Satu pesanan diterima daripada whatsapp group kokurikulum aku.
"Untuk makluman semua pelajar, kampus ini telah mengadakan pertandingan kawad dan larian malam pada bulan hadapan bersamaan dengan 14 Julai. Semua pelajar diwajibkan menyertai pertandingan ini tanpa sebarang alasan. Sebarkan tanpa gagal."
Ni yang aku malas ni. Tak leh tengok orang bahagia sikit dah mula nak buat aktiviti itu ini.
Aku lantas mengirimkan mesej kepada ketua kumpulan aku iaitu Sharimi. Tak sempat aku menaip, ada seseorang yang menyapaku.
"Dira!"
Aku bingkas menoleh ke belakang memandang empunya suara itu.
Rupa-rupanya, itu Sharimi.
"Eh, Mi. Jom kita lepak kat kafe jap," pelawaku.
Sharimi tergamam seketika. Namun, dia hanya mengikuti sahaja.
...
Teh C special dikacau perlahan. Aku merasakan bahawa Sharimi agak malu denganku walhal dialah ketua kumpulan.
"Saya ada nak tanya tentang pertandingan kawad tu. Boleh tak saya tak ikut kawad tu tapi saya ikut larian malam?" soalku.
Sharimi berkerut hairan.
"Kenapa tak ikut?"
"Saya ada migrain. Tak boleh berpanas lama-lama," jawabku jujur.
"Oh, faham. Nanti saya padamkan nama awak di senarai kawad dan letakkan nama awak di...." kata-kata Sharimi tergantung. Hairan aku.
Tanpa dibiarkannya tergantung, aku terus menyambung ayatnya.
"Di senarai larian malam."
"Oh, o-key," Sharimi kekok.
Aku hanya tersenyum.
"Sharimi, kau ni ada penyakit anjing gila ke?!"
"Hah? Apa dia?"
"ANJING GILA."
"Kenapa cakap macam tu?"
"Sebab muka tu haa, macam berkurrraaapp je."
EH!!!
Rupa-rupanya aku mengelamun sebegitu. Teruk gila! Sorry readers.
"Okey, terima kasih atas kerjasama awak. Saya balik dulu ya." Aku berdiri daripada kerusi.
"Eh, jap. Kita ada latihan kawad petang esok. Saya harap awak dapat hadirkan diri," tegas Sharimi.
"Baiklah."
Setelah itu, aku pun melangkah keluar dari kafeteria.
...
Tinggal seminggu lagi masa yang ada untuk mereka berkawad. Aku menguatkan stamina bagi persediaan untuk larian malam nanti.
Dan tinggal sebulan untuk kuliah sem pertama ni. Cepatnya masa berlalu.
Hampir aku terlupa, hari Rabu ni kampus aku mengadakan hari keluarga dan pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkuasa.
"Aku tak sabarlah nak senamrobik hari Rabu ni. Mesti ramai senior-senior yang kita dapat kenal. Mesti kau dapat jumpa Sharimi kan?" usik Qila.
"Hahaha. Malas aku nak jumpa dia. Pelik je aku tengok," balasku acuh tak acuh.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk dengan kuatnya. Qila pantas membuka daun pintu itu.
Rupa-rupanya dua orang wanita, iaitu warden asrama yang mengetuk pintu itu tadi.
YOU ARE READING
TIKAM
Short Story360 darjah kehidupannya telah berubah semenjak dia menetap di kampus itu. Dira, gadis malang itu menjadi seorang yang berani dan tabah menghadapi tikaman dari manusia sekeliling. Hanya orang tuanya sahaja yang sentiasa memberi kekuatan untuk dia kek...