Jin memberhentikan keretanya disebuah cafe.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
"Hyung!"Jeritan tersebut membuatkan Jin menoleh kearah tersebut.Kelihatan Taehyung dan Jungkook sedang tersenyum memandang dirinya.
"Awal sampai...dah lama tunggu ke?"tanya Jin setelah melabuhkan punggungnya bersebelahan Jungkook.
"Takde la...enjin kereta pun panas lagi..."balas Jungkook sambil tersenyum.
"Korang ada ke maklumat yang hyung suruh cari hari tu?"tanya Jin setelah membuat pesanan.Wajahnya bertukar serius.
"Ada...nah hyung..."Jungkook menyerahkan satu sampul berwarna coklat.Jin mengambilnya dan mengeluarkan isi kandungan surat tersebut kemudian dia memasukkannya kembali.
"Hyung...hyung ada sembunyikan apa-apa dari kitaorang ke?"tanya Taehyung yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Sembunyikan apa?"tanya Jin semula sambil melarikan pandangannya daripada tenungan Taehyung.
"Sapa yeoja tu?"tanya Taehyung.Kali ini suaranya bertukar menjadi lebih dalam.Jin mengeluh sebelum memandang wajah Taehyung dan Jungkook.
"Sebenarnya yeoja ni dulu yeochin hyung..."Jin memulakan bicaranya setelah mengambil nafas dalam.
"Hyung dengan dia memang rapat sampaikan satu hari...hyung ternampak dia keluar dengan namja lain...masa tu hyung rasa frust sangat,hyung rasa macam laki bodoh je...senang-senang je hyung kena tipu dengan perempuan tu...dia sebenarnya hanya nakkan kekayaan hyung,dia bukannya cintakan hyung pun..."Jin menghirup coffeenya sedikit.
"Lepas tu apa jadi?"tanya Jungkook.Mukanya nampak sangat yang dia amat berminat dengan cerita Jin.
"Lepas hyung dapat tau yang dia cuma nak mempergunakan kekayaan hyung je,hyung terus mintak putus,dia terus marah hyung,dia cakap hidup hyung takkan tenang dah lepas ni...masa tu hyung rasa takut la sikit,yela diakan anak orang kaya,tak mustahil dia boleh buat macam-macam..."
"Hyung pun pindah kat Seoul dan terjumpa dengan sorang namja...dia nampak hyung macam tak terurus masa tu,jadi dia bawak hyung balik rumah dia...namja tu memang baik,walaupun dia muda setahun dari hyung,tapi pemikiran dia sangat matang,dia selalu ada masa hyung ada masalah...hyung hidup bahagia tak macam yang yeoja tu cakap sampai la satu hari..."Jin mengangtung ceritanya.Dia berasa was-was hendak menyambung ceritanya atau tidak.
"Lepas tu,hyung?"tanya Taehyung pulak.Dia kelihatan seperti tak sabar nak dengar sambungan cerita Jin.
"Satu hari hyung dapat surat amaran.Isi surat:Ko takkan hidup bahagia,Jin! siap bertulis dengan dakwat warna merah.Hyung takut,jadi hyung bagitau dekat kawan hyung...tapi tak lama lepas tu dia meninggal..."
"Oppp...cop..cop...sapa nama kawan hyung tu?dari tadi hyung tak sebut pun nama dia..."Jungkook pantas memotong percakapan Jin.Taehyung juga mengaggukkan kepalanya meminta kepastian dari Jin.
"Nama dia Iskandar,wae?"tanya Jin.Mukanya berkerut sambil memandang wajah Taehyung dan Jungkook.
"Nama penuh dia Iskandar Zikri B Dato Yusuf ke?Pernah menetap dekat Malaysia?"tanya Jungkook pantas.
"Mana Kook tau ni?Hyung rasa hyung tak pernah bagitau sapa-sapa pasal ni."tanya Jin.
"Hyung...hyung tau tak sebab kematian dia?"tanya Jungkook lagi tanpa menjawab persoalan Jin.
"Tak...Kook...tolong bagitau hyung macam mana Kook tau pasal dia?"suara Jin dikeraskan sedikit.Dia mengoncang perlahan kedua bahu Jungkook.Air matanya mula bertakung.
"Hyung...dia abang kandung Kook..."Jin melepaskan bahu Jungkook sambil memandang Jungkook supaya memberi penjelasan.
"Kitaorang terpisah sejak mak dengan ayah Kook bercerai...hyung ikut omma,Kook pulak ikut appa...Kook rindu sangat dengan hyung,jadi Kook berusaha untuk jadi polis semata-mata nak cari hyung balik sebab appa Kook tak bagi hyung berjumpa dengan hyung dah..."Jungkook menundukkan kepalanya.Matanya terasa panas.
Taehyung yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi,mengusap perlahan belakang Jungkook bagi menenangkan lelaki tersebut.
"Tapi dalam laporan kesihatan,Is meninggal sebab ulsur perut tahap 4 kan?"Jin memandang wajah Jungkook dalam.
"Tak...Kook rasa ada sebab lain...sebab tu Kook tengah usaha siasat sebab kematian Is...tapi yang Kook tau yeoja ni ada kena mengena dengan kematian hyung Is."terang Jungkook.Tangannya pantas mengelap air matanya yang hampir jatuh.
✴✴✴
Alamak!Complicated sangat ke cite author?Harap korang semua faham...
Gambar pada media merupakan gambar terakhir yang diambil sebelum Iskandar dengan Jungkook terpisah...oklah...bubai💕
YOU ARE READING
Papa boxing,I ❤U!!!!
RomanceCiri-ciri lelaki idaman Arfa Nuraisya: -badan sasa -lemah lembut -sweet -comel "Ada orang datang merisik Aisya...orangnya Ashraf Aiman anak En Ibrahim dengan Pn Ain..."beritahu Pn Anisah kepada anaknya. "Arfa...nae jjinja saranghae nae maeum..."Iska...