"Haih anak papa nak ke mana ni?" Soal satu suara. Aku menoleh. Papa.
Yeahh..mama ngan papa aku dah balik. Baru semalam diaorang sampai.
"Nak tengok wayang dengan kawan" Kataku ringkas. Kasut tumit tinggi aku sarung. Dress hitam paras lutut aku betulkan sedikit dan menepuk jacket merah paras lutut milikku bagi menghilangkan debu. Rambut aku ikat ekor kuda sahaja."Jangan balik lewat sangat dan ingat, bergaul dengan orang yang setaraf dengan kita ya. Apapun,jaga maruah keluarga ya sayang. Jaga diri."Pesan papa lalu berlalu pergi ke atas.
Ke bilik dia atau ke bilik kerja dia lah tu kot!
Aku berjalan keluar rumah dan satu kereta Proton Saga FLX hitam sudah berada tepat depan pintu pagar. Aku tersenyum manis kepada Rahul.
Dia hanya mengenakan t-shirt Polo hitam dan jeans putih.
Wow! Handsome!
"Cantik awak malam ni" Puji Rahul ikhlas yang sedang memandu kereta.
"Awak pun apa kurangnya" Kataku tersenyum manis. Tangannya mengambil tangan ku dan digenggamnya. Aku hanya membiarkan.
Macam couple pulak kami ni. Tak pernah-pernah dia macam ni.
"Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Soal nya masih memandang jalan.
"Apa dia?" Soalku memandang wajahnya yang bersih tanpa sebarang cela itu.
Entah kenapa. Aku rasa tenang tika ini.
"Kalau saya pergi jauh dari awak,awak rindu saya tak?" Soalnya.
Eh,pelik! Dah kenapa dia ni???????
"Hmm..entahlha. Awak belum jauh lagi macam mana saya nak rindu?" Balasku merenung wajahnya dari sebelah kiri.
"Saya nak habiskan masa saya dengan awak malam ni puas-puas" Katanya dengan nada yang mempunyai maksud tersendiri.
"I'm yours tonight" Kataku romantik. Dia tersenyum senget.
Sampai sahaja di panggung wayang,kami memilih cerita hantu Dark Shadow. Kemudian kami membeli popcorn dan Coca Cola sebelum masuk ke panggung.
Duduk dalam panggung selama 3 jam tak membosankan kerana Dark Shadow mempunyai jalan cerita yang mantap. Sambil-sambil tu aku mengambil peluang bermanja dengan Rahul.
Aku peluk lengan dia lah. Cium pipi dia lah. Raba paha dia lah hingga hampir sampai ke celah kangkangan dia. Nasib baik dia halang kalau tak..confirm! tegang dah "junior" dia tuh..
"Awak ni kan. Nakal sangat! Tak fokus saya tengok movie tadi. Tangan tu tak boleh duduk diam. Nak aje saya ikat tangan tu supaya tak boleh gerak lagi. Nasib baik saya cintakan awak. Kalau tak dah lama saya tinggalkan awak kat panggung tu sorang-sorang" Marah Rahul yang sedang memandu kereta.
Aku hanya merenung wajahnya. Aku pun tak tahu ke mana lagi dia nak bawa aku. Tapi seriously..dia comel sangat bila marah. Telinga dia merah. Rasa nak gigit aje telinga tu.
"Saya tahu saya handsome. Tak payah renung lama-lama nanti awak cair susah saya nak bekukan balik" Katanya.
What?? Seriously!! Perasan nyer....
Aku memaling muka ke luar cermin. Keadaan jeda seketika.
"Nak turun ke tak nak? Kalau tak nak awak tunggu lah kat sini saya nak pergi makan" Kata Rahul lalu keluar dari perut kereta. Aku tersedar.
Kami sekarang berada depan restauran mewah.
"SyaIz's Restaurant?" Kataku dalam kereta. Tiba-tiba pintu sebelah kiri ku dibuka oleh Rahul. Aku memandangnya. Dia menunduk dan memusingkan badanku menghadapnya. Kedua belah tangannya memegang bahu ku. Kami berbalas renungan.
"Awak marah saya ke?" Soalnya. Aku membisu.
Tak terasa pun sebenarnya.. Saje..nak uji tahap sayang dia pada aku.
Dia mencium dahi ku lama. Aku terkedu. Tiba-tiba jantung berdegup pantas. Tanganku naik memegang dada aku. Dia masih mencium dahiku.
Ya Tuhan..apa ni? Kenapa jantung ku berdegup laju ni? Gila!
"Saya minta maaf. Saya harap sangat awak maafkan saya. Saya tak boleh terima jika awak bencikan saya. Saya sayang kan awak sangat-sangat. Saya cintakan awak setulus hati saya. Saya tak sanggup awak benci kan saya. Tolong maafkan saya" Katanya mendatar setelah mencium dahiku. Matanya redup memandangku.
Tiba-tiba air mataku mengalir. Entah kenapa aku rasa sedih sangat. Hatiku sakit. Apa yang aku sedang rasa ni? Apa perasaan ku terhadapnya?
Dia lelaki yang selama ni menantiku dengan sabar. Dia ialah lelaki yang sentiasa bersama aku disaat susah dan senang. Dia ialah insan kedua yang rapat dengan aku selepas Aisyah. Bila bersama dia,aku tenang dan rasa.selamat. Dia lelaki yang sangat baik sehingga kan aku terfikir aku ni tidak layak untuk dia. Aku teruk!
"Elisyah..kenapa nangis? Saya sakit hati bila nampak awak nangis. Hati saya bagai dihiris-hiris. Please jangan nangis. Saya tak kuat" Katanya lantas menyeka air mata ku. Dia kemudian mengucup kedua belah mataku dan memberi sapu tangan kepada aku. Aku menyambut.
"Lap air mata tu" Arahnya. Aku akur.
Aku betul-betul rasa dihargai bila bersama dia. Aku...aku..aku rasa...aku sayang dia...aku tidak sanggup berjauhan dengannya.
"Mari makan. Saya dah lapar ni.." Rengeknya. Aku menurut.
"Kenapa awak tak makan?" Soalku kepada Rahul yang sedang memerhatiku.
Dari tadi merenung. Naik seram aku.
"Saya nak tengok muka awak lama-lama. Mana tahu lepas ni tak dapat nak jumpa dah. Kalau boleh saya nak ingat setiap inci muka awak. Mana tahu lepas ni saya rindukan awak" Jawabnya masih merenung.
"Awak ni dah kenapa? Saya peliklah. Seharian ni awak bersikap pelik. Macam awak nak pergi jauh pula. Dah kenapa?" Soalku pelik sambil mengangkat kening kanan.
"Kalau saya kata saya nak pergi jauh dari awak?" Soalnya serius.
Eh?
"Apa maksud awak ni?" Soal ku lagi. Betul-betul memeningkan kepala tengkorak aku lah dia ni.
"Tak ade lah. Makan cepat. Saya nak hantar awak balik. Dah nak dekat pukul sepuluh malam dah ni. Tak manis pula keluar dengan anak dara orang sampai lewat malam. Lagipun saya takut awak sakit" Katanya. Aku mengangguk.
Dia betul-betul menghormati aku. Jujur..aku dah sayang dengan Muhammad Rahul bin Tan Sri Henry.
YOU ARE READING
Evil Love
RomanceKisah yang bercorakkan cinta berputik kembali. Perjalanan hidup El yang penuh dengan onak dan duri. Setelah menyayangi pasti terluka. Sangat sakit bila dikhianati oleh sahabat sendiri. "Kenapa kau buat aku macam ni?!!! Gila!!! Sial kau babi!!! Aku...