Aku singgah di bakeri untuk mengambil kek. Dah seminggu aku tak mengunjungi bakeri ni. Hanya Aisyah yang urus sendiri. Seminggu jugak aku jaga Azirul kat hospital.
Hari ni ialah hari yang aku tunggu-tunggu. Alhamdulillah. Azirul dah sedar. Tak sabar nak jenguk dia. Rindu...ehhh???
Stereng aku kawal dan belokkan ke kanan untuk mengambil parking yang kosong itu. Tapi,ada satu kereta terus merampas parking itu.
What? Aku rasa macam nak cekik-cekik je leher pemandu ni. Suka-suka hati aje ambil parking tu. Aku yang menunggu dia yang ambil?
Aku menekan hon bertalu-talu tanda protes. Aku keluar dari kereta dan menghempas pintu kereta. Aku berjalan ke kereta Honda putih itu dan pemandunya aku lihat sudah berdiri di belakang keretanya. Perempuan.
Ya Allah.. Kenapa hati aku ni berdebar-debar. Penangan nak jumpa hero aku kut. Hihih. Pandangan kutala ke arah gadis yang berseluar slack longgar warna putih dan T-shirt longgar warna kuning sambil rambut paras pinggang itu dilepaskan sahaja.
"Assalammualaikum cik. Saya yang tunggu parking ni dari tadi. Tolong alihkan kenderaan awak" Kataku lembut namun tegas. Dia memandangku melalui cermin mata hitam miliknya.
Baru sahaja aku ingin melangkah semula ke kereta Myvi milikku,dia bersuara yang membuatkan langkahku terhenti. Jantungku berdegup kencang.
"Isyah.." Katanya perlahan namun kedengaran sinis di telinga ku.
Tiada yang panggil aku macam tu selain.. Aku menoleh dan aku terkejut. Kaca mata sudah dia buka.
Nur Syakila!
"Long time no talk. You impressed me. You very changed" Katanya mula melangkah ke arahku. Wajahnya aku tilik. Tak banyak sangat yang berubah. Cuma ketinggiannya sahaja yang lebih tinggi dari aku.
Sedikit perasaan rindu timbul kepada sahabat ku ini. Gagal kah aku menjadi seorang sahabat? Hanya kerana lelaki persahabatan kami hancur?
"Kila.." Lidahku kelu.
"Datang sini lawat Zirul jugak ke?" Soalnya. Aku tersentak. Aku diam.
Dia tahu pasal Azirul?
"I've heard,you guys will marry. Isn't right?" Soalnya lagi. Mana lah dia tahu cerita ni?
"Yes,we will. How did you know?" Soalku kembali. Dia tersenyum yang aku sendiri tidak dapat menafsir adakah senyuman itu ikhlas atau ada maksud di sebaliknya?
"But you don't know,he is my husband.." Aku memotong.
"Husband?!" Nasib baik hanya kami berdua di tempat parking kereta hospital itu.
"Yeah..my husband three years ago. But we divorced cause he loved someone. It hurts me so much. But its okey,I believe. The best man will win. Who knows?" Katanya penuh makna lantas meninggalkan ku sendirian.
The best man will win? Dia nak rampas Azirul dari aku lagi ke? Dan diaorang pernah kahwin. So,aku bakal kahwin dengan duda lah ni? Eh,salah ke duda? Biarlah..
Aku berjalan ke arah kereta aku semula dan mencari parking baru. Celaka betul punya orang! Aku yang tunggu,dia yang ambil! Baru jumpa semula,dah buat darah aku mendidih.
Dah..sabar Elisyah.. It's not a big deal. She want to play? Let's play. Tapi aku tak kan mengalah kali ni. Kecuali memang Azirul yang nak pilih Syakila lagi.
"Assalammualaikum" Aku memberi salam apabila pintu wad terbuka. Pertama sekali yang aku lihat ialah wajah Azirul yang kini sudah sedar. Dia juga memandangku dengan senyuman yang manis.
YOU ARE READING
Evil Love
RomanceKisah yang bercorakkan cinta berputik kembali. Perjalanan hidup El yang penuh dengan onak dan duri. Setelah menyayangi pasti terluka. Sangat sakit bila dikhianati oleh sahabat sendiri. "Kenapa kau buat aku macam ni?!!! Gila!!! Sial kau babi!!! Aku...