BAB 15

84 3 0
                                        

Sehari sebelum Arfa graduted...

"Arfa!!!"laung Is kuat sambil mengejar Arfa.Dia ada sesuatu perkara yang perlu beritau Arfa.Arfa yang mendengar namanya dipanggil,makin laju melangkah.Dia ingin jauh dari Is.Sudah 2 bulan dia tak berjumpa dengan Is.

"Arfa!!!"jerit Is tidak putus asa.Apabila sudah berada dibelakang Arfa,dia terus menarik lengan Arfa yang dibaluti dengan cardican berwarna kelabu.Arfa yang terkejut terus berhenti namun dia hanya menundukkan kepalanya.Is yang melihat Arfa tersenyum.

Dia telah menolak lembut dagu Arfa supaya Arfa dapat melihatnya.Arfa tergamam dengan tindakan Is namun dia seolah-olah terpaku.Tak dapak bergerak.Apabila matanya memandang muka Is dia terpandang Is yang sedang tersenyum manis kepadanya.

"Ko nak apa?"tanya Arfa perlahan.Wajahnya telah bertukar menjadi merah.Is mengangkat tangannya dari bahu Arfa.

"Aku sebenarnya nak ajak ko dinner dengan aku...boleh tak?"tanya Is lembut.Arfa hanya mendiamkan dirinya.Is mengeluh kecil sebelum menyambung kata-katanya.

"Jebal*,Arfa,this is your last day at here...so don't run away from me..."kata Is seraya membuat muka comel untuk memujuk Arfa.Arfa yang melihat wajah Is mengeluh kecil lalu dia mengangguk  lemah.

"Yea!!!Gumawo*!Malam ni aku abik ko,pukul 8!!!Bye Arfa!!!"Is berlari kegembiraan meninggalkan Arfa.Arfa hanya tersenyum kecil melihat kerenah Is.Dia sebolehnya nak menjauhkan dirinya dari Is.Lelaki tersebut telah banyak membantunya namun ini yang dia balas.Menyakitkan hati lelaki tersebut.

🌟🌟🌟

Di rumah Arfa,Affiey dan Nabihah...

"Hah?!!Jinja*?!"jerit Affiey dan Nabihah serentak.

"Yah!!!Tak payah la jerit-jerit!"marah Arfa sambil menutup telinganya.Dia dah agak perkara macam ni akan berlaku apabila dia memberitahu mereka tentang pelawaan Is yang mengajaknya dinner.

"Weh korang..."Nabihah mendiamkan dirinya.Arfa dan Affiey hanya menunggu apa yang hendak dikatakan oleh Nabihah.

"Aku...aku...dah ada bau nasi minyak la weh!!!"kata Nabihah kuat sebelum ketawanya dan Affiey meledak.Arfa hanya mengulingkan anak matanya dan terus berlalu masuk ke biliknya untuk bersiap.

Setelah hampir 20 minit Arfa bersiap,akhirnya dia turun mencari rakan-rakannya yang lain.Dilihat kelibat Affiey dan Nabihah tidak kelihatan di ruang tamu mereka.Dia terus berlalu ke dapur dan didapati Affiey dan Nabihah sedang membancuh nescafe.

"Nab,akukan sebenarnya dah lama tak makan nasi minyak la..."kata Affiey apabila terperasaan Arfa berada di belakang mereka.

"Takpe...nanti kita dapat la makan nasi minyak dari Arfa..."seloroh Nabihah.Arfa yang mendengar kata-kata kawannya segera mengejar mereka.Nabihah dan Affiey apa lagi,larilah keliling meja dari ditangkap oleh Arfa.(Author:macam budak-budak la korang ni...😧)

Ting tong!

Bunyi loceng pintu rumah mereka telah memberhentiakan mereka daripada berkejaran.Affiey segera berlari ke pintu untuk membuka pintu.

"Asalamualaikum...Arfa mana?"tanya Is sambil menunjukkan 'peace'✌ pada Affiey."Jamkaman*..."kata Affiey sebelum menjerit memanggil Arfa.Is menutup telingannya kerana jeritan Affiey yang terlampau 'merdu'.

Arfa yang mendengar jeritan Affiey segera membetulkan sedikit gaunnya dan berlari kearah pintu yang diikuti oleh Nabihah.

"Mian...lambat sikit..."kata Arfa sambil memakai kasutnya.Is tergamam melihat pernampilan Arfa pada malam itu.Sungguh berbeza!Arfa mengenakan gaun labuh dan berlengan panjang yang berwarna biru lembut dan dipadankan dengan shawl berwarna hitam.Walaupun pemakaiannya simple,namun pasti dapat manarik perhatian sesiapa yang memandang.

Affiey yang melihat Is tergamam segera memetikkan jarinya dihadapan muka Is.Is yang tersedar dari lamunannya segera tersenyum kambing pada Affiey.Affiey dan Nabihah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat keletah Is.

"Aku nak kau jaga kawan aku elok-elok...kalau tak patah kaki kau aku buat!"Nabihah memberi amaran pada Is.Is hanya tersenyum kelat.Dia sedia maklum bahawa Nabihah ni pemegang tali hitam dalam tae kwan do dan mahir dalam silat.

"Dah la...ko jangan buat dia takut..."kata Arfa pada Nabihah."Kaja*,Is..."ajak Arfa.Is hanya menuruti langkah Arfa.

*jebal = tolong
*gumawo = terima kasih
*jinja = serius/betul ke
*kaja = jom

✴✴✴
Apa akan berlaku nanti?Harap readers boleh tunggu...lagipun author tengah cari idea ni...harap korang semua boleh sabar...sorry kalau ada typo...

Papa boxing,I ❤U!!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang