EL {BAB7}

31 1 0
                                    

Rahul menarik brek tangan setelah sampai depan rumah aku. Aku masih berada dalam kereta. Keadaan sunyi seketika.

"Awak,kenapa senyap ni?" Soal Rahul lembut. Aku memandangnya. Dia membalas pandangan ku dengan pandangan yang menenangkan hatiku.

"Awak ada rahsiakan sesuatu dengan saya kan?" Soalku. Dia hanya tenang.

Eh,macam salah jer tanggapan aku ni. Apahal tenang jer?

"Kalau ada?" Soalnya semula.

"Apa?" Soalku lagi.

Uishh! Suspen pulak aku!

"Saya nak masuk meminang awak bila tiba masanya nanti" Katanya sekali nafas.

What? Like seriously? Dia betul-betul sayangkan aku ker? Sampai berniat nak jadikan aku halal nya? Ya Tuhan..aku dah mula jatuh sayang dengan dia...

"Kenapa diam?" Soalnya. Dia memandangku penuh makna.

"Saya ni tak layak untuk awak" Kataku. Tiba-tiba mata ku berkaca.

Alahai! Kenapa sensitive sangat aku ni? Gila!

"Saya juga ada kekurangan awak. Tapi saya akan berusaha jadi yang terbaik untuk awak. Inshaallah hubungan perkahwinan itu kan adalah untuk melengkapkan antara satu sama lain" Katanya mendatar. Aku mengesat air mata aku dengan sapu tangan pemberian Rahul masa kat restoran tadi.

Entah kenapa. Hati aku rasa sedih sangat.. Macam ada sesuatu yang bakal terjadi. Tapi apa???

"Terima kasih Rahul,untuk malam ini. Saya rasa gembira sangat. Bila dengan awak,saya rasa dihargai sangat" Kataku jujur. Mataku memandang tepat ke matanya.

"Insan yang bergelar wanita harus dihargai dan disayangi. Awak layak mendapat layanan seperti ini. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Kalau boleh nak je saya bawa awak kawin lari. Tapi tak kan saya nak buat macam tu dekat orang yang saya cintai. Biarpun cinta saya selama ni hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi saya dah berjanji saya akan memperjuangkan cinta saya. Walaupun saya terpaksa tunggu awak bertahun-tahun,tapi saya tetap akan tunggu awak sampai nyawa saya terpisah dari badan" Katanya panjang lebar.

Sampai nyawa saya terpisah dari badan? Allah! Kenapa ni...

Aku menangis lagi. Dia memeluk ku. Aku menangis dalam pelukannya.

Aku tidak pernah rasa dihargai macam ni. Macam mana aku boleh kejar lelaki lain sedangkan ada lelaki lain yang sayangkan aku sepenuh hati? Macam mana aku boleh buta bahawa lelaki di hadapan aku ni boleh bahagiakan aku? Terseksa kah dia menunggu aku selama ini? Rahull...

"Dah. Awak pergi masuk. Dah malam dah ni. Nanti apa pula kata parents awak. Janji dengan saya,yang awak akan jaga diri awak ehh. Jangan lupa solat. Jaga makan dan kesihatan awak. Jangan balik lewat sangat bila keluar dating dengan boyfriend baru nanti. Ingat pesan saya tau!" Katanya lembut setelah menenangkan ku.

Kenapa ni? Macam dia nak pergi jauh pulak.

"Kenapa ni? Awak cakap macam awak nak pergi jauh pulak. Berterus terang lah. Jangan lah macam ni.." Desak aku.

"Saya cintakan awak" Katanya. Aku terdiam.

Jantungku berdebar dengan hebat!

"Awak kenapa ni..." Belum sempat aku menghabiskan ayat aku. Dia mencium bibir ku. Aku kaku. Dia hanya mencium sekejap dan dilepaskannya bibir ku semula.

Dia berbeza. Dia lelaki berbeza. Dia tak sama dengan lelaki sebelum ni yang pernah menyentuh bibir ku dengan bibir mereka hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Dia berbeza.

Evil LoveWhere stories live. Discover now