Ketukan di pintu mengejutkan aku dari melayan perasaan. Mata terarah ke pintu.
Tisu kali ke-36 aku ambil bagi melap air mata sekaligus menghembus hingus dan kubuang ke tong sampah kecil sebelah kaki kiri."El,kenapa ni? Pulang sekolah terus berkurung dalam bilik ni. Dah kenapa? Langsung tak turun minum petang dan makan malam pulak tu! Bukalah pintu ni..El.." Satu suara memujuk dari luar.
Kembar aku. Nurul Aisyah Syakira. Satu sahaja yang membezakan kami. Tahi lalat. Aku kat bawah bibir sebelah kanan. Aisyah kat bawah mata sebelah kanan. Selain itu. tak ada perbezaan lagi.
"Jangan kacau aku lah!" Jeritku.
"Buka pintu ni. Aku tau kau tengah sedih. Cepat buka. Bagitahu aku apa masalah kau ni?" Balas Aisyah sambil memulas-mulas tombol pintu bilik aku.
Aku merenung telefon pintarku yang ada di atas meja kaca yang berada dalam bilik ku itu. Coklat 'Diary Milk' kuambil dan kugigit lagi yang berada di sebelah kananku di atas sofa warna pink yang aku duduk.
"El..jangan lah bluetick aku macam ni. Buka lah pintu ni. Aku tau kau tengah sedih sebab aku pun dapat rasa kesedihan kau tu. Buka lah pintu ni El.." Pujuknya lagi.
Aku bangun dari duduk lalu membuka pintu. Wajah lembut kakak kembar aku tersembul di muka pintu. Aku membalikkan badan dan menghayun langkah ke arah sofa kembali. Aisyah masuk dan mengunci pintu bilik aku.
Matanya meliar memerhati sekitar bilik aku. Dia turut duduk di sebelah aku dan mengambil keropok Twisties yang berada di atas meja kaca. Telefon ku diambil dan diperiksa. Aku hanya membiarkan sambil mengunyah coklat Forrero Rosher pulak. Setelah dua minit. Telefon Oppo F1s milikku dibaling ke dinding dan pecah berderai jatuh ke lantai. Aku hanya membiarkannya. Perlahan air mata ku mengalir.
"Aku dah cakap. Jangan percaya sangat kat jantan tu. Dia tu..couple dengan kau ada sebab. Sebabnya..nak kikis duit kau. Berapa kali aku nak cakap? Tulah! Nak sangat patah hati kan. Rasalah.." Hamburnya sambil mengunyah keropok Twisties itu. Air mata ku deras mengalir.
Aku memeluknya dan menagis lagi. Dia memelukku dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya mengusap rambutku.
"El..apa lah sangat yang ada kat dia tu. Sampai sanggup kau menghabiskan duit untuk membeli benda yang dia mahu. Dia tu tak setaraf dengan kau. Kau tu anak Datuk. Dia tu anak peniaga jer. Dia tu ada rupa aje. Selain itu,dia tak ada apa-apa El..." Kata Aisyah lembut sambil mengusap rambut ku. Sekali sekala tangannya menyeka air mata ku. Aku meleraikan pelukan dan mengambil tisu untuk melap baki air mata dan menghembus hingus lalu kubuang ke tong sampah.
"Aku sayang dia Ai. Tapi sanggup dia buat aku macam ni. Kalau nak dibandingkan rupa aku dengan perempuan tu. Aku lagi cantik! Tapi kenapa jantan tu pilih perempuan tu!" Kataku dengan teresak-esak. Tisu kuambil lagi lalu perbuatan yang sama aku lakukan.
"Dah nama pun pisau cukur. Perempuan tu kan anak tan sri. Dah tentu-tentu lah dia pilih betina tu!" Kata Aisyah marah lalu menyuap keropok lagi.
Yaa..memang betina tu anak tan sri. Tapi Syaril tu buta ker? Betina tu dah lah jongang! Mekap yang tak seberapa rata. Dengan kaca mata yang macam Harry Potter tu lagi. Eeiiww!! Aku pun tak ada selera lah nak kawan dengan betina tu. Dah lah muka buruk! Perangai pun buruk! Tak sedar diri! Puikkk!!
"Dah. Sekarang aku nak kau tidur dan rehatkan mata kau yang bengkak tu. Esok tepat pukul 10 pagi. Kita keluar jalan-jalan. Biar aku belanja.." Kata Aisyah dengan senyuman dibibir. Aku mengangguk lalu berjalan ke katil dan merebahkan badan. Mataku pejam.
"Selamat malam adikku" Kata Aisyah lalu mencium dahiku.
Aku sangat beruntung dapat kakak kembar macam Aisyah.
YOU ARE READING
Evil Love
RomanceKisah yang bercorakkan cinta berputik kembali. Perjalanan hidup El yang penuh dengan onak dan duri. Setelah menyayangi pasti terluka. Sangat sakit bila dikhianati oleh sahabat sendiri. "Kenapa kau buat aku macam ni?!!! Gila!!! Sial kau babi!!! Aku...