"Aisya!!!Aisya!!!"laung Pn Anisah sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anak daranya.Arfa yang sedang berbaring sambil menyumbat telinga dengan earphone segera melompat dari katil untuk membuka pintu.
"Nape mama?"tanya Arfa setelah membuka pintu.Dilihatnya pada tangan mamanya terdapat sepasang baju kurung berwarna ungu dan shawl ungu lembut.
"Ni...pakai baju ni..."kata mamanya sambil menyerahkan baju kurung ditangannya kepada Arfa.
"Buat ape?"
"Kita nak pergi rumah Kak Aida..."balas Pn Anisah lembut.
"Buat ape?"tanya Arfa sambil menggaru kepalanya.
"Kita nak pergi merisik Kak Aida la..."
"Ooooo..."Arfa hanya meng'o'kan kata-kata mamanya.Dia segera masuk semula ke dalam biliknya dan menukar pakaiannya.Sesudah bersiap,akhirnya dia turun ke ruang tamu dan mereka bergerak ke rumah En Ibrahim dan Pn Ain.
🌟🌟🌟
Sesampainya mereka di rumah En Ibrahim,mereka telah dilayan dengan baik oleh keluarga tersebut.Arfa dan mamanya pergi ke dapur untuk menolong apa yang patut.
"Kak,mana buah yang kakak potong tadi?Biar Aiman bawakkan ke depan."
Arfa yang sedang menyusun cawan didalam dulang segera menggangkatkan kepalanya setelah mendengar suara tersebut.
Apabila dia menggangkatkan kepalanya,matanya telah bertentang dengan anak mata Ashraf yang berada dihadapanya.Ashraf yang terkejut segera menundukkan kepalanya.
"Oh!Ni buahnya..."kata Kak Aida sambil menyerahkan mangkuk buah kepada Ashraf.Ashraf yang muka dah naik merah segera berlalu ke depan sambil membawa mangkuk buah tersebut.
"Emmm...Kak Aida..."panggil Arfa sambil menarik perlahan baju Kak Aida.
"Ye...nape?"balas Kak Aida sambil memandang Arfa yang sedang menyusun cawan dalam dulang.
"Aiman tu sape?"
"Ohh!!Aiman tu adik akak...Arfa tak tahu ke?".Arfa hanya menggelengkan kepalanya.
"Ooo...dia tu jarang keluar rumah...kalau Arfa datang pun,dia selalu keluar dengan kawan dia...".Arfa hanya menggangukkan kepalanya setelah mendengar penjelasan Kak Aida.
"Korang berdua bukan satu sekolah ke?Takkan tak kenal?"tanya Kak Aida pelik.Dia sememangnya dah sedia maklum yang adiknya dan Arfa bersekolah di satu sekolah yang sama.
"Kenal...tapi Arfa takut salah orang pulak je...tu Arfa tanya..."
"Oooo"balas Kak Aida sambil menyambung perkerjaannya.Arfa terus pergi ke ruang tamu sambil
membawa dulang yang berisi dengan air oren dan cawan."Rajinnya anak ko ni,Zin..."puji En Ibrahim sambil menepuk perlahan belakang badan En Zin.
"Hmmm...Tengok la ayahnya...ayahnya punkan rajin..."seloroh En Zin.
"Boleh la dibuat menantu ni,Zin..."
"Hmmm...mestilah boleh...takkan la tak boleh...tapi nanti ko kena datang rumah aku,bukan aku yang datang rumah ko macam hari ni..."balas En Zin.
Arfa menjegilkan matanya apabila mendengar ayahnya berkata demikian.Dia memandang Ashraf,tetapi lelaki tersebut hanya memandang telefonnya sahaja.Nasib baik!
✴✴✴
Sorry kalau ada tertypo...nampaknya tak lama lagi keluarga Arfa dan Ashraf akan bersatu...Meh author bagi sikit information tentang family En Ibrahim...En Ibrahim
🌟berumur 43 tahun
🌟seorang ahli korporat yang berjaya seperti En Zin
🌟kawan baik En Zin sejak zaman sekolahPn Ain
🌟berumur 41 tahun
🌟seorang ibu yang memahami
🌟bekerja sebagai ahli marketing dibawah syarikat yang sama dengan En IbrahimKak Aida
🌟berumur 21 tahun
🌟mempunyai cafe sendiri di malaysia dan korea
🌟satu-satunya adik-beradik Ashraf
YOU ARE READING
Papa boxing,I ❤U!!!!
RomantizmCiri-ciri lelaki idaman Arfa Nuraisya: -badan sasa -lemah lembut -sweet -comel "Ada orang datang merisik Aisya...orangnya Ashraf Aiman anak En Ibrahim dengan Pn Ain..."beritahu Pn Anisah kepada anaknya. "Arfa...nae jjinja saranghae nae maeum..."Iska...