"Ai..sorry...lama kau tunggu?" Soalan bodoh aku tanya lalu menghenyakkan punggung ke sofa hitam di K-box itu. Di tangan kanan memegang plastik beg jenama KFC aku letak di meja kaca dihadapan sofa.
Aku tahu Aisyah suka Coca Cola. Jadi aku belikan lah. Untuk aku pula aku beli mineral jerr..sebotol besar tu cukuplah.."Eh,tak lah! Mungkin kalau perang dunia ketiga meletus tu sempat kot aku menyorok nak tunggu kau!" Balas Aisyah lalu mengambil air yang aku beli khas untuknya dalam beg plastik.
Ermmm...perang dunia ketiga meletus? Rasanya kalau meletus pun confirm lah aku lari. Buat apa dia nak tunggu aku? Confirm aku tak datang..Muahahahah!!
Aku hanya tersengih lalu mengambil mikrofon dan memilih lagu. Aku cari punya cari dan akhirnya aku ketemu apa yang aku cari. Chewahh!! Lagu kesukaanku.. Talking To The Moon by Bruno Mars!
Aisyah hanya memerhati sambil menyedut airnya. Sesekali dia mengunyah keropok yang aku beli bersama masa belikan air untuk dia.Aku menyanyi penuh perasaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Hingga lagu Sufian Suhaimi Harus Aku..aku menangis teresak-esak sebab teringat kan masalah yang menimpa ku semalam..
Hmmm...sakit sangat...
"Weyh,Kau tak boleh move on lagi ker?" Soal Aisyah lalu menyedut Milo Pink miliknya. Kami sedang makan tengahari di restoran seafood.. Aisyah mengoder nasi putih dan sotong masak kari. Aku pula nasi putih dengan udang masak kari dan Milo Night. Selain itu,kami memesan sambal sotong dan sambal udang juga.. Arghhh!! Author pula yang kecur air liur!!
"Eh,dah lah..buat apa nak ingat kat lelaki tu lagi? Buang masa aje!" Jawap ku acuh tak acuh..padahal dalam hati....Tuhan sahaja yang tahu..
"Aih,bukan tadi kau nangis macam hilang laki kerr!" Kata Aisyah sinis.
Hah? Hamboi! Mengungkit kw ehh?
"Ermm..Ai...macam tak biasa...kat mulut kata lain..hati kata lain..ngee!!" Balasku malu..
Kembar kot! Faham-faham lah Ai oiii!!!
"Banyaklah kau!" Balas Aisyah. Aku membuang muka.
"Hmm..lepas ni kita pergi mall lain pula yer..aku belum puas jalan-jalan lagi" Kata Aisyah lalu mengelap mulutnya menggunakan tisu. Aku sekadar mengangguk.
Hmm..okey jugaklah...boleh lah aku lupakan perkara semalam walaupun seketika yer dok? Heheheheh......
Aisyah membuat pembayaran di kounter sebelum kami bergerak ke mall yang lain..
"El..ni okey tak?" Soal Aisyah menunjukkan gaun putih pilihannya. Aku melirik ke arah gaun paras lutut itu. Sumur putih!
"Okey" Jawabku acuh tak acuh.
"Ni?" Soalnya lagi dengan gaun lain pula. Aku mengangkat kepala dari memilih jam tangan lagi.
"Hmm" Jawabku lagi.
Mana satu cantik ehh? Yang warna pink ni ker..atau warna hitam ni? Hmm..dua-dua cantik lahh...
Aku mengarahkan pelayan itu mengambil kedua-dua jam tangan itu.
"El..apa kau buat ni?" Soal Aisyah apabila sudah selesai membuat pembayaran di kounter.
"Mana satu cantik?" Soal ku menunjukkan kedua-dua jam tangan itu kepadanya. Dia memikir.
"Hmm..yang warna putih tu" Jawab Aisyah dengan jari telunjuk ke arah jam berwarna putih yang berada dalam meja kaca.
Lahabau! Lain aku tanya..lain yang dia jawab.
"Dah lah kau! Asyik-asyik putih! Macam lah aku minat putih! Samdol!" Kataku kasar. Dia tersengih macam kerang busuk.
"Hmm..yang pink ni lah..." Aisyah membuat kata putus.
"Okey..bungkus" Kataku lalu menghulurkan jam berwarna pink yang menjadi pilihan Aisyah kepada pelayan perempuan itu. Dia mengangguk dengan senyuman manis di bibir.
"Lepasni nak ke mana?" Soalku sambil berjalan beiringan dengan Aisyah keluar dari kedai yang menjual keperluan wanita itu.
"Hmm...kita pergi kedai fon lah..nak belikan fon baru untuk kau" Jawab Aisyah. Aku diam.
Memang ramai orang kat mall ni..well..cuti kann...
"El..kita pergi sana" Kata Aisyah sambil jari telunjuk dihala ke kedai telefon pintar.
"Okey" Balas ku. Kami berjalan ke arah kedai telefon yang menjual telefon jenama Samsung.
"El..pilih lah.." Arah Aisyah. Aku memilih.
Warna hitam lah..kalau kotor tak ketara sangat.
"Warna hitam tu" Kataku sambil jari telunjuk di arahkan ke telefon Samsung Galaxy J5.
"Yang tu" Kata Aisyah kepada pelayan lelaki itu.
"Bungkus lah" Kata nya lagi setelah menilik telefon itu. Aku sekadar jadi pemerhati.
"Okey..terima kasih..datang lagi.." Kata lelaki itu dengan senyuman manis.
"Ai..balik lah..dah pukul 7 dah ni" Kataku kepada Aisyah yang sedang menyimpan kad kredit nya.
"Hmm..kita pergi KFC dulu" Kata Aisyah. Aku mengangguk.
"Cik Elisyah..Cik Aisyah..puas saya cari..pergi mana tadi? Nak luluh jantung saya dibuatnya" Kata suara garau tiba-tiba.
Kami berhenti berjalan. Mata ku dengan mata Aisyah bersambung.
Aduhhh!! Datang dah mamat ni! Asyik nak mengekor aje..rimas tau tak! Hah? Nak tau sapa? Bodyguard kitaorang! Mohd Asyriq Shudin! Ayah ngan ibu kitaorang kan ada kat luar negara sekarang ni. Diaorang upah bodyguard untuk jaga kitaorang. Rimas nyaaa!!!!
Aku dengan Aisyah mengeluh lalu berpaling ke arah suara itu. Dia tersenyum lega lalu mengambil beg plastik dari tangan kami berdua.
"Eh,abang Asyriq! Jumpa pun...kitaorang cari tau..betul-betul tak rasa selamat bila abang tak ade tau!" Kata Aisyah memegang lenganku. Aku hanya mengangkat kening.
Bukan dia ker yang nak lari tadi?
"Hah..tu lah lama sangat kat dalam toilet" Kata Abang Asyriq.
Yaaa..dia bagaikan abang bagi kitaorang. Umur dia 20 tahun. Kulit sawo matang. Lesung pipi and bibir terbelah. Aummm!! Kacak tau!
"Alahh..biasa lah perempuan.."Balas Aisyah tersengih.
"Jom balik!" Kata Abang Asyriq berkira-kira hendak melangkah.
"Eh..bang..kitaorang nak pergi KFC dulu nih..nak tapau bawa balik rumah" Kata Aisyah. Aku masih diam.
Cizzi Wejez!
"Okey..jom lah" Kata Abang Asyriq.
Kami berjalan keluar dari mall.
YOU ARE READING
Evil Love
RomanceKisah yang bercorakkan cinta berputik kembali. Perjalanan hidup El yang penuh dengan onak dan duri. Setelah menyayangi pasti terluka. Sangat sakit bila dikhianati oleh sahabat sendiri. "Kenapa kau buat aku macam ni?!!! Gila!!! Sial kau babi!!! Aku...