EL {BAB10}

39 1 0
                                    

Bas persiaran meluru laju ke arahku. Aku kaku di tengah-tengah jalan raya melihat ke arah bas itu. Jantungku bagai terhenti. Tiba-tiba aku di tolak dan terjatuh di tepi jalan raya.

Sejurus itu,aku mendengar bunyi brek kecemasan dan bunyi jeritan seorang lelaki.

Allah!! Astaghfirullahaladzim..Lailahailallah..Allahuakhbar..aku hampir mati. Alhamdulillah..aku masih hidup tapi siapa yang tolak aku?

Aku menoleh. Sekali lagi aku terkejut. Air mata mengalir. Aku lantas berlari ke arah kawasan yang mula dipenuhi orang.

Apabila sampai ke sana aku lantas mengangkat kepalanya yang telah mengalirkan darah yang pekat ke atas paha aku hingga mengotori tangan dan baju tak aku hiraukan.

Ya Allah...kenapa dia? Ya Allah...

Aku menangis lagi kerananya. Dia selamatkan aku setelah apa yang aku buat kepadanya. Allah.. Selamatkanlah dia Ya Allah.. Selamatkanlah dia Ya Allah.. Aku merayu kepadamu Ya Allah.. Selamatkanlah dia... Azirul..

"Tolong panggil ambulans.. Tolong!" Jeritku kepada semua di situ. Beberapa orang mula mengeluarkan telefon dan menelefon ambulans.

"Azirul.. Kenapa? Kenapa kau? Tolong..bertahan.. Jangan tutup mata kau.. Azirul aku merayu.. Jangan tinggalkan aku.. Zirul.." Kataku menangis. Dia berada separa sedar. Tangannya naik menyentuh pipiku.

"Maafkan..saya..saya..cin..takan..awak" Katanya menangis. Selepas itu tangannya jatuh dan matanya tertutup.

Allah...aku mohon selamatkan diaa....

Setelah itu ambulans datang dan Azirul dikejarkan ke hospital berdekatan. Aku menangis dan mencari teksi untuk menuju ke hospital.

Ya Allah..selamatkan dia...selamatkan dia...

Sungguh aku tak sanggup melihat dia baring di hadapan bas itu berlumuran dengan darah. Dan dia buat itu untuk aku. Allah...

"Doktor macam mana? Dia okey?" Soalku melihat dengan penuh pengharapan kepada mata coklat hazel milik doktor wanita yang telah membuka penutup mulutnya.

"Dia kritikal. Saya perlu darah jenis AB segera" Jawab doktor itu.

AB?? Alhamdulillah..darah aku AB.. Terima kasih Ya Allah kau permudahkan.

"Saya darah AB. Doktor boleh ambil darah saya" Kataku.

"Kalau macam tu,ikut saya" Aku akur lantas mengikut langkah doktor muda itu.

"Cik tak ada sebarang penyakit kan?" Soal jururawat wanita itu kepada aku.
Aku menggeleng.

Dia tersenyum lantas mencucuk lengan ku untuk memasukkan wayar untuk mengambil darahku. Aku menggigit bibir bila jarum menembusi kulitku. Aku melihat ke arah Azirul yang terbaring tidak bermaya di katil sebelah. Air mata ku bertakung.

Aku akan selamatkan kau Azirul. Inshaallah..

"Okey,dah siap. Jangan bangun ehh" Kata jururawat itu lantas berjalan ke arah katil Azirul dan perbuatan yang sama dilakukan kepada lengan Azirul bezanya aku menderma Azirul menerima.

Aku hanya memerhati mereka membedah badan Azirul. Tiba-tiba jururawat mula cemas apabila mesin mengesan degupan jantung itu mula mengeluarkan bunyi yang menandakan tubuh yang disambung dengan mesin itu mula memberikan kesan negatif.

"Doktor degupan jantung pesakit mula perlahan" Ujar seorang jururawat cemas. Aku mula menangis.

Ya Allah..aku tidak mahu dia pergi..tolong Ya Allah..jangan sekarang..aku mohon..

Doktor itu mengarahkan pembantunya untuk mengambil mesin yang digunakan untuk merenjat jantung pesakit yang mula berdegup dengan perlahan.

Ya Allah... Azirul.. Jangan tinggalkan aku....

Evil LoveWhere stories live. Discover now