EL {BAB8}

31 2 0
                                    

Berlari macam orang tak waras. Hanya berbaju kurung sekolah rambut ekor kuda di lapangan terbang itu.

Tapi aku tak kesah! Satu saja yang aku mahu sekarang! Rahul! Mana dia???? Ya Allah.....

Akhirnya aku jumpa dia di kawasan pemeriksaan oleh pegawai imegresen. Aku terus meluru ke arahnya dan memeluk tubuhnya dari belakang. Aku menangis teresak-esak.

"El? Apa awak buat kat sini?" Soalnya setelah aku meleraikan pelukan. Ayahnya menunggu sambil memerhati.

Segan..

"Awak..nak..ting..galkan..sa..ya" Kataku tersedu-sedan.

"Awak..jahat.." Kataku memukul dadanya berkali-kali untuk melepaskan geram.

Hati aku sakit...

"Saya terpaksa" Katanya tak mampu berkata apa-apa.

Hati lelaki nya meronta apabila melihat air mata gadis dihadapannya mengalir kerananya. Dia risau sekiranya dia tidak akan dapat menghapus air mata itu lagi lepas ni. Dia risau kalau lepas ni tak dapat nak ada di samping gadis itu bila gadis itu terluka. Dia bimbang sekiranya gadis itu sedang dalam masalah dia tidak ada untuk menghiburkan hati gadis yang disayanginya itu. Namun apakan daya. Dia memilih ibunya yang berada di sana.

"Janji dengan saya,yang awak akan tunggu saya?" Soalnya lembut memegang kedua bahuku.

Aku mengangguk.

"Janii yang awak akan jaga solat?" Soalnya lagi.

Aku mengangguk.

"Janji yang awak akan mula tutup aurat?" Soalnya lagi.

Aku mengangguk.

Apa semua ni??? Kalau dia nak aku buat semua ni. Aku sanggup buat itu semua tapi tolong..jangan tinggalkan aku..

"Saya janji saya akan jadikan awak zaujah saya bila saya kembali semula ke sisi awak nanti. Sudikah awak jadi isteri saya?" Dia melamarku?

Gila..namun aku mengangguk jua..sebab aku sayangkan dia. Tapi bolehkah aku tunggu dia? Bolehkah aku buat semua yang dia suruh?

"Tunggu saya tau" Katanya lagi lantas memeluk ku. Aku membalas pelukannya. Air mata ku tumpah. Lama kami berkeadaan begitu.

Ketenangan..itu yang aku rasa..

"Saya cintakan awak Nurul Elisyah" Katanya lagi. Aku mengeratkan lagi pelukan.

"Saya sayangkan awak Muhammad Rahul" Kataku. Dia meleraikan pelukan dan mencium dahiku dengan penuh syahdu. Aku menutup kelopak mata.

"Selamat tinggal" Katanya lantas pergi meninggalkan aku. Dia cuba menahan air mata dari mengalir.

Sungguh..dia akan merindui gadis itu. Dia akan berusaha mempertahankan cintanya,kerana dia gadis pertama yang dia cintai. Cinta mati.

Aku melihatnya dengan deraian air mata. Kocek baju kurung aku raba dan mengeluarkan sapu tangan yang Rahul beri kepada aku semalam di depan Restoran SyaIz. Aku memandang sapu tangan itu dan memandang Rahul semula.

Bahagian pemeriksaan sudah dia lepasi. Dia sempat menoleh ku dan melambaikan tangan kiri kepada aku. Aku membalas lambaiannya bersama air mata yang bercucuran. Dia kemudian hilang dari pandangan. Aku mencangkung dan memandang lantai sambil menangis. Pandangan orang tidak aku hiraukan. Sapu tangannya aku genggam dengan erat dan aku dekatkan ke dada.

Dia..pergi..meninggalkanku..di saat aku mula menyukai..di saat aku mula menyayangi..menangis..menangis lagi..sungguh...hati ku sakit..sakit sangat..arghhh!!!! Ya Allah..tolong..aku mohon..jaga dia..dan pulangkan dia kepada aku nanti..aku sayangkan dia...lelaki yang sentiasa bersamaku dia saat susah dan senang..

Evil LoveWhere stories live. Discover now