EL {BAB16}

48 2 1
                                    

Lukisan yang memaparkan seorang wanita di tepi pantai itu menarik perhatianku. Entah kenapa aku rasa wanita tu kesepian dan sedang inginkan ketenangan. Warna yang digunakan juga warna yang gelap dan samar-samar. Tanpa sebarang hidupan dilukis berhampiran wanita itu. Hanya air,pasir,dan wanita itu yang sedang berjalan di persisiran pantai.

Rasa seperti aku turut merasakan yang sama seperti wanita yang keseorangan itu. Apa yang boleh aku buat? Sabar.. Kerna sabar itu indah.

"Assalammualaikum ukhti" Seorang wanita berpurdah menegurku.

"Waalaikumussalam" Aku menjawab salamnya dengan senyuman.

"Awak Elisyah ehh?" Soalnya kepadaku.

Eh? Dia kenal aku? Tapi bagaimana? Siapa dia ni? Kejutan lagi sekali.

"Ya saya. Awak?" Soalku semula. Nampaknya soalanku bakal terjawab.

"Saya Caris,El. Elisyah Carisa. Awak dah lupa?" Jawabnya lalu membuatkan aku terkejut.

Caris? Wow! Benar-benar banyak kejutan hari ini. And Caris berpurdah. Dari pakaian yang menjolok mata berubah menjadi pakaian yang menyejukkan mata. Subahannallah! Hebatnya engkau Ya Allah..

"Caris? Allah...subahannallah! Awak dah lain" Terpacul kata-kata itu dari mulutku. Caris tersenyum. Walaupun mulutnya tertutup dengan purdah berwarna hitam itu,aku boleh nampak matanya yang bergerak menjadi sepet menandakan dia tersenyum.

"Mari,kita duduk dulu" Katanya lembut dan kami duduk di bangku yang disediakan di hadapan lukisan itu.

"El nak tahu? Bila saya berubah macam ni sekali?" Soalnya. Aku mengangguk.

" Selepas kita berkenalan enam tahun dulu,saya terserempak dengan seorang hamba Allah ni. Saya ingat dengan kopiah dan jubah dia tu,baik lah. Tapi subahannallah! Mulutnya nauzubillah! Walaubagaimanapun,mulut itu lah yang buatkan hati saya hidup semula. Saya mula menjinakkan diri dengan menutup aurat dengan sempurna dulu dan jaga solat fardhu. Selepas itu,saya mula kaji tentang Islam dan dari dialah saya dapat tahu tentang Islam. Banyak ilmu dia" Terang Caris.

Ya Allah.. Sungguh! Aku suka perubahan dia. Dengan purdah. Hebat kan rancangan Allah.. Dia temukan Caris dengan seseorang yang buatkan Caris kembali ke jalan Allah.

Alhamdulillah..

"So,El. You've change already. I'm glad to see you like this. It's make me so happy. My friend is changed" Katanya membuatkan aku tersenyum.

Dia anggap aku kawan dia lah. Sukanya!

"Bila awak balik Malaysia? Tak bagitahu pun! Sampai hati!" Rajukku manja.

Lepas kami jumpa enam tahun dulu,kami mula rapat. Tapi Caris tiba-tiba pergi ke Arab Saudi. Aku tanya kenapa? Dia kata nanti dia cerita. Yaa..banyak aku nak tanya dia.

"Eh,jap! Awak kata awak jumpa orang tu lepas kita jumpa. Tapi tak pernah pun saya tahu. Awak pergi ke Arab Saudi pun tak bagitau apa sebab? And awak balik sini pun tak bagitahu saya. Okey. Saya tahu saya hanya kawan biasa-biasa bagi awak. Well,it's okey! I'm fine with that!" Aku menyindirnya.

"Alah El ni! Saya busy sangatlah. Kat madrasah di Arab Saudi tu peraturan dia ketat. Telefon atau alatan gadget yang lain tidak dibenarkan sebab akan menganggu sesi pembelajaran termasuk guru pun tak boleh ada benda-benda tu semua. Lagipun saya busy urus kelengkapan kahwin.." Aku memotong.

"Kahwin?" Caris terhenti sejenak lalu menyambung dengan nada yang malu.

"Ye,El. Saya dah nak kahwin. Minggu depan saya dah jadi milik orang" Jawabnya. Aku tersentak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Evil LoveWhere stories live. Discover now