kepada Ilham."Ok...bye korang nanti kita main lagi..."kata Ilham sambil melambaikan tangannya kepada Arfa dan Nabihah.

✴✴✴
Sorry kalau ada tertypo...

Papa boxing,I ❤U!!!!Where stories live. Discover now