BAB 22

81 2 0
                                        

Arfa memandang kearah luar tingkap sambil memandang awan yang berwarna biru cerah.Dia tersenyum sendirian.Sedang asyik   memandang panorama indah,tiba-tiba dia terasa ada benda mendarat diatas bahunya.

Apabila dia menoleh,rupa-rupanya Ashraf dah terlentok diatas bahunya.Dia tersenyum sambil melihat Ashraf lama.

Ashraf yang merasakan ada orang memandangnya,segera membuka matanya dan tersenyum melihat Arfa.Arfa yang termalu sendiri segera mengalihkan pandangannya kearah luar tingkap.

"Napa pandang luar,sayang?Muka abang tak handsome ke?"usik Ashraf.Tangannya menarik perlahan wajah Arfa supaya memandang wajahnya.Arfa menundukkan wajahnya.Malu nak bertentang mata dengan suaminya.

"Buat apa tadi?"tanya Ashraf pada Arfa.Wajah Arfa memerah tanpa menjawab persoalan Ashraf.Ashraf tersenyum melihat wajah Arfa yang sedang memerah.Segera dia mencapai tangan kiri Arfa dan mengenggamnya perlahan.

"Lepas ni,sampai je kat Korea,abang panggil Aisya sayang,Aisya panggil abang,abang ye?"Ashraf menarik kepala Arfa kedadanya.Arfa hanya menganggukkan kepalanya setelah mendengar permintaan Ashraf.

Tak lama kemudian Arfa pun terlena didalam dakapan Ashraf.Ashraf tersenyum lembut tatkala mendengar dengkuran halus isterinya.Dia mengusap perlahan wajah isterinya.

🌟🌟🌟

Penerbangan dari Malaysia ke Korea mengambil masa yang agak panjang yang menyebabkan terlelap didalam perjalanan ke rumah mereka.(Rumah?Nanti author jelaskan...sabar ye semua....)

"Sayang...bangun...dah sampai dah ni..."Ashraf mengerakkan perlahan badan Arfa.Arfa mengeliat perlahan sebelum matanya terbeliak memandang rumah yang tersergam indah didepan matanya.

Arfa mengeliat perlahan sebelum matanya terbeliak memandang rumah yang tersergam indah didepan matanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Rumah sapa ni,abang?"tanya Arfa sambil matanya melilau melihat persekitaran rumah tersebut.Ashraf hanya membiarkan persoalan Arfa tanpa menjawabnya.

Arfa yang masih lagi belum mendapat jawapan dari Ashraf segera mengejar Ashraf."Abang...Aisya tanyakan...ni rumah sapa?"dia merengek sambil memegang lengan Ashraf.Ashraf mengeluh perlahan sebelum menjawab persoalan Arfa.

"Rumah abang la...Rumah sapa lagi?"

"Yeke?Abang sebenarnya kerja apa?".Dia mula ragu-ragu dengan suaminya.Ayahnya beritahu dulu Ashraf ni kerja biasa je.Tapi dia tak pernah diberitahu kerja apa yang Ashraf lakukan.

"Sebenarnya...abang kerja bawah orang je...bukan la kaya sangat..."jelas Ashraf sambil menggosok belakang lehernya.

"Gojitmal!*Kalau abang kerja bawah orang je,macam mana abang boleh rumah besar ni?Baik abang jujur dengan Aisya..."arah Arfa lagi sambil mencekak pingganya.Matanya dah mencerlung tajam kearah Ashraf.Ashraf yang melihat pandangan tajam Arfa ,menelan air liurnya.

"Hmm...okay...abang kerja sebagai ceo syarikat guaman Ilham je...tak la tinggi sangat...gaji pun biasa je..."jawab Ashraf merendah diri.

"Hah?!Ceo je?!Abang boleh cakap ceo je?!Ceo tu kaya la abang...Adoiiii....Gaji tinggi,pangkat tinggi...Tapi boleh cakap tu kerja biasa je..."leter Arfa sambil menepuk perlahan dahinya.Tapi dalam diam,dia mengagumi Ashraf.Walaupun kaya,dia tak pernah nak cerita pasal kekayaannya pada orang lain.Sentiasa merendah diri.

"Okay la...sekarang dah tau kan abang kerja apa?Sekarang abang nak cakap something,tapi sayang jangan terkejut pulak..."Arfa memandang Arfa.

"Haah?!Dia nak cakap apa?Takkan dia nak kahwin satu lagi kut...Haish Arfa cubalah ko positif sikit...Jangan merepek!"monolog hatinya sambil menggelengkan kepalanya.Ashraf memandang Arfa pelik.Tiba-tiba je geleng kepala.

"Hah...Abang nak cakap apa?Cakap jela..."kata Arfa sambil memandang wajah Ashraf.

"Sebenarnya kita kat sini bukan setakat honeymoon je...tapi..."Ashraf membiarkan peryataannya tergantung seketika.

"Tapi...???"Arfa bertanya pada Ashraf untuk kepastian.

"Tapi kita kena tinggal kat sini...sebab abang kena uruskan syarikat guaman Ilham kat sini..."

"Tapi...Aisya mana ada kerja kat sini...takkan nak duduk rumah je...maknanya lepas ni tak boleh la kita melawat mama dengan ayah lagi?"tanya Arfa.Dia menundukkan kepalanya.

"Pasal kerja,sayang jangan la risau...abang dah uruskan...mama dengan ayah kita akan lawat jugak...tapi tak selalu la...mungkin dua bulan sekali ke...okay sayang?"tanya Ashraf.Dia risau melihat wajah Arfa yang tadinya ceria bertukar mendung.

"Hmmm...takpe la...nasib baik Aisya tau cakap korea,senang sikit nak berurusan..."Arfa cuba senyum untuk menutup rasa sedihnya.

Ashraf tersenyum pahit sambil menggosok lembut kepala Arfa.Dia tau Arfa hanya berpura-pura ceria untuk menutup kesedihannya.

✴✴✴

*Gojitmal! = tipu!

Papa boxing,I ❤U!!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang