"Dah bagitau mama ngan papa ke?" Soal Aunty Alliyah memandang Azirul yang pegun di atas katil hospital. Aku menggeleng.
"Aunty call lah" Katanya lantas mengeluarkan telefon untuk menelefon mama ngan papa. Aku mengangguk.
Aku tak kuat. Lelaki yang sedang terbaring di hadapanku ini sanggup korbankan diri untuk aku! Sedangkan aku sangat membencinya. Aku benci! Tapi dia buat macam ni. Hati aku sakit sangat... Sakit...
"Jap lagi diaorang datang" Kata Aunty Alliyah. Aku diam memandang Azirul.
"El..Be strong! What've happen is Allah's plan. What we can do just be patients. Ada hikmah sayang" Nasihat Aunty Alliyah yang kini berada di sisiku memeluk bahu.
"Tak tahu lah. Tengok dia macam ni. Hati El sakit sangat. Rasa hati ni macam disiat-siat. Sakit sangat aunty" Aduku. Mata berkaca.
Ya Allah sesungguhnya aku ialah hamba mu yang lemah. Aku tahu ada hikmah disebalik semua ini,kerana sesungguhnya engkau ialah sebaik-baik perancang.
"That's means you still love him. Aunty tahu. Walaupun dia lukakan hati El. El tetap cintakan dia. Tak ada siapa boleh ganti dia dalam hati El. Ya.. Sudah tiga tahun berlalu sejak peristiwa itu. Tapi cinta pertama susah nak dilupakan. Sebab apa? Sebab itu cinta sejati. Aunty dapat tengok,Azirul masih menaruh harapan pada kamu. Buktinya,dia selamatkan kamu. Walaupun nyawa jadi galang gantinya" Ujar Aunty Alliyah. Aku menangis lagi.
"He loved you" Sambungnya lagi. Makin galak air mata ku mengalir.
Betul. Aku masih mencintai dia. Sebab apa aku berubah jadi sosial dulu. Sebab aku nak lupakan dia. Tapi,aku tak mampu. Biarpun hubungan kami hanya satu bulan dua hari. Tapi masa itu sudah cukup untuk aku mencintainya sepenuh hati. Tapi,benarkah dia cintakan aku?
"El..." Satu suara bersuara. Aku menoleh ke arah pintu yang sudah dibuka.
Kelihatan mama,papa,Uncle Idi,Aunty Ery,dan Aisyah. Mama meluru kepadaku lantas memelukku. Aku terkejut + terharu.
Mama mesti risau. Buktinya hidung dia merah menandakan dia baru habis menangis.
"El okey? Cedera tak? Dah buat pemeriksaan? Rasa trauma lagi?" Aku digasak oleh mama. Aku memeluk mama lagi. Hati aku tenang.
Ya Allah..aku bersyukur..biarpun mama ngan papa selalu keluar negara,tapi kasih sayang yang mereka curahkan pada kami tiga beradik sangat cukup. Lagipun,kami dah besar. Kami faham yang mama ngan papa buat semua tu untuk kami.
"El okey. Tapi dia.." Jawabku lirih memandang Azirul selepas meleraikan pelukan.
"Aunty lega El okey. Apa sebenarnya terjadi?" Soal Aunty Ery memegang bahuku. Aku rasa bersalah sangat.
Wajah Aunty Ery menunjukkan dia sedih yang amat. Tapi dia bijak mengawal ekspresi muka bagi mengelakkan orang lain tak nampak kesedihannya. Dia sangat kuat.. Satu sahaja dia kata. Dia tak nak orang simpati dengan dia.
"Aunty,El minta maaf. Semua yang berlaku ni salah El. Kalau El tak melintas Zirul tak kan selamatkan El. El yang patut kena. Bukan dia" Kataku kesal. Air mata mengalir. Mama memeluk bahuku. Aku dapat melihat mata Aunty Ery berkaca melihat anaknya terbaring di katil hospital itu.
"El,aunty faham kalau kamu tak nak terima Zirul sebagai suami kamu. Tapi aunty nak bagitahu kamu,Zirul dah berubah. Zirul.." Katanya terhenti bila Uncle Idi memotong.
"Yang.." Mulut Aunty Ery terkunci. Semua yang berada di situ tertanya-tanya termasuk aku.
"Kenapa Ery?" Soal mama. Kami duduk di sofa yang tersedia dalam wad itu.
YOU ARE READING
Evil Love
RomanceKisah yang bercorakkan cinta berputik kembali. Perjalanan hidup El yang penuh dengan onak dan duri. Setelah menyayangi pasti terluka. Sangat sakit bila dikhianati oleh sahabat sendiri. "Kenapa kau buat aku macam ni?!!! Gila!!! Sial kau babi!!! Aku...