Dan aku pun mengambil beg sandang yang berisi jutaan ilmu lalu berangkat keluar.
Sempat aku mengerling ke arah cermin dan ya, aku perasan bahawa perutku masih di dalam ikatan. Lapar.
"Weh, kau nak pergi mana?" Sergah roommate aku.
"Alamak, menyibuk pula perempuan ni," bicaraku di dalam hati.
Qila adalah roommate aku yang pertama untuk sem 1 ini. Orangnya agak montel, tembam tetapi suka menjaga tepi kain orang.
Bila diajaknya solat, dia terus berpaling muka dan pura-pura membisu. Awkward.
"Aku nak pergi warung terdekat. Nak cari makan," balas aku.
"Bungkuskan aku makanan," suruhnya selamba.
"Eee geramnya aku! Ingat aku ni kuli dia ke? Baru je kenal buat orang macam aku ni tak ada perasaan," bisik hati aku.
"In Shaa Allah." Dan aku terus berlalu dan request Uber untuk mengambil aku. Haih, duit macam kupu-kupu je.
...
"Ya Allah, banyaknya lauk! Tak tahu mana satu nak pilih." Terliur aku dibuatnya. Hmmmp.
"Dira," sapa satu suara dari belakang.
Aku menoleh dan terus tergamam. Rupa-rupanya, si licik itu yang menerjahku.
"Eh, Zana!" Aku terkedu.
"Kau makan dekat sini? Hahaha! Kau cakap kau takde duit. Penipulah!" Zana melemparkan jelingan ke arahku.
Aku tidak mengendahkan apa yang diujarnya itu lalu aku pun mengambil lauk.
Bukan apa, aku bukannya tak ada duit tetapi orang tuaku hanya memberikanku serba sedikit duit untuk aku mengisi perut sahaja. Bukannya nak joli.
...
"Semuanya empat ringgit, dik."
Aku terus membelek-belek dompet Alain Delon aku dan baru aku perasan, hanya tinggal dua keping sahaja duit kertas berwarna merah. Hampa.
Orang tuaku berpesan bahawa jangan pernah berkira jika ingin mengeluarkan duit untuk mengisi perut. Akan tetapi, aku seorang yang boros.
Pernah suatu hari, aku membelanjakan RM30 hanya untuk makan sahaja. Haih, kesian makbapak aku keluarkan duit untuk aku.
Takpe. Lepas ni, bila aku dah berjaya, aku akan bahagiakan kedua-duanya. UmmiAbah,tunggu kakak.
...
Sesampainya aku di dalam dorm, baru aku teringat bahawa aku terlupa untuk membungkuskan makanan yang dikirimkan oleh roommate aku tengahari tadi.
Ah, dia siapa aku nak takutkan? Sediakan alasan je lah.
"Jadi, mana makanan?" Qila menyoal.
"Alamak, Qila, aku terlupalah. Lagipun tadi, sikit je lauk-lauk dia. Aku sempat makan kuih je," jelasku satu per satu.
"Jadi aku nak makan apa sekarang? Aku dari tadi tunggu kau balik," katanya.
"Kau makan jelah maggi yang ada," suruhku.
"Aku dah muaklah makan maggi. Aku rela tak makan sehari daripada makan benda-benda yang macam tu," ujarnya riak.
"Jomlah aku temankan kau pergi kafe kat bawah. Sana aku tengok banyak juga lauk," tuturku.
"Dah tau banyak, kenapa kau tak beli tadi?" Qila bertegas.
"Dahlah dia tak bagi aku sesen pun nak bungkus makanan untuk dia," marahku di dalam hati.
"Kau tunggu apa lagi, pergilah turun beli. Aku dah lapar ni. Kang mati kebuluran pulak aku," katanya.
Aku menyahut tudung bawal yang bercorak ekslusif lalu memakainya.
"Duit?"
"Ah, nantilah aku bayar. Kau pergi beli dulu," suruh Qila.
Selepas itu, aku bergegas keluar menuruni 150 anak tangga untuk sampai ke kafe itu. Haih, kenapalah tinggi sangat asrama ni.
Semasa menuruni tangga, aku menikmati pemandangan yang tak seberapa indah. Dari jauh ku lihat kapal-kapal laut di pelabuhan dan pekerjanya sangat sibuk bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Ya Allah, rindunya keluargaku di kampung. Bilalah cuti sem ni nak mula. Tak sabar dah aku nak tatap wajah orang tuaku. Tenang.
...
Keesokan harinya, aku membelek-belek bajuku untuk memakainya bagi menghadiri kuliah pertama pada pagi itu. Berdebar. Ah, aku tak suka perasaan ini.
Dengan berpakaian serba hitam, sungguh tenang rasanya. Almaklumlah, aku seorang pencinta warna hitam. Aku pun tak tahu. Bila aku tengok warna hitam, aku rasa tenang. Pelik.
Seperti biasa, aku menunggu bas di perhentian bas. Selalunya bas tiba pada pukul tujuh pagi tetapi aku tiba di stesen itu awal 30 minit lagi. Ah, skemanya.
Aku baru sahaja perasan bahawa aku langsung tak bersarapan tadi. Takpe, aku okey.
Setibanya aku di bilik kuliah, aku melihat beberapa kelompok pelajar berlepak sambil memperkenalkan diri masing-masing. Dan aku nampak seorang perempuan ni berseorangan sahaja.
Aku terus menuju ke arahnya sambil melemparkan senyuman.
"Hai, saya Dira." Sambil melontarkan senyuman palsuku.
Aku ni memang payah nak senyum dekat orang sampai orang lain pun takut nak berkawan dengan aku disebabkan muka aku yang garang ni. Tak kesahlah.
"Hai, saya Salwa," balas gadis itu.
Tak sempat aku nak berkenalan dengannya, pensyarah pun masuk ke dalam bilik kuliah. Bisu....
Selesai kuliah, aku dan Salwa bergegas ke surau bagi menunaikan solat zohor. Aku akui, situasi itu sangat janggal kerana kami baru sahaja berkenalan.
Sesudah menunaikan solat zohor, aku mengajak Salwa ke kafeteria.
"Salwa, jom kita pergi kafe. Perut saya dah berbunyi ni. Hihi." Aku terketawa kecil.
Salwa mengiyakan sahaja dan kami pun berlalu pergi.
Di kafeteria, seperti biasa, bajet aku cuma tiga ringgit sahaja.
Sambil berborak sakan bersama Salwa, aku tidak perasan yang hari sudah senja dan aku mengajaknya pulang ke asrama.
Aku tak sangka Salwa satu aras bilik aku. Mungkin dia jarang keluar dari bilik kut. Takpe. Sekarang aku dah ada kawan.
Korang tanya yang di bilik aku tu siapa?
Saitan.
YOU ARE READING
TIKAM
Short Story360 darjah kehidupannya telah berubah semenjak dia menetap di kampus itu. Dira, gadis malang itu menjadi seorang yang berani dan tabah menghadapi tikaman dari manusia sekeliling. Hanya orang tuanya sahaja yang sentiasa memberi kekuatan untuk dia kek...